Monday, May 28, 2012

Hope

Pergi dengan membawa harapan keluarga.

Pergi dengan membawa segunung semangat yang baru.

Betulkan niat.

Moga-moga masih dapat mengecapi nikmat tarbiah dan usrah =)

Rindu untuk menghadiri bulatan gembira itu lagi.. kini dengan ahli yang baru pula. Insya-Allah.

Moga Allah permudahkan segala urusan.

Dia Frampton - I Will (feat. Blake Shelton) Lyrics

I want to be a friend like that. I'll try.


Between, I love you Dia. He. He.

Friday, May 18, 2012

Perjuangan Seterusnya

"What? UiTM??!! Haish, Kak Han nak pergi matrik jelah. Tukar je course sains kepada course akaun."


That was my first thought I spoken to my father when I checked at the UPU that I got pre-Law at UiTM.




Masa tahu dapat UiTM tu, memang rasa down gila. Sebab pilihan utama ialah UIA. Dan sebenarnya saya mempunyai persepsi yang tidak menyenangkan kepada U yang saya dapat tu. Kemudian saya mesej kawan-kawan, tanya diorang dapat U dekat mana. Mesej daripada seorang kawan saya menyenangkan hati yang sedang galau.


Saya pun dapat asasi undang2 uitm!


Masa tu dalam hati; yes! Ada juga teman, satu fakulti pulak tuh..hehe (dah lupa tak nak orang kenal dekat U).


Lepas tu berbalas-balas mesej dengan kawan saya tu, tanya pendapat nak terima ke atau tidak. Esokan harinya baru tahu dapat kampus dekat mana-mana, check melalui online di laman web U tersebut.


Alhamdulillah, kami sama-sama dapat kampus di UiTM Shah Alam. Baru saya tahu rupanya saya dapat fast track Asasi Undang-Undang KPTM punya, tapi belajar di UiTM. Dan tempoh belajar hanya setahun, dua semester. Dan alhamdulillah, dapat elaun/biasiswa daripada KPTM~!


Nak tahu apa beza Asasi Undang-undang KPTM dengan Asasi Undang-undang UiTM?


Asasi Undang-Undang KPTM (PI 007)


Programnya hanya setahun merangkumi dua semester. Dan anda akan mendapat elaun/biasiswa daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) sendiri. 


Selepas habis belajar di UiTM Shah Alam selama setahun menamatkan program ini, anda diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti lain yang ada di Malaysia. UM, UKM, UUM dll. Dengan syarat pointer 3.5 dan ke atas serta MUET mendapat band 4 dan ke atas.


Dan anda juga dapat menyambung pelajaran ke luar negara (part ni paling best kut..haha). Tapi kena apply la. Kalau syarat pointer dan MUET tak lepas, alamatnya meringkup dalam UiTM jelah ye. Tapi belajar Law di UiTM adalah antara yang terbaik di Malaysia.


Asasi Undang-Undang UiTM (PI 006)


Tak silap saya yang ini ada 3 tempat. Yang utamanya (fast track; setahun) ialah di Shah Alam. Masa pengajian setahun. Tapi kalau sambung degree, hanya boleh sambung di UiTM sahaja.


Kalau di Kuantan atau Kedah, pengajiannya mengambil masa setahun setengah. Semua sukatan pelajaran sama aja dengan yang fast track UiTM dan KPTM.




Kenapa undang-undang?


Ada banyak sebab kenapa saya pilih undang-undang untuk melanjutkan pelajaran. Salah satu sebabnya adalah untuk menghidupkan kepelbagaian dalam keluarga (haha). Maksud saya di sini, dalam keluarga kiranya jika campur dengan saya akan terdapat 3 orang yang melanjutkan pelajaran dalam bidang berbeza;


1- Kakak yang sulung, graduan dalam Bachelor of Finance. Bidang kewangan.


2- Kakak yang kedua sekarang baru lepas habis praktikal Diploma dalam bidang engineering.


3- Saya~ insya-Allah akan kekal dalam bidang undang-undang.


Itulah maksudnya kepelbagaian! Tapi kalau ikut dalam sudut hati yang dalam, saya rindu dengan subjek perakaunan. Prinsip Perakaunan memang merupakan subjek favourite, tapi bila difikirkan balik, saya nak cuba sesuatu yang baru; lain daripada apa yang saya sudah tahu.


Kalau ikutkan, kakak saya yang sulung tu dan of course my mother; cadangkan saya sambung perakaunan sebab saya score A+ dalam SPM. Tapi haish, accounting ain't easy when it comes to degree and I have something else in my mind.


Ayah pula sokong 100% keputusan saya untuk ambil undang-undang. =). Terima kasih ayah. Hehe. Saya ada sebab-sebab yang lain lagi kenapa; tapi saya rasa waktu ini bukan waktu yang selamat untuk meluahkan sesuatu yang  bersifat erms~.. Nanti karang sebelum sambung belajar undang-undang, saya yang kena tindakan undang-undang.. (Nauzubillah).




Positive Thinking


Ada hikmah tu kenapa saya tidak dapat di U yang saya mahu kepada dapat yang U saya tak mahu. Kalau fikir balik, Allah selalu uji saya dengan perkara yang macam ni; sesuatu yang tidak diduga, di kawasan yang macam tu. Allah knows the best for us. Always. Dan Allah berikan teman kekuatan saya; Hajar untuk bersama-sama menuntut ilmu di sana.


Kalau fikir-fikir balik, perkataan yang keluar dari bibir saya masa awal-awal tahu keputusan UPU tu memang tak bersyukur langsung! (Jadi jangan tiru aksi tersebut, ya). Sedangkan kawan-kawan lain yang minta UPU ada yang tak dapat; saya yang dapat ni pula macam tak bersyukur je. Well, I kinda shocked back then. Alhamdulillah, dapat juga course yang diminta.


Ayah yang uruskan borang-borang saya untuk kemasukan U dan faham la saya dapat KPTM punya kata;


"Kak Han kalau pointer bagus nanti boleh sambung oversea. Boleh buat master sekali."


Ha. Ha. Oversea la sangat. Under the sea pun belum tentu lagi, ayah. Kak Han macam tak suit je. Ayah doakan jelah =)





Friday, May 11, 2012

Untuk Awak #3: Forever alone? Not anymore.

Salam. Saya tertarik dengan entri ini yang saya baca di laman web dakwat.org. Saya ingin kongsikannya di sini, supaya awak dapat mengutip sesuatu. Untuk awak, dan sesiapa sahaja yang membaca.


This article is not mine. It's copy paste from HERE.


***



Termenung depan facebook menatap photos di wall rakan-rakan dahulu yang sekarang ini berada di luar negara.Terdetik dalam hati “bestnya mereka dapat pergi sana sama-sama.Pelajar islam pun ramai,tak rasa asing sangat,tak macam aku kat sini dah la sorang-sorang takde pun yang sama sekolah,muslim pun 2 orang je,lebihnya non-muslim.Lepas teringat balik masa berbual dengan seorang senior ni,”Akak,saya takutlah,saya macam tak diuji dengan apa-apa,tak diuji dengan lelaki,kematian,harta,pelajaran.Eh,tiba-tiba terfikir,Allah uji saya dengan kesunyiaan.Nah,selepas itu flashback balik,yelah KESUNYIAN.

***********************************************************************

Sebagai anak last yang jarak paling dekat pun 6 tahun,saya sering ketinggalan dalam mengukir memori kanak-kanak bersama abang-abang dan kakak-kakak saya.Saya megukir memori saya sendiri.Ketika mereka bercerita tentang zaman persekolahan, zaman susah, zaman pindah-randah, saya akan diam tidak menyampuk kerana saya tidak ada dalam memori itu.Saya tidak pernah bersekolah satu sekolah dengan adik-beradi saya,saya tidak melalui zaman pindah-randah,saya tidak ada pada zaman kanak-kanak mereka!Itu baru dalam keluarga.

Bila zaman sekolah rendah pula,kawan saya terhad hanya di sekolah tidak di kawasan perumahan,kerana sekolah yang terletak agak jauh dari rumah dan juga kawasan perumahan yang ketiadaan taman permainan untuk kanak-kanak berkumpul.Bagi mereka yang tinggal berdekatan di sekitar sekolah,mereka sering meluangkan masa bermain bersama.Saya ketinggalan lagi.Terperap di rumah hanya menonton Telenovela Rosalinda.

Naik sekolah menengah pula,form 1 dapat kawan yang buat semua sama-sama,faham satu sama lain tapi lepas 2 bulan dia pindah sebab dapat tawaran lain.Keseorangan. Ambil masa juga nak cari kawan yang sefahaman.Bila dah jumpa,start rapat share masalah,gosip-mosip kelas lain pula.Saya ambil perakaunan,mereka-mereka semua science stream.Huh,kena belajar sorang-sorang la nampaknya sebab subjek tak sama.Adat la duduk asrama,gap sentiasa ada even dalam batch sendiri(tak matured lagi kott).Memang boleh je nak belajar dengan kawan sekelas yang lain tapi memandangkan mereka semua ada gang tersendiri dan semangat ke”gap”an(tahu sangat tak matured kan?)sedikit awkward untuk join study sama-sama.Kalau ada yang tak ber”gang” pun budak yang tak tinggal kat asrama.Hurmm,susah pula kalau ada apa-apa nak tanya time prep nanti.Nak telefon? Berejam la tunggu beratr kat publc phone tu.

Then,lepas SPM kena pergi National Service/PLKN.Masa itu memang sangat tak nak.Tapi redha je mungkin ada ibrah kot disebalik ini.Before pergi kawan-kawan pesan cari mad’u,jadi so-called ustazah/tempat rujukan,kongsi ilmu dengan orang lain kat sana.Berjaya pada awalnya dalam mencari kekuatan kerana semua kawan yang rapat di sana sangat menyokong dalam usaha dakwah.Memang tak rancang pun nak cari kawan yang berlatar belakangkan sekolah agama,kebetulan.First 2 month,rasa sangat selesa sebab ramai kawan yang membantu.Tapi masuk bulan ke-3,hurm,semua beransur memohon penangguhan kerana ingin mengambil STAM.KESEMUA dari mereka mengambil penangguhan. KESEMUA.Tinggalah saya seorang.

Dengar macam tak logik kan?Tapi ini yang berlaku kerana kebanyakkannya datang dari dekolah yang sama.Oleh kerana tidak ada sokongan yang memberangsangkan,semangat mula down.Diasak lagi bertubi-tubi oleh non-muslim bertanyakan itu ini sementelah saya seorang sahaja dalam kompeni itu yang tinggal.Masa berlalu,tamatlah PLKN dengan rasa keseorangan di sana. Semasa mendapat result SPM,alhamdullilah keputusan baik.Kawan-kawan yang lain pun baik juga.Jadi kami merancang memohon biasiswa ke luar negara agar dapat sambung belajar bersama-sama.Namun takdir Allah mengatasi segalanya.Dalam ramai-ramai yang memohon,hanya saya seorang saya diterima.Masya-Allah,kami akan berpisah.

Bila tiba di pusat persediaan pula,hanya 3 orang sahaja muslim.50++ yang lain non-muslim.Antara kami bertiga,saya rapat dengan salah seorang kerana interest,perangai yang sama sementelah seorang lagi tersangat diam dan tidak melibatkan diri sangat.Tapi,tidak sampai sebulan,dia(yang saya rapat) berpindah kerana mendapat tawaran yang lain.Hurm,keseorangan lagi.Tambahan pula,ketika itu saya masih mempunyai masalah bertutur dalam bahasa Inggeris without using broken english.Saya mendapati sukarnya menempuh ujian berseorangan.

Namun,siapa sangka Allah meghantar beberapa lagi pelajar muslim dari biasiswa lain.yang lain juga bidangnya dengan saya.Biarlah kelainan antara kami asalkan kami dapat bentuk satu usrah.Maka,terbentuklah satu usrah terdiri dari 10 orang disini. Melalui usrah,saya refleks balik apa yang dah saya alami selama ni.I could not see why Allah plans this to happen.

Then,I realised that,kehilangan saya memberi peluang untuk saya mencari kawan-kawan baru supaya mendapat sisi lain dari berbagai orang yang saya jumpa.Allah mengajar saya semua benda tidak kekal,Allah mahukan saya tidak lemah,terus thabat dijalanNya walau tiada sokongan kerana Dia mahu mengajar kebergantungan sepenuhnya pada Allah bukan pada kawan-kawan.Allah mahukan saya tidak selamanya menjadi merasa secure dalam biah solehah kerana diluar sana realitnya memerlukan kita berada dalam western environment.Allah letakkan saya di tempat yang saya lemah agar saya boleh atasi kelemahan itu supaya tidak lagi menjadi halangan pada saya.Allah letakkan dihadapan saya mereka(not-yet-muslim) agar saya memperkenalkan/iklankan The True Deen.Agar saya menjadi medium untuk mereka mendapat hidayah Allah dan juga agar saya memperbanyakkan pengetahuan dalam Islam itu sendiri kerana saya akan memperkenalkan ia kepada NOT-YET-MUSLIM.

Kerana mereka disini kebanyakkannya penganut Kristian yang tersangat tegar(rantai salib mereka sangatlah gabak/besar).Allah juga nak mengajar saya setiap apa yang saya buat bukanlah untuk merasa kenikmatan ke”best”an sebab buat bersama rakan-rakan tapi hanya untuk mendapat redhaNya sahaja.Ia membuatkan saya bukan seorang LOSER

Munira Hakimi






******


ps; I got it.. Pergantungan hanya pada Allah.. Mungkin sebab ini juga saya tercampak ke sana.



Wednesday, May 9, 2012

Matlamat Yang Sama

Assalamualaikum w.b.t.

Tahniah kepada semua rakan-rakan yang dapat menyambung pelajaran di peringkat IPTA mahupun Matrikulasi atau STPM. Tidak kiralah di mana tempat kita belajar, kita masih mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menuntut ilmu. 

Daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib bagi setiap umat Islam."

(Ibnu Majah dan Lain-lainnya)



Zaman sekarang ni kan, kiranya berada pada tahap yang 'lebih mudah' untuk sambung belajar. Serius. Kalau ikut zaman mak ayah kita dulu, orang yang boleh masuk U, punyalah sikit. Dalam sebuah kampung tu boleh kira dengan jari. Kalau seorang anak tu dapat masuk U, keluarga diorang akan buat majlis kesyukuran dan jemput semua orang kampung untuk meraikan anak mereka.

Sebab zaman mak ayah kita dahulu silibus  pelajaran tidak sama macam kita belajar sekarang ni; yang mana telah banyak yang dimansuhkan. Dan zaman diorang mana ada istilah 'turun graf' atau 'naik graf' dalam gred keputusan SPM. Jadi kita ni sepatutnya bersyukurlah, masih lagi diberi kesempatan untuk menyambung pelajaran.

Kalau ikutkan semasa zaman kegemilangan Islam, para ilmuwan Islam bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu yang belum diterokai oleh orang lain. Hasilnya? Ilmu mereka bermanfaat dan diguna pakai oleh kita sehingga hari ini. Zaman itu, nak menuntut ilmu perlu bermusafir jauh, dengan tiada kemudahan canggih seperti kita pada hari ini; kereta, bas dan monorel. Mereka bermusafir dengan belayar, atau merentasi padang pasir yang panas dengan menaiki unta. Begitu cekalnya hati mereka untuk menuntut ilmu.


Berbeza dengan kita yang mempunyai pelbagai kemudahan yang disediakan. Hanya kita yang dapat membuat pilihan; sama ada mahu atau tidak! 

Tidak kisahlah anda belajar di mana, asalkan mempunyai kemahuan dan kesungguhan. 


Niat yang betul

Mungkin ramai yang fikir sebab utama untuk sambung belajar adalah untuk dapat kerja yang bagus-bagus dan gaji yang tinggi-tinggi. Tak salah untuk anda letakkan matlamat yang begitu tetapi jangan letakkan pada matlamat yang utama.

Nasib ummah bergantung pada bahu kita. Faham maksud saya?

Jika anda ditakdirkan untuk menjadi seorang doktor, jadilah doktor yang pakar; supaya negara kita tidak perlu bergantung kepada negara-negara luar untuk kepakaran di sini. Jadilah doktor yang berpegang kepada syariat, berkhidmat untuk masyarakat.

Jika anda ditakdirkan untuk menjadi seorang jurutera, jadilah jurutera yang tida makan gaji sahaja; bekerja itu janganlah sambil lewa, kerana kalau terjadi begitu, bagaimana negara kita mahu maju? Di manakah berkatnya?

Begitu juga dengan guru; jangan jadi guru yang hanya mengajar, tetapi jadilah guru yang juga mendidik pelajar.

Percayalah, nasib negara berada di tangan anak-anak muda; di tangan kita. Jadikan niat kita yang aula ialah untuk mencapai reda Dia. Dan untuk merealisasikannya perlulah dengan menuntut ilmu, dan berkhidmat untuk masyarakat dan ummah.

Bagi sesiapa yang mendapat elaun atau tajaan biasiswa, gunakan duit itu dengan sebaik-baiknya, kerana hakikatnya duit itu adalah duit rakyat; dan itu menjadikannya AMANAH.


Selamat Belajar

Hakikatnya, kita sentiasa meniti 'alam' belajar secara rasmi atau tidak rasmi. Selamat menuntut ilmu ya, kawan-kawan. Jaga diri di mana jua kita berada. Kita diberi pilihan untuk memilih dalam hidup; jangan sia-siakan dengan membuat pilihan yang salah ketika belajar.


PS: Saya dapat maklumat yang pelajar USIM mendaftar awal yep? 23/5 ek? Saya punya lambat lagi la, 2/6. NI yang jealous ni.. Huhu.



Thursday, May 3, 2012

Ngarutan #4: Goodbye

Assalamualaikum w.b.t.

I'm already 18 last month :0



Ya, dah semakin tua. Usia muda jangan disia-siakan. I want to paint my life with a lots of colours.. the things that He redha =) Sebenarnya kebelakangan ni idea untuk menulis itu ada, tapi untuk mencapai 'roh' untuk menulis (dan memaksa jemari bergerak di keyboard) sukar untuk datang. Memang banyak betul alasan, kan? Huih.

Jadi, bila tiada mood, saya hanya nak berbasa-basi tentang random things yang berlaku pada diri saya sekaranglah. Sukalah juga bila tak perlu bangun pagi bimbang tak siapkan kerja sekolah, lupa bangun studi, malas nak pergi perjumpaan, gosok baju sekolah dll. Selamat tinggal alam persekolahan~! I will not miss you, haha. Ok, itu tipu. (urgh, sebenarnya 50-50).




Dan saya juga ucapkan selamat tinggal kepada diri saya yang dulu; 'me' in sekolah menengah. Dunia luar tak sama macam dunia zaman sekolah, terutamanya di bumi wakaf tu, tempat menimba ilmu. Kalau boleh kan, bila dapat sambung belajar nanti tak mahu jumpa pun dengan orang yang kenal saya di sekolah menengah. Tapi itu memang mustahil berlaku. Hmmphh.. Yep.

Bukannya apa. Sebab sebenar rasa macam tu, saya tidak ingin orang melihat saya sebagai 'saya' sewaktu sekolah menengah dulu. No. I want to start with the new me. Start from the bottom. That nobody knows about my past. Let them know me just the usual girl, ordinary maybe? But I always just want to be an extraordinary. Haha ;p
Jadi, bila diorang kenal sebab saya 'just someone' mungkin itu lebih memudahkan 1st impression dan tiada apa-apa untuk di-cover atau.. erms. Susah nak terangkan benda ni sebenarnya. Masa lalu ni ibarat bayang-bayang kita. 

Biasalah, manusia ini penuh dengan assumptions. Bila dia tahu latar belakang kita, kadang-kadang ia membuatkan mereka akan letakkan kita pada sesuatu tempat yang tidak layak untuk kita. Serius. Kita tilik diri kita sudahla~ Ouch.



Darul Quran


Saya ada mention DQ merupakan salah satu impian saya untuk mempunyai spiritual yang tinggi (?), means, hafal ayat-ayat cinta-Nya. Mungkin bukan rezeki kut, saya tak lulus temu duga. ;(. Boleh je buat rayuan, tapi bila buat pertimbangan semula, mungkin ini bukan jalan yang terbaik untuk diri saya.


Ayah saya pun tak galakkan saya pergi. Sebab apa? Hee.. Itu bab lain, nanti akan diberitahu..hee~ (make it sounds like 'mystery' huh?)


Senior yang ada di DQ tiba-tiba contact, entah dari mana dia tahu saya dapat pergi ke temu duga. Dia ingin pastikan ada pelapis dari sekolah kami untuk ke sana. Masa tu, hati dah tak sedap. Kalau betul-betul lulus temu duga tu, kiranya niat saya untuk awal-awal ke sana dengan nak jadi "nobody" tu memang terkubur. 


Mungkin ada hikmah tak dapat. ;)


Dalam tidak disangka-sangka dapat Matrikulasi Pahang di Gambang dalam bidang sains. Rasa nak tergelak je, kenapalah dulu masa isi matrik pergi mintak sains? Kebanyakan kawan-kawan yang minta akaun dapat dekat Perlis.


Tentulah, matrik merupakan pilihan yang terakhir. Huhu. Tengah tunggu detik 7 Mei, keputusan UPU. Urgh.


Sekarang ni nak cuba update blog dengan banyak entri yang berfaedah sikit. Sebab nanti bila masuk U (insya-Allah) tak tau bila lagi boleh online. =)


Pen off.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...