Saturday, September 30, 2017

Bisik Pada Langit

Alkisahnya, semalam buat pertama kali jejakkan kaki di Paya Bunga Square (PBS) untuk menonton wayang bersama dengan kakak dan emak. PBS ni baru lagi dibuka di Terengganu, sebab tulah baru aja pergi. Ini pun kakak yang belanja tiket wayang dan emak ni kena buat ulasan bagi filem ni. Aku kalau ikutkan memang niat nak tengok filem ni sebab Kabir Bhatia sudah lama tak keluarkan filem baru, jadi bila Bisik Pada Langit sudah masuk panggung, memang rasa teruja.

Aku memang tak ikuti pun perkembangan drama atau filem-filem melayu, memang tak suka. Tapi bagi arahan Kabir Bhatia, sejak drama Nur Kasih, memang aku ikuti termasuklah filem Cinta dan Sepi. Sinematografinya cantik, barisan pelakon yang berbakat dan jalan cerita yang bagus, bukan tipikal filem melayu.

Jadi berbalik kepada Bisik Pada Langit...

[credit: Google]

Bagi aku filem ini membawa tema yang biasa dan jalan cerita yang biasa-biasa sahaja. Di mana, yang biasa itulah yang membuatkan para penonton boleh relate dengan cerita ini. Membawa tema kekeluargaan berkenaan dengan kasih sayang seorang ayah yang pilih kasih, adik yang iri, pengorbanan anak sulong dan anak perempuan yang membawa harapan keluarga.

Situasi sebegini memang berlaku dalam masyarakat, antara sebab yang penonton boleh memahami perasaan watak-watak di dalam kisah ini. Bab mengalir air mata tu tak payah cakaplah, memang emosi sangat dari awal sampai akhir. Apatah lagi aku ni jenis cengeng (bak kata kawan-kawan). Ada juga sedikit babak lucu yang boleh membuatkan penonton tergelak.

Apa yang aku dapat simpulkan daripada kisah ini, apabila sesuatu yang paling kita sayang itu ditarik balik, barulah kita sedar akan kepentingan sesuatu yang lain. Sesuatu yang diabaikan sebelum ini. Dan dalam kisah ini, sayangnya seorang ayah pada satu-satunya anak perempuannya, menyebabkan si ayah terlupa bahawa dia juga masih mempunyai dua orang lagi anak lelaki yang juga menagih kasih sayangnya.

Kisah biasa-biasa yang penuh emosi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...