Thursday, October 31, 2013

Untuk Awak #4: Yang Dulu Bukanlah yang Sekarang

Salam.

Hai.

Awak.

(Lama gila tak confess macam ni, huhu)



Semua sudah jauh berbeza. Mungkin bukan dari segi bentuk fizikal. Bukan. Bukan juga dari segi perlakuan mungkin? Entahlah. Entah apa yang berbeza, entah apa yang berubah.

Tapi yang pasti, kau, aku, dia dan awak, kita tak macam dulu.

Sekarang semua sudah bawa haluan masing-masing. Kerana kita dipisahkan oleh jarak.

Dulu kita sering turun surau sama-sama ingat tak? Kemudian waktu zuhur rajin pula kita ke Pusat Islam berbanding surau fakulti. :)

Dulu tempat istimewa kita di kedai makan ayam penyet yang sedap gila tu, hampir setiap minggu nak pergi. Haha. Selepas habis test, mesti pergi sambut di sana.

Masih ingat lagi bila datang hari kita yang 'gila-gila' kadang-kadang selalu jamming dekat bilik salah seorang daripada kita(orang yang bawa gitar tulaa~), menyanyi lagu-lagu daripada Muhasabah Cinta oleh Edcoustic sampailah kepada lagu Kelly Clarkson, Avril Lavigne, Simple Plan, Linkin Park, Adele, Taylor Swift dll. Memang karaoke habislah! Haha.

Kadang-kadang main badminton malam-malam dekat court badminton yang dalam kawasan kolej kita tu.

Rindunya. Sangat rindu.

Yang indahnya pasal perhubungan kita waktu itu, kita saling menerima diri masing-masing seadanya.

Dan sampai sekarang, saya masih lagi berdoa, moga awak diteguhkan hati jika ingin berhijab.

Untuk awak dan awak dan awak, dan saya juga, moga kita terus istiqamah menuju redha Dia.

Sekarang masing-masing tercampak ke tempat lain.

Dan hubungan kita yang dahulu, tidak macam sekarang. Walau jarak memisahkan, memori indah yang tercipta moga tidak akan padam.

"No one will be with u forever.The door will always be swinging open and closed. Love the people who enter. Let go of the people who leave."

Sometimes when I missed you all, the memories that we shared, I cried. Now I'm in tears too.

Silly me.



Wednesday, October 30, 2013

Bulatan Baru

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Hampir setengah bulan mencari-cari akhirnya ketemu cinta baru. :) . Bulatan baru, dengan ahli yang baru, naqibah yang baru juga. Walaupun dalam hati ini, cinta dan sayang masih kepada Surau Kolej Mawar (Teratak Coklat) di UiTM, dan segala isinya juga, tetapi di sini saya juga mesti survive. Hati ini masih juga perlu diisi. Di kolej ni, kolejnya kecil, jadi suraunya hanyalah macam bilik yang satu bangunan dengan pejabat kolej. Yang aktif hanya surau lelaki. Bahagian perempuan macam tidak ada apa-apa.

Jadi tertanya-tanyalah juga, takkanlah dekat sini tak ada program usrah kut. Dalam mencari-cari itu terjumpalah satu page di FB. Sudah daftar masuk, tetapi program masih belum berjalan. Dalam berminggu-minggu juga hati ini tidak diisi. Sehinggalah pada suatu hari itu, saya sedang melaksanakan solat isyak di bilik, disusuli dengan solat hajat. Berdoa, Ya Allah, moga di sini aku dibimbing dan sentiasa bersama orang-orang yang mencari redha-Mu.

Kemudian macam biasa buka buku oppss, buka kes untuk study. Kemudian pintu bilik diketuk. Seorang akak, memberikan kami kepingan kecil poster tentang aktiviti memanjat gunung Beroga. Dan organisasi itu merupakan organisasi yang pernah seorang kawan saya beritahu; diorang sudah start usrah di setiap kolej. Kemudian saya tanya akak tu, ada program usrah tak? Nak join boleh? And the rest is..

Jawapan Allah yang dihantar direct. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dan saya sudah berkenalan dengan bulatan yang baharu tu minggu lepas. Sedihnya, usrah hanya sekali seminggu. Kalau dulu di Teratak Coklat, setiap malam ada pengisian, start dengan solat maghrib berjemaah, kemudian buat bulatan dan akan ada topik yang akan dikeluarkan, selepas tu solat isyak berjemaah, bacaan al-Mulk berjemaah diakhiri dengan doa rabitah ;) Ahh.. sweet sangat. Rindu. Tersangat rindu.



Bagi orang lain mungkin akan cakap 'apa usrah ni.. penting sangat ke..blablabla'.. Lain orang mungkin lain cara pandangnya. Bagi saya, tarbiyyah itu mendarah daging dalam diri, sejak di sekolah menengah. Di mana akan ada seorang naqibah, bersama ahli-ahlinya. Ia bukan tertakluk kepada pengisian agama sahaja, tetapi yang utama sebenarnya adalah keterikatan ukhuwah sesama ahli, dalam mencapai dan mencari redha Dia. Mungkin benda macam ni macam tak nampak kepentingan bagi orang yang tak pernah merasai kemanisan dalam bulatan gembira ni, tapi ia sangat penting bagi saya.

Sebab inilah wasilah atau jalan untuk makanan rohani itu diisi. Hati ini diisi dengan peringatan.

Supaya hati itu tidak mati!

Supaya sentiasa ada orang yang akan peringatkan kita untuk bermuhasabah.

Dan yang paling penting, ia adalah jalan yang Allah berikan untuk menegur kita, melalui naqibah dan perkongsian sahabiah.

Moga terus istiqamah :)

Insya-Allah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...