Thursday, May 23, 2013

Interview UKM

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Post pasal graduate asasi pun tiada, final exam pun tiada, tiba-tiba post pasal interview UKM? Uh-uh. Kemalasan melanda. Dan juga ke-busy-an sebab sekarang tengah kerja sambilan di tanah negeri tercinta ni. Hehe. Sebab ramai sangat kawan-kawan duk bising tanya macam mana interview UKM haritu dan juga atas permintaan (chewah), akhirnya terhasillah entri ini. Awesome tak? Huh.

Result sem 2 alhamdulillah, cantik kecuali satu subjek yang memang bukan subjek favourite. Subjek law pun cantik je semuanya alhamdulillah. Dan teruja juga dapat tawaran interview ke UKM pada 20 Mei di Primula Beach Resort (ya, kat Terengganu je). Tapi interview je pun, kalau ada rezeki dapatlah (amin).

Sampai di Primula pada pukul 8.30 pagi tepat (Dalam surat cakap 8.30 pagi sampai 1.00 petang). Tapi time tu orang dah ramai, dan saya dapat giliran ke-23. Bila sampai di meja pendaftaran, puan yang menguruskan hal pendaftaran menyuruh saya menanda kedatangan. Tengok pada kedatangan macam tidak sampai 30 orang pun senarai pelajar yang hendak di-interview. Dan yang datang semuanya dari negeri-negeri pantai timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang. Jumpa dengan Wan Azreen (Ryn) yang merupakan classmate, Hamizah (Mizah) sahabat surau, Syaqirah, Didi dan ada la a few UiTM yang kenal muka tapi tak kenal rapat #eh. Yang lain pelajar lepasan STPM dan Diploma.

Puan yang urus pendaftaran tanya, "Awak bawak sijil tak, result latest?" Dan saya berikan result sem 2 latest tu pada dia dan dia tuliskan CGPA pointer pada angka giliran saya (di bawah angka giliran) dan perlu ditampal pada bahu.

"Mana fail sijil awak?"

Saya tunjukkan sijil-sijil yang saya letakkan dalam satu sampul berwarna coklat.

"Awak tak bawa fail macam ni ke? Ini kan interview." Dia tunjuk pada timbunan fail-fail pelajar lain yang ada di atas meja tu. Fail kulit keras yang ada kertas plastik transparent yang membolehkan interviewer belek satu-satu. Gulp.

"Tak."

"Sijil SPM awak bawak tak?"

"Eh, kena bawak ke?" Telan liur sekali lagi.

"Sijil MUET?" Soalnya lagi. Alamak, lupa bawa sijil MUET.

"Tak." Terus aja beritahu dia sebelum dia tanya lagi. Kemudian dia ambil je ha sijil-sijil yang ada dalam sampul coklat tu dan minta saya tunggu dulu di tempat pelajar-pelajar lain menunggu, untuk ambil ujian bertulis.

Ujian bertulis sekali masuk 10 orang je. Yang lain kena tunggu. Lepas tu lagi sepuluh dan sepuluh. Masa tu Ryn dan kawan-kawan yang lain dah selesai buat ujian bertulis. Disebabkan orang yang last giliran 26, so dalam 7 orang je time saya pergi masuk ambil ujian bertulis. Soalannya semua sama dengan candidates lain; human rights. Masa diberi 15 minit.

Selepas ujian bertulis tu, sembang-sembang dengan kawan-kawan. Bayangkan, satu group yang masuk untuk di-interview, masanya lebih kurang dalam setengah jam. Jenuh menunggu hingga hilang debar. Saya kiranya group last, sebab jumlah yang datang dalam 26 orang sahaja. Awalnya sekali masuk interview dalam 3 orang. Lepas tu 5 orang.

Giliran kami sampai dalam pukul 1.30 petang. Serius, letih gila menunggu. Nasib baik ada wi-fi free kat sini. Bolehlah cari sikit-sikit maklumat. Sebab group last kan, ada advantage la sikit. Tanya kawan-kawan yang baru lepas di-interview tu macam mana soalan yang ditanya? Ada soalan pasal multiracial, tapi kebanyakannya interviewers memberi satu contoh situasi dan diorang minta pendapat.

Akhirnya tibalah masa untuk di-interview. Interviewers hanya tinggal 3 orang sahaja dengan seorang pembantu. Sebab awalnya tadi nampak ramai interviewers, kemudian seorang demi seorang balik. Yang tinggal sekarang seorang perempuan dan dua orang lelaki.

Soalan pertama mestilah perkenalkan diri masing-masing, in English. Kemudian interviewer yang perempuan mengemukakan soalan, in English.

1. If you were given a power to change the legal system or law system in Malaysia, what would it be?

2. Sekarang media massa seperti internet terutamanya, banyak memberi kebebasan untuk masyarakat menyebarkan sesuatu berbaur fitnah, cerita yang tidak betul dan hasutan. Wajarkah kalau kerajaan menyekat penggunaan internet 100% seperti yang terjadi di China.

3. Kalau pemerintah ada terlibat dengan rasuah, menipu duit rakyat, pecah amanah, adakah wajar untuk menegur mereka dengan mengadakan demonstrasi jalanan?

Yang tu jelah main soalan yang group kitorang dapat. Diorang akan tanya juga "Is UKM your first choice?".  Orang sebelah saya dapat soalan "Why you choose law course?" sewaktu dia perkenalkan diri. Dan saya dapat soalan "Apa kelebihan awak untuk masuk dalam UKM?"

Dan soalan yang ketiga pasal demonstrasi tu, macam apa yang saya nak katakan tak sampai, dan menyebabkan saya ragu sama ada boleh sambung UKM atau tidak. Sebab interviewer tu hentam saya dengan soalan "So, awak setuju dengan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan?" Fuihh.. Panas..panas..

Cuma satu pesan saya kepada kawan-kawan, kalau anda tersalah cakap atau beri pendapat, jangan takut untuk betulkannya balik, walaupun ketika itu turn orang lain untuk bercakap. Cakap je. Hehe.

So, all the best. Good luck future lawyers ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...