Friday, March 27, 2015

Titik



.....

Semester ini alhamdulillah terasa lebih produktif berbanding semester lepas. Dan banyak kisah sedih juga, antaranya: laptop rosak T__T. Jadi terpaksa belanjakan sebahagian duit JPA semester ini untuk membeli laptop baru. Impaknya: rancangan untuk ber-backpacking ke Melaka bersama Dhiah terpaksa ditangguhkan. Haru..

Laptop yang rosak tu sejenis netbook sebenarnya. Hak milik ayah bertahun-tahun sewaktu ayah siapkan tesis zaman phd dulu. Diwariskanlah dekat anak dia ni ha. Bak kata Abir, "Hannah, sampai bila asyik nak guna barang warisan ja?" Hahaha. Sudah tak boleh guna dah, dah rosak.

Kisah sedih nombor 3, sebab netbook tu rosak, segala draft cerita, buku on-the-making dalam tu tak boleh nak recover T___T... Ya, tak buat back up dalam pendrive ke, email ke. Cuma sebahagian ada simpan dalam blog lain, tu pun sebahagian je. Ujian betul. Lepas ni pengajarannya sentiasa kena buat back up untuk simpan data penting.


...and meet my new laptop... Lol, may it last until my 4th year and above, hopefully.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...