Tuesday, July 4, 2017

Trip ke Pulau Perhentian

Salam.

4 hingga 6 Mac 2016: Trip ke Pulau Perhentian bersama 6 Sekawan :). Entri ni dah lama terperuk dalam draft, baru nak publish :D

Kami pergi dengan pakej #PerhentianKravers yang merangkumi penginapan 3 hari 2 malam, tiket bot pergi-balik dari jeti ke Pulau Perhentian, snorkeling ke enam check point (dengan sewa peralatannya sekali), sarapan + makan tengah hari + barbeque untuk sehari. Semuanya dalam RM280. Boleh check instagram mereka @perhentiankravers untuk lihat pelbagai pakej lain yang disediakan.

Perjalanan pergi-balik ke Pulau Perhentian tidak termasuk sekali dengan pakej. Kebetulan waktu tu AirAsia tiket ke Kota Bharu promosi RM39 sahaja, rezeki kami. Lepas tu daripada airport KB naik bas menuju ke perhentian bas KB. Dari sana kami transit naik bas lain menuju ke Jerteh, Terengganu. Lupa sudah berapa tambang bas, tapi kalau tak silap tak lebih daripada RM10 pun untuk kedua-dua perjalanan bas tersebut.






Kami menginap memang betul-betul di Pulau Perhentian long-beach (area kampung nelayan) tu. Kami menginap di Aura Bay. Jadi malam-malam bolehlah pergi main air di gigi pantai dan pusing keliling pulau tu. Hari pertama aktiviti bebas, (bergambar, mandi pantai, makan-makan, sembang-sembang etc).

Ada satu restoran ni masya-Allah sedap sangat makanan dia, dan memanglah harga makanan ke, barangan ke, kat atas pulau ni memang berganda sikit daripada harga normal, tapi pergi makan kat restoran ni memang berbaloi. Nama restoran tu Ewan Kafe/Cafe macam tulah, menyesal baru merasa makan pada hari last nak balik haha.




Hari kedua pergi snorkeling ke enam check point, yang sekali dengan pakej. Habis snorkeling pergi makan tengah hari di Short Beach. Malam tu makan makanan ber-barbeque (yang include dalam pakej). Lepas tu pergi jalan-jalan pusing pulau pergi area belakang, di mana terdapat mini bar bagi non-muslim yang nak minum-minum dan upacara unggun api (waktu kami pergi tu lah).




Hari ketiga, sebelum subuh lagi bangun pergi hiking ke area windmill. Solat subuh dekat atas sana. Dan tengok matahari terbit dari sana. Memukau.



Pukul 12 tengah hari kami naik bot untuk ke jeti jerteh. Balik ke TBS malamnya dengan menaiki bas. Esokannya ada kelas haha. Pergi kelas dengan muka sunburned.


Monday, July 3, 2017

'Me-time' Syndrome

Currently reading this book, and Evangeline Canterbury's character was like the portrayal of myself, but mine is extended not just in relationships, but also towards family and friends too. Reserved.

Excerpt:

“I know you’re busy, darling. But surely nobody is too busy for love.”

“It’s not that. I may be…I may be incapable of a real relationship.”

“That’s ridiculous.” Zelda huffed. Then, less certainly: “Isn’t it?”

I kept reaching into the dishwasher. Glasses, mugs, silverware returned to their designated places—anything to prevent me from actually squirming with discomfort. “I don’t like to be asked questions. I don’t like having to talk about things I don’t want to talk about. I’d rather be alone than open myself up to be poked and prodded.”

Thomas, Sherry. “The One in My Heart.” 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...