Thursday, December 30, 2010

Zahrah de Tigris

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah lama rasanya tidak bicara tentang buku..!! Jadi pada kali ini inche Hannah mahu bicara tentang sebuah novel yang berlatar belakangkan tanah berdarah di Iraq. Saya beli novel ni di Pesta Buku awal tahun ini di TTC. Atau mungkin lebih tepat saya beli daripada Raish yang baru sahaja membelinya di sana. Ya.



TAJUK : ZAHRAH de Tigris


PENULIS : Khairyn Othman


TERBITAN : Jemari Seni (www.jemariseni.com)


HARGA : RM 20.00





Sudah lama sebenarnya hasrat hati ingin membeli naskhah ini. Alhamdulillah, niat dimakbulkan jua. Yalah, bukannya senang hendak membeli novel keluaran Jemari Seni. Kalau dulu-dulu suka sangat beli melalui pos. Tapi sekarang sudah rasa malas nak berulang-alik ke pejabat pos, tambah-tambah duduk di asrama.


Novel ini berkisahkan seorang wanita yang degil dan lasak; Khairunnisa si Kembang Tigris. Merupakan seorang penuntut ilmu di tanah ratu, yang menyertai sukarelawan menuntut kebebasan untuk negara umat Islam yang masih dalam keadaan perang. Selesainya selama empat tahun belajar di perantauan, Khairunnisa terbang pula ke tanah berdarah di Iraq, untuk menabur bakti sebagai pendidik untuk anak-anak yang kehausan ilmu akibat perang yang telah meruntuhkan sekolah-sekolah mereka.


Malangnya si Nisa ini tidak dapat bertugas apabila selesai sahaja tiba ke sana kerana sekolah tersebut telah diletupkan. Jadi, sementara menunggu sekolah itu dibina semula, Nisa bekerja sebagai jurubahasa di sebuah hospital. Di sinilah Nisa mengenali Maura, rakan sebiliknya, Dr. Mark dan Dr. Patrick Devereux. Di sinilah Nisa mengenal rapat dengan penduduk Iraq, dan suasana perang yang dihujani bedilan peluru dan mortar pada malam-malam tertentu.



Saya petik sinopsis di belakang kulit buku;



Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris…

Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.
Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.
Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.

Hayatilah sebuah novel adventure-spiritual daripada penulis yang pernah menjadi Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris 2003. Sebuah cerita, yang harus dihayati oleh siapa sahaja yang cintakan kemanusiaan sejagat.





Oh ya, penulis telah melancarkan buku barunya tahun lepas.. Tajuknya Dame Zoete Sarah. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, layarilah laman web Jemari Seni.

Tuesday, December 28, 2010

I'm a SENIOR?


Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Countdown for senior year.. heheh! Ni si Salma punya kes la ni.. Asyik countdown hari buka sekolah. Oops.. Salma, jangan mare.. Dengan saya pun terjangkit sama membilang hari.

I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no

Tell me when did we become,
So cold and empty inside

Senior.. uhuh. Saya sudah jadi senior. Eh, silap. Bakal senior. Dalam beberapa hari lagi. Saya sudah mencongak dalam hati, banyak benda yang kena 'pantang' untuk tahun 2011. Oh, tidak! Saya bukannya takut berpantang makan makanan yang mengarut. Saya memang bukan penggemar jeruk, mi segera atau makanan ringan ataupun minuman bergas..



Lost a way long time ago
Did we really turn out blind?
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Perkara yang perlu dipantang antaranya...

1- Internet

Erm.. Benda ni memang sukar untuk 'pantang'. Bila saya buka internet, awal-awal sekali online facebook, log in blog (kalau rajin, update) dan pergi merantau membaca blog-blog orang lain. Search google mencari berkenaan sesuatu yang meng-curiouskan hati. Kadang-kadang buka YouTube untuk mendengar lagu sambil membaca blog.

Yalah, saya tak suka sangat tonton televisyen, jadi satu-satunya cara saya untuk mengetahui isu semasa adalah dengan membaca blog.

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love?
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

2- Masa

Masa pun kena pantang? Ya, kena pantang masa; membazirkan masa untuk perkara yang kurang perlu. Dan perlu mengorbankan masa. Okey, tahun depan kena kurangkan masa untuk berblogging, menaip cerita cerituk, masa tidur dan masa makan.. Eyh, ada lagi ni perkara yang perlu pantang masa...

Hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand
Turn around and see what we left behind

3- Buku dan novel

Yang ni paling susah sekali untuk berjauhan. Berpantang dari segala buku cerita dan novel mungkin sukar, tapi bukan mustahil. Mungkin saya bukannya tidak akan menyentuhnya terus, tapi menyederhanakannya.. Insya-Allah.



Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world

Tahun ni, kalau ada duit jangan beli novel dulu. Kena beli buku latihan, lepas tu baru survey buku baru. Uhuh, pandailah sangat.

A beautiful world I share with you

Tahun 2011 tetap tidak dapat memisahkan saya 100% kepada hobi saya iaitu membaca. Kata seorang senior merangkap ex-student, kata beliau; jadikan membaca itu sebagai satu tanggungjawab, bukannya satu hobi mengisi masa lapang. Means, kalau kita tak ada masa lapang sekali pun, kita pasti akan cari juga masa untuk membaca, sebab kita sematkan dalam diri yang membaca iu merupakan suatu tanggungjawab, bukannya hobi semata!

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no

Memoir NKI

Sewaktu kem Nadwah Kepimpinan Islam, seorang fasilititor ada yang mengacah.

"Kamu semua ni pemimpin kan?" Senyap.

"Baguslah. Pemimpin ni banyak dosa." Sindiran sinis.

Ayat yang sangat ironis. "Baguslah. Pemimpin ni banyak dosa." Memang saya kecut perut. Jeling orang sebelah. Dia pun sama. Betullah. Pemimpin banyak dosa kalau dia tidak laksanakan tanggungjawabnya dengan amanah. Seorang pemimpin juga boleh beroleh banyak pahala jika dia melaksanakan tugas dengan mengikut aturan Allah dan Rasul.

Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: "Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin."



How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares

And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

Jaga tingkah laku

Seorang senior jangan mengulangi ke-dajal-an perangai senior yang lepas. Jangan mengulang tradisi yang sepatutnyab tidak di-tradisi-kan. Tapi alhamdulillah, di bumi wakaf kita rasanya semua senior baik-baik belaka. Dan kita bakal menjadi senior yang baik juga untuk adik-adik contohi nanti, insya-Allah.

No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbour

Tak percaya rasanya.. Tahun terakhir di bumi wakaf TJ.. Bakal membawa corak pelbagai warna dalam hidup. Seperti sebelumnya.

There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbour

We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbours

You’re neighbour, my neighbour
We’re neighbours

Ya Allah, jangan Engkau lepaskan ikatan ukhuwah kami dalam doa rabitah. Moga hari-hari berikutnya membawa kami selangkah mendekati-Mu. Amin.

[credit]


Nota; lirik latar diambil daripada lagu Hold My Hand oleh Maher Zain.


Wallahu'alam.

Monday, December 20, 2010

Kisah kedai makan

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Countdown.. Tidak lama lagi musim persekolahan bakal tiba. And.. the new life begins.. uhuh. Manusia berubah bersama masa, kan? Harap-harap tahun depan dapat survive.. Tidak percaya rasanya.. Tahun akhir di bumi wakaf~! Rasa-rasa baru semalam saja pergi sekolah untuk orientasi sewaktu tingkatan satu. Hahaha, okey, itu memang hiperbola.

Bukannya saya hendak sentuh pasal apa pun. Cuma hendak kongsi sesuatu yang berlaku sepanjang cuti ini. Lagaknya macam penting aja, tapi bagi saya peristiwa ini merupakan sesuatu yang sweet bila melihat dengan mata kepala sendiri. Cerita pasal apa? Tentang...

Keluarga saya ada mengusahakan sebuah kedai makan yang beroperasi sekitar pukul 5 pagi hingga 9.30 pagi. Ya, kedai makan yang dibuka pada waktu pagi sahaja dan hanya menjual satu menu iaitu nasi dagang. Memandangkan sekarang cuti sekolah, saya kiranya tolong-tolonglah juga ke kedai. Yang beratnya kena bangun awal pukul 4 pagi. Ada beberapa peristiwa menarik yang saya hendak kongsikan bersama dengan anda.




Bayar

Adalah suatu hari tu, pagi-pagi selepas subuh ramailah pakcik-pakcik yang baru sahaja solat subuh berjemaah datang ke kedai. Ada seorang pakcik ni, dia hendak bayar makanan, kemudian dia kata;

"Tolong kira untuk meja makan sana juga." Dia tunjuk dalam kedai dekat meja tengah, ada empat orang pelanggan sedang menjamu selera.

Jadi, my mother a.k.a. ummi pergilah dekat meja tu untuk kira. Dia orang peliklah, bila masa dia orang minta kira? Ummi saya tunjuk dekat luar, ada orang yang hendak belanja. Tapi dia orang tak nampak sebab pakcik tu terlindung di sebalik tiang papan yang lebar. Pakcik tu bersih dan lembut je wajahnya, maklumlah baru balik daripada solat subuh berjemaah. Pakcik tu dalam lingkungan akhir 40-an macam tulah.

Tidak tahulah sama ada pakcik tu kenal dengan dia orang yang duduk dekat meja makan tu. Satu kisah lagi, ada suatu hari tu sekumpulan geng bermotor orang-orang muda belia datang makan di kedai. Nampak macam brutal. Pakai baju corak ganas-ganas aja tapi muka tak nampak macam samseng pun. Senyum je bila orang pergi letakkan makanan atas meja.

Tiba masa dia orang sudah habis makan dan tambah nasi lagi, puas berborak dan bergurau senda dekat meja makan tu, salah seorang daripada abang-abang tu hendak bayar. Abang yang badan paling besar antara mereka. Lepas tu dia minta kira sekali untuk semua yang makan dekat kedai. Saya pula yang terlopong. Relaks, kedai makan tu kecil aja, dalam tujuh buah meja makan je ada dan dalam lima meja makan yang penuh masa tu. Diisi oleh mereka yang baru pulang daripada solat subuh berjemaah dari yang memakai jubah, kain pelikat dan kopiah sehinggalah yang pakai pakaian kasual yang hendak pergi kerja.

Agaknya abang tu dapat bonus gaji kut. Atau memang dia ikhlas hendak belanja pakcik-pakcik yang ada dalam kedai tu. Saya pula rasa terharu..huhu. Yalah, belanja orang yang tak kenal tambah lagi belanja semua yang ada dalam kedai. Terharunya saya sebagai pelayan kedai sambilan.

Ada pula seorang pakcik ni pesan hendak bungkus nasi dagang. Dia duduk dekat meja makan yang dekat dengan ummi bungkus nasi. Meja makan tu pula ada seorang lagi pelanggan yang sedang makan di situ. Pakcik tu mesra aja sapa pelanggan tu sambil borak-borak berkenalan sampaikan orang dari jauh tengok macam dua sahabat yang sudah kenal lama. Bila saya sudah berikan plastik yang berisi nasi yang telah dibungkus kepada pakcik tu, dia minta kira sekali untuk pelanggan yang dia baru kenal tu.




Terima kasih

Nama pun pelayan kan, jadi bila saya delivered makanan (nasi dagang je pun) di atas meja makan untuk pelanggan, saya akan jadi terharu sangat bila tiba-tiba seorang pelanggan ni ucapkan "Terima kasih" sambil senyum. Saya pada awalnya terkejut, tidak tahu hendak balas apa. Kemudian cepat-cepat otak saya mencerna dan saya hanya tundukkan kepala sikit sambil perlahan ucap "sama-sama".

Bukannya apa, jarang sangat-sangat kalau saya terima ucapan terima kasih daripada pelanggan ketika letakkan nasi dagang atas meja. Biasanya kebanyakan pelanggan hanya senyum atau angguk sahaja. Barulah saya dapat rasa 'roh' (?) bila orang ucap perkataan 'terima kasih'. Rupanya begini rasanya bila orang berterima kasih kepada kita yang sebagai pelayan kedai makan aja ni.

Jadi kawan-kawan, siapa pun ada, setinggi mana pun jawatan anda, pastikan anda ucapkan terima kasih kepada pekerja kedai makan yang menghantar pesanan! Hehe. Bukan terhad sekitar pelayan kedai makan aja, kepada sesiapa sahaja pun di sekeliling.




Siapa kata?

Ada sesetengah mentaliti masyarakat kita hari ini suka sangat kondem bangsa sendiri. Suka sangat kutuk. "Ha, macam tulah orang melayu! Siang malam buang masa dekat kopi.. bla..bla.. blaa." Masalah kecil diperbesarkan. Kutuk-mengutuk menambah dosa, lazat sungguh memakan daging manusia lain. Tak sedar yang diri dia tu pun orang melayu juga!

Kenapa tidak mahu memperbesarkan kebaikan orang lain? Kebaikan bangsa sendiri? Yang baik diam aja, yang buruk kutuk habis-habisan. Aduhai. Solusi untuk sesuatu keburukan ialah memberi pandangan untuk mengubahnya, bukannya mengutuk menambahkan catatan dosa di bahu kiri. Apa yang saya perhati di kedai, pelanggan yang rata-ratanya bangsa melayu perangainya yang seperti cerita di atas amat mengharukan saya. Siapa kata orang kita ni teruk? Kalau sudah tidak suka itu diam, jangan bersuara menambah dosa. Free saja orang yang diumpat itu mendapat hadiah pahala daripada kita.

Moga mendapat pengajaran daripada kisah yang disampaikan. =)


Wallahu'alam.



Friday, December 17, 2010

Kenapa takut dengan MATI?




Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Kisah bertahun dahulu, ada seorang kawan luahkan masalah kepada saya. Huhu, bukanlah saya ini pakar motivasi orang ke apa, biasalah kawan hendak berkongsi masalah kan? Dia cerita punya cerita dan salah satu solusi yang saya berikan kepada dia ialah solat sunat taubat. Lepas tu dia kata;

"Saya takut hendak solat taubat, sebab bila terfikir pasal solat taubat ni saya rasa macam saya akan mati."

Erk.. Terkejutlah juga saya. Kemudian saya balas balik;

"Dah, kalau tak solat taubat confirmlah ye kita masih tak mati-mati?"

"Eh, taklah macam tu." Sengih.

Itu kisah dulu. Bertahun dahulu. Alhamdulillah, kawan saya tu sudah boleh mengamalkan solat taubat. Iyalah, sebelum peristiwa di atas ni katanya tak pernah buat solat taubat, sebab takut akan tu. Kadang-kadang, memang ada sesetengah daripada kita yang tidak suka berbual pasal mati. Menyeramkan. Dan tak nak fikir lagi pasal MATI. Kononnya umur masih panjang lagi. Saya pun pernah berfikiran begitu. Ya, dah mengaku ni.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan. (Al Anbiya` : 35)

Hidup itu insya-Allah. Mati itu pasti. Kenapa tiba-tiba saya rajin sangat taip entri pasal mati ni? Kenapa?? Kenapa?? Semuanya bermula sejak semalam..

Semalam saya bermimpi yang saya akan mati. Keluarga saya akan mati. Anda semua akan mati. Sebab apa 'akan'? Sebab mimpi saya tu dalam keadaan seperti dunia ini hendak kiamat. Tsunami besar datang, bergulung-gulung. Dan masa tu saya sibuk-sibuk pergi minta maaf dengan umi, ayah, ahli keluarga.. Semua kawan saya hantar mesej minta halalkan semua dan minta maaf berkali-kali. Bila saya bangun, saya rasa relaks je. Entah kenapa.

Kebiasaannya, bila dapat mimpi mengarut macam tu, saya terkejut dalam keadaan berpeluh, beristighfar dan ludah ke kiri tiga kali. Pagi-pagi hari ini pula saya buka facebook.



Farah Ullya

Farah Ullya oh..yess

Farah Ullya answered:
oh..yess

  • You like this.


Yang ini pula terpampang di wall facebook. Kemudian, biasalah. Saya pergi singgah-singgah ke blog-blog tertentu untuk pengisian dan terjumpa sebuah blog pemilik seseorang yang sudah meninggal dunia kerana kanser.


Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." Surah Ali Imran ayat 185.



Sabda Rasulullah bermaksud: Ada dua perkara yang sangat ditakuti dan dibenci manusia:

1. Manusia itu takut dan benci pada maut, padahal ia lebih baik kepada orang mukmin daripada ancaman fitnah.

2. Manusia juga takut dan benci kepada miskin, padahal itu lebih baik baginya daripada susah dan menderita dihisab di akhirat nanti. (Riwayat Ahmad)



Satu persatu. Cerita pasal mati. MATI. Kemudian di blog orang lain pula saya terbaca pasal arwah. Jenazah. Hati saya bergetar. Bilakah perkahwinanku dengan maut akan tiba? [kredit-hasbi]

Kalaulah saya ditakdirkan mati setelah menulis entri ini, harap kawan-kawan sudi menyedekahkan al-Fatihah kepada saya. Halalkan segala apa yang saya pinjam, guna, makan,.. Dalam keadaan tahu atau tidak.

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: "Bahawa manusia itu tidur lena.Apabila kematian tiba barulah dia terjaga daripada tidurnya."


Nota kaki; Orang yang beriman terlalu merindui mati, kerana ingin bertemu dengan-Nya. Kita pula bagaimana?


Wallahu'alam.




Tuesday, December 14, 2010

Bahasa


Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam hidup kita sehari-hari kita bercakap dalam pelbagai bahasa dan slanga yang berbeza. Ada yang bercakap dalam bahasa melayu standard, bahasa rojak, bahasa dialek Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, dialek orang putih mahupun hitam(?), dialek Australia atau New Zealand mahupun bahasa baku. Erm, ada ke orang berbual dalam bahasa baku? Pedulikan.

Kita berbual dalam dialek yang kita fahami sehari-hari. Saya bukannya ingin mengajar anda tentang bahasa hari ini. Cuma sekadar berkongsi beberapa perkataan yang mungkin kita selalu pernah dengar tapi tidak tahu maksud sebenarnya.



1. Klise

Perkataan ini sering saya terjumpa dalam buku-buku atau novel-novel yang dibaca. Dengan 'rajinnya' sebab rasa ingin tahu yang menebal, saya belek kamus dewan. Terjemahan di bawah ini saya ambil di SINI.

1. Gambar negatif pada filem kamera.

2. Ungkapan yang sering digunakan sehingga tidak mempunyai keaslian dan keistimewaannya lagi.

Terjemahan nombor 2 itulah yang biasanya penulis tujukan dalam ayat yang dikarang. Contohnya macam inilah; kisah emak tiri yang kejam mendera anak tirinya. Macam cerita ala-ala Bawang Merah Bawang Putih itulah. Itu sebagai contoh kisah yang klise. Kisah yang berlambak kita tonton di televisyen atau longgokan novel-novel di pasaran. Kisah yang menggunakan tema yang sama yang tiada rasa keistimewaannya lagi.

Contoh yang lain lagi seperti ungkapan "Aku cinta kamu" yang juga dikategorikan sebagai ayat klise. Ungkapan yang serng digunakan dalam pelbagai filem mahupun drama dalam pelbagai bahasa.



2. Ironi

Saya sangat gemar akan perkataan ini. Mungkin disebabkan perkataan ini enak didengar dan sedap pula lidah menyebut. Perkataan ini saya terjumpa dalam buku Merdekakan Cinta Ratna oleh Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat satu bab khas yang membincangkan perkataan 'Ironi' ini oleh watak Cikgu Soraya kepada pelajar tingkatan 6 Atas Tawakal.

Ironi bermaksud;

1. Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya.

Contohnya beginilah; anda perasan yang diri anda itu cantik atau kacak. Lalu orang di sekeliling mengucapkan bahawa anda ini cantik/kacak disebabkan ingin menjaga hati anda. Padahal keadaan sebenarnya berbeza. Itu dipanggil ironi.






3. Filosof @ filsuf

Saya terjumpa perkataan ini mungkin dalam antologi cerpen Arena Wati atau sasterawan negara kita yang lain ketika tingkatan satu. Saya belek punya belek dalam kamus dewan langsung tidak jumpa perkataan filosof. Sungguh, tak percaya cuba try belek kamus dewan. Saya hanya jumpa filsuf. Mungkin perkataan filosof itu perkataan yang dieja dalam ejaan melayu lama.

Filsuf bermaksud;

ahli fikir, ahli falsafah.

Saya pun sudah lupa ayat yang saya baca ketika membaca cerpen tersebut.


Tiga ayat ini saya ingat sampai ke hari ini dan kiranya macam nostalgia sikit sebab ada berlakunya peristiwa-peristiwa tertentu. Namun kadang-kadang, ada sebahagian perkataan bahasa inggeris yang saya lupa pula terjemahan bahasa melayunya. Biasanya keadaan ini biasa berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.

Rajin-rajinlah membaca untuk menambah ilmu =)


Friday, December 10, 2010

Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA


Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Sebulan hampir berlalu setelah Kem Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA peringkat kebangsaan berlangsung. Rindunya. Teramat rindu. Alhamdulillah, saya terpilih untuk mencicipi seteguk pengalaman berharga di sana bersama sembilan orang teman yang lain di sekolah. Saya, Hazwani, Nabilah, Raishah, Farahaini, Fauzi, Amir, Hanif, Putera dan Mahyuddin.

Tuan rumahnya ialah SMKA Maahad Hamidiah di Kajang, Selangor pada 11 November hingga 15 November 2010. Pada helaian borang yang kami dapat, tertulis 'Maahad Hamidiah' sahaja. Bila sampai sana mulut sudah berbunyi "Oooh.. SMKA rupanya...". Sekolah kami menaiki bas SMK Lembah Bidung bersama 10 orang peserta daripada dua buah sekolah lain iaitu SMKA Wataniah dan SMKA Nurul Ittifaq.

Dalam jadual sepatutnya kami sampai di sana pada pukul 4.00 petang. Tapi bas kami sampai sana dalam pukul 8.15 malam. Huhu.. Masa ni sudah niat untuk jamak ta'khir. Ketika sampai di sana, kami dikehendaki untuk mendaftar dan terus bergegas ke dewan sekolah tersebut; Dewan Al-Syafie untuk slot malam itu.

Kalau hendak cerita satu-satu pasal aktiviti yang dia orang buat tu memang makan banyak masa untuk tulis. Cuma hendak ringkaskan cerita, kem ini membawa banyak motivasi kepada diri saya sendiri. Di mana kita cuba untuk bergaul dengan peserta-peserta sekolah lain yang tidak kurang hebatnya, berkongsi maklumat perihal organisasi badan di sekolah, meneguk ilmu yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan, melatih diri berfikir secara kritis dan .... so many to tell.. uhuh..

Oh ya, ada satu task yang diberikan kepada kami pada hari Ahad, ketika semua peserta menaiki bas untuk ke Masjid Tunku Mizan bagi muslimat dan Masjid Putra bagi muslimin. Setiap kumpulan diberikan kertas mahjung, kertas-kertas warna untuk melakukan kertas kerja. Kertas kerja untuk apa? Jeng.. jeng.. jeng.. Setiap kumpulan 'diandaikan' mendapat duit sebanyak RM 100 000 000 untuk mengimarahkan masjid mengikut kreativiti kami. Kena temu bual sesiapa yang ada di masjid tu.. Tak pernah terbayang la.. RM 100 juta! Kalau RM 50 000 bolehlah juga.. (buat kerja kursus akaun..haha..).




Yang paling terkesan di hati ketika slot sesi muhasabah yang amat meresap ke jiwa. Terasa ketika itu bahu ini terpikulnya suatu beban yang amat berat dan tidak tertanggung dek badan. Saya terasa ingin rebah, jatuh, tersungkur di saat itu. Dalam hati sesuatu sedang mengasak diri. Ya Allah, kenapa aku?

Di bawah ini merupakan sedikit sebanyak gambar-gambar sewaktu kem. Tersenyum seorang diri melihatnya.







Lagu Nadwah Kepemimpinan Islam

Di sini kita bernadwah
Satu perjuangan yang indah
Bersatu teguhkan agama
Keagungan tegakkan semula

Akhlak mulia jadi sandaran
Penguat jiwa meneguhkan iman
Kitalah pewaris ummah
Yang cemerlang gemilang terblang

Ayuh sahabat mari bersama
Reda Ilahi memayungi kita
Demi kehidupan yang gemilang

Beramanah berdedikasi
Bersemangat pemimpin rabbani
Penuh ikhlas penuh taat
Hidup mulia dan selamat.


NKI; sentiasa dalam kenangan. Insya-Allah. Bagi sesiapa yang belum mendaftar di laman web NKI silalah mendaftar di SINI. Di facebook terdapat group NKI, cuma search sahaja.


Nota kaki; saya ingin mengarang cerpen bersiri khas untuk pengalaman berada di NKI.. boleh?

Thursday, December 9, 2010

Tag #2

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ini virus tag ini dihadiahkan daripada Cik Salma Malihah =)


1.pe bende pling penting dlm idop korunk?
> Soalan yang sama sebelum ni..? jadi jawapannya tetap sama..> family and friends.

2.benda terakhir korunk beli gne duit sendiri?
> Tadi adik-adik saya baru je 'mengetuk' duit saya untuk beli aiskrim 'culik'..haha.

3.di mana tempat korunk nak melangsungkan perkahwinan korunk dan tema perkahwinan korunk nnti?
> Just wait and see,..

4.adakah korunk sedang bercinta sekarang?
> Nope

5.berapa lame korunk akan mencintai kekasih korunk?
> lalala.. sila rujuk jawapan di tag sebelum ini.. terima kasih.. =p

6.di mana korunk slalo jmp kekasih korunk?
> sewaktu solat, baca Quran, zikir dan sepertiga malam.. Insya-Allah

7.novel/buku/majalah terakhir korunk beli?

8.apakah name penuh korunk
> Mein name ist Fatimah Hannah binti Abd Wahab
(bahasa jerman tu..hehe}

9.antara mak n ayh korunk,mne yg korunk lg mesra?
> Ayah

10.namakan orang yg betul2 korunk nk jmp dlm idop

11.adakah korunk bsuh bju sndri?
> sometimes.. dekat asrama dulu..

12.di mana tempat yg korunk btol2 nk g

13.plih slah satu,peluk atau cium

14.beritahu 3 perkara tentang org yg tag korunk
-dia pengawas pusat sumber sekolah
-kawan rapat dengan Fakhriah
-suka baca buku.. macam saya ^-^

15.lima benda korunk sgt syg dlm idop korunk

family and friends
Usrah
my specs~!
my collection of books
my journals.. diaries.. blogs..

16.lima lagu korunk suke n slalo dgr

17.bile tarikh lahir korunk n korunk smbut besday kt mana thn lps?
> 8 April 1994.. tahun lepas..? tak sambut pun..kenang-kenang je..

18.tujuh org blogger korunk nak tag
> Salma sudah tag semuanya..huhu.

Wednesday, December 8, 2010

Salam Hijrah


Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, diri ini masih lagi dapat menghirup nafas bagi awal tahun baru hijrah. Masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus bergerak memacu nadi untuk meneruskan kehidupan.

الهجرة فرقت بين الحق والباطل، فأرخوا بها

Hijrahlah yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Maka jadikanlah ia asas permulaan tarikh ”. ~ Saidina Umar r.a.

Sesiapa yang ingin membaca serba sedikit tentang peristiwa asal tarikh hijrah boleh ke SINI.

Di sini saya bukanlah hendak menyentuh isu hijrah tentang zaman Rasulullah dahulu, tapi lebih mengenai pengalaman di sekeliling. Hijrah maksud secara lebih kurangnya berpindah; sama ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Dalam hidup, kita diberi pilihan. Sentiasa ada pilihan. Pilihan yang dibuat itulah yang akan memberi kesan terhadap hidup kita pada hari kemudiannya.

Namun, kadang kala ada juga yang kita terpaksa "menerima" pilihan yang bukan dipilih oleh diri sendiri. Dan itu juga ada hikmahnya. Subhanallah, hikmahnya mungkin melimpah ruah. Sebagai contoh; yang terjadi kepada diri saya sendiri. Masa darjah enam dahulu, sudah berpakat dengan kawan-kawan untuk ke sebuah sekolah SMKA yang berdekatan dengan sekolah rendah kami di bandar tu. Tapi lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Ayah suruh bersekolah di SMKA yang berdekatan dengan rumah kami ini sahaja. Dan di bumi wakaf inilah, saya tercampak sorang-sorang yang berasal dari sekolah rendah tu.. dan sebenarnya semuanya ada hikmah di sebaliknya.. Subhanallah!

Saya juga ada seorang teman yang asalnya dari bumi wakaf ini langsung berpindah ke sekolah menengah harian biasa atas sebab-sebab tertentu yang berkait dengan kesihatannya. Rajin jugalah menelefon untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita terbaru. Yang terkejutnya, dia sudah menjadi seseorang yang lebih berpotensi di sekolah sana, alhamdulillah. Dilantik sebagai pengawas, dianugerahkan tokoh pelajar mithali dan prestasi akademiknya juga semakin meningkat. Benarlah, penghijrahan itu dapat memberikan kesan terhadap seseorang individu; bergantung kepada kepercayaan terhadap dirinya sendiri.

Apa yang perlu dihindarkan adalah penghijrahan ke arah keburukan. Na'uzubillah.. Mohon dijauhkan daripada kita semua. Amin.

Tadi saya ada menonton HBO di Astro. Ada satu cerita yang menarik kisahnya. Tajuknya "Love Happens". Kisah mengenai seorang lelaki yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Dia telah menulis sebuah buku motivasi tentang kisah hidupnya yang menyebabkannya menjadi terkenal. Dia dipilih untuk meng-handle(maaf, lupa ayat melayunya..?) seminar atau lebih kurang macam kem bagi peserta yang ingin memotivasikan diri mereka untuk menerima hakikat dan bangkit semula walaupun telah kehilangan orang yang tersayang. Namun sebenarnya, jauh di sudut hati, ketika dia memotivasikan orang lain.. dia lupa sebenarnya dirinya sendiri pun masih belum dapat menerima kejadian yang berlaku terhadap isterinya.

Sedihlah juga cerita ni. Suka sangat bahagian dia memberikan kata-kata semangat kepada peserta-pesertanya. Itulah, kadang-kadang kita sibuk-sibuk hendak menasihati orang, tapi sebenarnya diri kita sendiri pun masih lagi kabur tentang perkara itu sendiri.

Owh, sudah lari daripada topik ke? Huhu.. Maaf. Sekadar berkongsi.

Moga-moga tahun hijrah kali ini membawa hidup kita ke arah yang lebih baik. Cuba kalahkan diri kita sendiri yang dahulu! Mujahadah.

Salam Maal Hijrah dan awal Muharam.

Ikhlas,

Hannah.


Sunday, December 5, 2010

Kasih Nan Agung




Tajuk : Kasih Nan Agung

Penulis : Sri Rahayu Mohd Yusop

Terbitan : Utusan Publications & Distributors (www.ujanailmu.com)

Harga : RM 19.00



Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Bicara tentang buku. Buku ini telah memenangi tempat pertama dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tahun 2008 bagi kategori novel remaja. Wah, rezeki beliau nampaknya semakin mencurah-curah sejak akhir-akhir ini. Bagi tahun 2009 pula, novel beliau yang bertajuk Impuls/Roh juga telah memenangi tempat pertama dalam HSKU. Mungkin jika ada kesempatan, saya akan meresensikan buku itu juga sebab sekarang saya belum baca lagilah buku terbaru beliau tersebut.

Sinopsis;

NASKHAH Kasih Nan Agung menampilkan watak wira unggul Jaka Sulaiman Awang Safar yang menuntut jurusan paleoantropologi tahun akhir di Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat.

Watak ini dibina dengan ketajaman fikiran dan kefasihan lisan yang perkasa menentang segolongan ahli akademik di universiti itu yang mendukung teori evolusi Charles Darwin.

Penyuguhan falsafah metarialisme yang cuba diindoktrinkan oleh warga akademik itu cuba dicabar oleh Jaka Sulaiman sehingga dirinya sendiri terjerat dan diheret ke kancah konflik yang berlarutan.

Tindakan kontradik Jaka Sulaiman menyebabkan dia ditembak oleh Maximilian Blake yang merupakan salah seorang pendukung Darwinisme.

Melalui kaedah wacana argumentatif dan keutuhan pegangan Jaka Sulaiman dalam melawan hegemoni ilmu Barat, dia berjaya meruntuhkan teori evolusi Darwin secara ilmiah dengan pendekatan ilmu Islam.

Kehadiran watak Jaka Sulaiman bersandarkan wahyu Allah berjaya menenggelamkan dominasi Barat dalam mempertahankan falsafah mereka yang batil dan berselindung di sebalik hujah-hujah palsu serta mengelirukan.

Novel yang memenangi tempat pertama HSKU ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembacaan yang menyeronokkan malah mampu membuka luas horizon keilmuan.

Kalangan remaja yang menjadi sasaran pembaca utama novel ini dapat meneroka suatu ruang baharu, sekali gus menjadikan mereka sentiasa bersikap terbuka dengan kehadiran ilmu yang bermanfaat.

Sumber - Utusan Malaysia



______________________________________________________________________

sinopsis belakang kulit buku;


Kalau moyangmu mawas, datukmu beruk,
siapakah itu Adam dan Hawa?

Mahukah kau dikatai benda
kerana yang ghaib didakwa tiada, dan
kata "Tuhan" dituduh kosong makna?

Hendaknya kau andai wujudmu ditarafkan setara barang
umpama sepasang baju atau sebatang pokok
atau sebuah komputer atau sebutir bom
atau seketul daging, semata-mata?

Fitrah manusiawimu tentu dapat menimbang
di balik otak ada akal, di balik jasad ada jiwa
dan di hujung hidup ada fana.

Tidakkah kasihan,
otak nan cerdik sampai merumuskan
jurai leluhurmu berevolusi daripada salasilah kera!




Buat penulis; terima kasih untuk naskhah berharga ini.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...