Friday, December 10, 2010

Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA


Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Sebulan hampir berlalu setelah Kem Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA peringkat kebangsaan berlangsung. Rindunya. Teramat rindu. Alhamdulillah, saya terpilih untuk mencicipi seteguk pengalaman berharga di sana bersama sembilan orang teman yang lain di sekolah. Saya, Hazwani, Nabilah, Raishah, Farahaini, Fauzi, Amir, Hanif, Putera dan Mahyuddin.

Tuan rumahnya ialah SMKA Maahad Hamidiah di Kajang, Selangor pada 11 November hingga 15 November 2010. Pada helaian borang yang kami dapat, tertulis 'Maahad Hamidiah' sahaja. Bila sampai sana mulut sudah berbunyi "Oooh.. SMKA rupanya...". Sekolah kami menaiki bas SMK Lembah Bidung bersama 10 orang peserta daripada dua buah sekolah lain iaitu SMKA Wataniah dan SMKA Nurul Ittifaq.

Dalam jadual sepatutnya kami sampai di sana pada pukul 4.00 petang. Tapi bas kami sampai sana dalam pukul 8.15 malam. Huhu.. Masa ni sudah niat untuk jamak ta'khir. Ketika sampai di sana, kami dikehendaki untuk mendaftar dan terus bergegas ke dewan sekolah tersebut; Dewan Al-Syafie untuk slot malam itu.

Kalau hendak cerita satu-satu pasal aktiviti yang dia orang buat tu memang makan banyak masa untuk tulis. Cuma hendak ringkaskan cerita, kem ini membawa banyak motivasi kepada diri saya sendiri. Di mana kita cuba untuk bergaul dengan peserta-peserta sekolah lain yang tidak kurang hebatnya, berkongsi maklumat perihal organisasi badan di sekolah, meneguk ilmu yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan, melatih diri berfikir secara kritis dan .... so many to tell.. uhuh..

Oh ya, ada satu task yang diberikan kepada kami pada hari Ahad, ketika semua peserta menaiki bas untuk ke Masjid Tunku Mizan bagi muslimat dan Masjid Putra bagi muslimin. Setiap kumpulan diberikan kertas mahjung, kertas-kertas warna untuk melakukan kertas kerja. Kertas kerja untuk apa? Jeng.. jeng.. jeng.. Setiap kumpulan 'diandaikan' mendapat duit sebanyak RM 100 000 000 untuk mengimarahkan masjid mengikut kreativiti kami. Kena temu bual sesiapa yang ada di masjid tu.. Tak pernah terbayang la.. RM 100 juta! Kalau RM 50 000 bolehlah juga.. (buat kerja kursus akaun..haha..).




Yang paling terkesan di hati ketika slot sesi muhasabah yang amat meresap ke jiwa. Terasa ketika itu bahu ini terpikulnya suatu beban yang amat berat dan tidak tertanggung dek badan. Saya terasa ingin rebah, jatuh, tersungkur di saat itu. Dalam hati sesuatu sedang mengasak diri. Ya Allah, kenapa aku?

Di bawah ini merupakan sedikit sebanyak gambar-gambar sewaktu kem. Tersenyum seorang diri melihatnya.







Lagu Nadwah Kepemimpinan Islam

Di sini kita bernadwah
Satu perjuangan yang indah
Bersatu teguhkan agama
Keagungan tegakkan semula

Akhlak mulia jadi sandaran
Penguat jiwa meneguhkan iman
Kitalah pewaris ummah
Yang cemerlang gemilang terblang

Ayuh sahabat mari bersama
Reda Ilahi memayungi kita
Demi kehidupan yang gemilang

Beramanah berdedikasi
Bersemangat pemimpin rabbani
Penuh ikhlas penuh taat
Hidup mulia dan selamat.


NKI; sentiasa dalam kenangan. Insya-Allah. Bagi sesiapa yang belum mendaftar di laman web NKI silalah mendaftar di SINI. Di facebook terdapat group NKI, cuma search sahaja.


Nota kaki; saya ingin mengarang cerpen bersiri khas untuk pengalaman berada di NKI.. boleh?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...