Monday, July 11, 2011

Munajat Cinta

“Pengetahuan agama berbeza dengan mempraktikkan agama.”

Petikan daripada novel Munajat Cinta, karya penulis seberang, Taufiqurrahman al-Azizy. Sebelum ini, saya belum pernah membaca mana-mana novel beliau, mahupun novel trilogi Makrifat Cinta beliau yang dikenali iaitu Syahadat Cinta, Musafir Cinta dan Makrifat Cinta.

Namun, saya tidak pernah tertarik hati untuk membeli mahupun membaca karya beliau meskipun terjumpa di pesta buku atau di mana-mana kedai buku. Sebab utamanya, saya sedikit ‘fobia’ ingin membeli karya Islami yang penulisnya berasal dari negara itu. Saya menilai berdasarkan pengalaman. Beberapa buah novel Islami yang saya beli tajuknya sahaja yang cirinya Islami, namun isinya mengecewakan, kecuali karya daripada Habiburrahman El-Shirazy (walaupun ada beberapa perkara yang ada membuatkan saya tidak bersetuju dan ragu, namun masih boleh diterima).

Beberapa hari yang lepas, seorang kenalan beria meminjamkan novel Munajat Cinta ini kepada saya. Awalnya saya ragu, namun saya mengambilnya juga. Pabila lembaran demi lembaran saya hadam, subhanallah! Saya semakin tertarik untuk sampai ke muka surat seterusnya.

Nyatalah, Munajat Cinta bukan sekadar sebuah cerita.. Ia lebih daripada itu. Saya tenggelam dalam bahasa puitis alami dan kecekalan watak utama; Ruwayda.


Tajuk : Munajat Cinta

Penulis : Taufiqurrahman al-Azizy

Terbitan : PTS Litera

Harga : RM 17.00


Sinopsis

Ini kisah tentang seorang gadis, yang ingin mencari jati diri, mengenali dirinya sendiri. Bermulanya pencarian ini apabila perusahaan keluaranya bankrap, lalu jatuh miskin. Dahulunya, segala kenikmatan yang dicurahkan kini tiada lagi yang kekal. Rumah mereka disita kerana gagal melunaskan hutang-piutang di bank.

Dalam saat kucar-kacir itu, Ruwayda menyalahkan Tuhan, yang memberikan takdir mereka sebegini. Asalnya Ruwayda ini seorang yang pandai, namun tidak dapat menyambung pelajaran ke universiti kerana keluarganya telah jatuh miskin. Keluarganya tidak taat kepada suruhan Allah, iaitu tidak solat.

Ustaz Habiburrahman yang mengajarnya di sekolah, datang menyedarkannya saat dirinya berniat untuk menggantungkan diri di tanah perkuburan, dek tidak tertahan melihat ayah dan ibunya tidak sehaluan setelah jatuh miskin.

Dan dipendekkan cerita (kalau nak tahu kisah panjang, kena bacalah sendiri ;p)..

Bermulalah episod dirinya berkelana mencari dirinya.

Sarat Ilmu

Terkadang saya berasa sebak.. kadang-kadang tersenyum sendiri.. membaca novel ini. Karya yang sarat dengan ilmu, tentang persoalan akidah, perbezaan lelaki dan perempuan, juga diselitkan tentang jemaah yang taksub.

Setiap dialog perbicaraan mempunyai nasihat, dan membuatkan saya berfikir dan terus berfikir sambil menghadam apa yang ingin disampaikan. Kadang-kadang jika terleka sebentar, saya akan ulang membacanya.

Bagus sekali penyampaian Ruwayda yang menerangkan kepada adiknya tentang seperti manakah Sang Pencipta, yakni Allah itu? Penerangannya sesuai sekali dengan kadar pemikiran akal adik kecilnya itu.

Ruwayda bukanlah seorang yang tinggi ilmunya, tetapi dia gigih berusaha untuk menuntut ilmu, dengan membaca. Setiap persoalan yang dia ragu-ragu dan dipersoalkan kepadanya, dia cuba untuk meraih jawapan dengan membaca dan bertanya kepada insane yang dirujuknya; Raudhotul Jannah.

Ruwayda bukanlah insan yang sempurna, namun dia berusaha untuk mengenali dirinya, sebagai permulaan untuk lebih mengenal Allah.

[credit]


Cuma saya tidak bersetuju dengan beberapa perkara. Namun saya kemukakan yang paling menonjol (maaf, tak tau nak guna ayat macam mana).. iaitu tentang Ruwayda yang berseorangan tanpa teman, berkeliaran tanpa tujuan yang niat asalnya ingin mencari diri, tampak sedikit kurang logiknya. Sebab utama, dia itu seorang perempuan, memanglah bahaya keluar “mencari diri” atau merantau tanpa arah yang pasti keseorangan. Lainlah kalau dia tu lelaki. Bahkan dipersetujui pula oleh ibu bapanya termasuklah Ustaz Habiburrahman.

Saya terfikir, kalau sayalah kata macam ni kepada umi dan ayah,

“Umi, Kak Han nak keluar untuk mencari siapa diri ini…”

Confirm diorang ingat anak diorang ni buang tebiat ke apa, atau ingat masuk persatuan Ayah Pin kut. Huu… Na’uzubillah.

Namun, keseluruhannya, syabas untuk penulis. Insya-Allah, novel kedua, sambungan Munajat Cinta, saya akan masukkan ke dalam rak buku di rumah sebagai koleksi. (Ini novel dwilogi).

Untuk awak, terima kasih sudi meminjamkan naskhah berharga ini =)

4.2 bintang.

Nota; yang penting, ambil yang jernih, buang yang keruh ;p

[dalam 'keenakan' menaip ni, terpandang jemari yang tampak 'cantik' dihiasi kesan larutan silver nitrate yang terkena ketika eksperimen kimia tadi.. Huhu.. Lab report menunggu.]


Saturday, July 2, 2011

Ngarutan #1


My phone was ringing.

I ignored.

It still ringing and keep ringing.

I shut my eyes.

Took a looked at phone,

9 missed called.

Huh,

Lord, H.. You've been out of your mind.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...