Sudah lama rasanya tidak bicara tentang buku..!! Jadi pada kali ini inche Hannah mahu bicara tentang sebuah novel yang berlatar belakangkan tanah berdarah di Iraq. Saya beli novel ni di Pesta Buku awal tahun ini di TTC. Atau mungkin lebih tepat saya beli daripada Raish yang baru sahaja membelinya di sana. Ya.
TAJUK : ZAHRAH de Tigris PENULIS : Khairyn Othman TERBITAN : Jemari Seni (www.jemariseni.com) HARGA : RM 20.00
Sudah lama sebenarnya hasrat hati ingin membeli naskhah ini. Alhamdulillah, niat dimakbulkan jua. Yalah, bukannya senang hendak membeli novel keluaran Jemari Seni. Kalau dulu-dulu suka sangat beli melalui pos. Tapi sekarang sudah rasa malas nak berulang-alik ke pejabat pos, tambah-tambah duduk di asrama. Novel ini berkisahkan seorang wanita yang degil dan lasak; Khairunnisa si Kembang Tigris. Merupakan seorang penuntut ilmu di tanah ratu, yang menyertai sukarelawan menuntut kebebasan untuk negara umat Islam yang masih dalam keadaan perang. Selesainya selama empat tahun belajar di perantauan, Khairunnisa terbang pula ke tanah berdarah di Iraq, untuk menabur bakti sebagai pendidik untuk anak-anak yang kehausan ilmu akibat perang yang telah meruntuhkan sekolah-sekolah mereka. Malangnya si Nisa ini tidak dapat bertugas apabila selesai sahaja tiba ke sana kerana sekolah tersebut telah diletupkan. Jadi, sementara menunggu sekolah itu dibina semula, Nisa bekerja sebagai jurubahasa di sebuah hospital. Di sinilah Nisa mengenali Maura, rakan sebiliknya, Dr. Mark dan Dr. Patrick Devereux. Di sinilah Nisa mengenal rapat dengan penduduk Iraq, dan suasana perang yang dihujani bedilan peluru dan mortar pada malam-malam tertentu. Saya petik sinopsis di belakang kulit buku;
Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris… Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.
Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal darimasyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.
Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.
Hayatilah sebuah novel adventure-spiritual daripada penulis yang pernah menjadi Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris 2003. Sebuah cerita, yang harus dihayati oleh siapa sahaja yang cintakan kemanusiaan sejagat.
Oh ya, penulis telah melancarkan buku barunya tahun lepas.. Tajuknya Dame Zoete Sarah. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, layarilah laman web Jemari Seni.
Countdown for senior year.. heheh! Ni si Salma punya kes la ni.. Asyik countdown hari buka sekolah. Oops.. Salma, jangan mare.. Dengan saya pun terjangkit sama membilang hari.
I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Senior.. uhuh. Saya sudah jadi senior. Eh, silap. Bakal senior. Dalam beberapa hari lagi. Saya sudah mencongak dalam hati, banyak benda yang kena 'pantang' untuk tahun 2011. Oh, tidak! Saya bukannya takut berpantang makan makanan yang mengarut. Saya memang bukan penggemar jeruk, mi segera atau makanan ringan ataupun minuman bergas..
Erm.. Benda ni memang sukar untuk 'pantang'. Bila saya buka internet, awal-awal sekali online facebook, log in blog (kalau rajin, update) dan pergi merantau membaca blog-blog orang lain. Search google mencari berkenaan sesuatu yang meng-curiouskan hati. Kadang-kadang buka YouTube untuk mendengar lagu sambil membaca blog.
Yalah, saya tak suka sangat tonton televisyen, jadi satu-satunya cara saya untuk mengetahui isu semasa adalah dengan membaca blog.
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love?
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
2- Masa
Masa pun kena pantang? Ya, kena pantang masa; membazirkan masa untuk perkara yang kurang perlu. Dan perlu mengorbankan masa. Okey, tahun depan kena kurangkan masa untuk berblogging, menaip cerita cerituk, masa tidur dan masa makan.. Eyh, ada lagi ni perkara yang perlu pantang masa...
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we left behind
3- Buku dan novel
Yang ni paling susah sekali untuk berjauhan. Berpantang dari segala buku cerita dan novel mungkin sukar, tapi bukan mustahil. Mungkin saya bukannya tidak akan menyentuhnya terus, tapi menyederhanakannya.. Insya-Allah.
Tahun ni, kalau ada duit jangan beli novel dulu. Kena beli buku latihan, lepas tu baru survey buku baru. Uhuh, pandailah sangat.
A beautiful world I share with you
Tahun 2011 tetap tidak dapat memisahkan saya 100% kepada hobi saya iaitu membaca. Kata seorang senior merangkap ex-student, kata beliau; jadikan membaca itu sebagai satu tanggungjawab, bukannya satu hobi mengisi masa lapang. Means, kalau kita tak ada masa lapang sekali pun, kita pasti akan cari juga masa untuk membaca, sebab kita sematkan dalam diri yang membaca iu merupakan suatu tanggungjawab, bukannya hobi semata!
"Baguslah. Pemimpin ni banyak dosa." Sindiran sinis.
Ayat yang sangat ironis. "Baguslah. Pemimpin ni banyak dosa." Memang saya kecut perut. Jeling orang sebelah. Dia pun sama. Betullah. Pemimpin banyak dosa kalau dia tidak laksanakan tanggungjawabnya dengan amanah. Seorang pemimpin juga boleh beroleh banyak pahala jika dia melaksanakan tugas dengan mengikut aturan Allah dan Rasul.
Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: "Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin."
Seorang senior jangan mengulangi ke-dajal-an perangai senior yang lepas. Jangan mengulang tradisi yang sepatutnyab tidak di-tradisi-kan. Tapi alhamdulillah, di bumi wakaf kita rasanya semua senior baik-baik belaka. Dan kita bakal menjadi senior yang baik juga untuk adik-adik contohi nanti, insya-Allah.
No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbour
Tak percaya rasanya.. Tahun terakhir di bumi wakaf TJ.. Bakal membawa corak pelbagai warna dalam hidup. Seperti sebelumnya.
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbour
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbours
You’re neighbour, my neighbour
We’re neighbours
Ya Allah, jangan Engkau lepaskan ikatan ukhuwah kami dalam doa rabitah. Moga hari-hari berikutnya membawa kami selangkah mendekati-Mu. Amin.
Countdown.. Tidak lama lagi musim persekolahan bakal tiba. And.. the new life begins.. uhuh. Manusia berubah bersama masa, kan? Harap-harap tahun depan dapat survive.. Tidak percaya rasanya.. Tahun akhir di bumi wakaf~! Rasa-rasa baru semalam saja pergi sekolah untuk orientasi sewaktu tingkatan satu. Hahaha, okey, itu memang hiperbola.
Bukannya saya hendak sentuh pasal apa pun. Cuma hendak kongsi sesuatu yang berlaku sepanjang cuti ini. Lagaknya macam penting aja, tapi bagi saya peristiwa ini merupakan sesuatu yang sweet bila melihat dengan mata kepala sendiri. Cerita pasal apa? Tentang...
Keluarga saya ada mengusahakan sebuah kedai makan yang beroperasi sekitar pukul 5 pagi hingga 9.30 pagi. Ya, kedai makan yang dibuka pada waktu pagi sahaja dan hanya menjual satu menu iaitu nasi dagang. Memandangkan sekarang cuti sekolah, saya kiranya tolong-tolonglah juga ke kedai. Yang beratnya kena bangun awal pukul 4 pagi. Ada beberapa peristiwa menarik yang saya hendak kongsikan bersama dengan anda.
Adalah suatu hari tu, pagi-pagi selepas subuh ramailah pakcik-pakcik yang baru sahaja solat subuh berjemaah datang ke kedai. Ada seorang pakcik ni, dia hendak bayar makanan, kemudian dia kata;
"Tolong kira untuk meja makan sana juga." Dia tunjuk dalam kedai dekat meja tengah, ada empat orang pelanggan sedang menjamu selera.
Jadi, my mother a.k.a. ummi pergilah dekat meja tu untuk kira. Dia orang peliklah, bila masa dia orang minta kira? Ummi saya tunjuk dekat luar, ada orang yang hendak belanja. Tapi dia orang tak nampak sebab pakcik tu terlindung di sebalik tiang papan yang lebar. Pakcik tu bersih dan lembut je wajahnya, maklumlah baru balik daripada solat subuh berjemaah. Pakcik tu dalam lingkungan akhir 40-an macam tulah.
Tidak tahulah sama ada pakcik tu kenal dengan dia orang yang duduk dekat meja makan tu. Satu kisah lagi, ada suatu hari tu sekumpulan geng bermotor orang-orang muda belia datang makan di kedai. Nampak macam brutal. Pakai baju corak ganas-ganas aja tapi muka tak nampak macam samseng pun. Senyum je bila orang pergi letakkan makanan atas meja.
Tiba masa dia orang sudah habis makan dan tambah nasi lagi, puas berborak dan bergurau senda dekat meja makan tu, salah seorang daripada abang-abang tu hendak bayar. Abang yang badan paling besar antara mereka. Lepas tu dia minta kira sekali untuk semua yang makan dekat kedai. Saya pula yang terlopong. Relaks, kedai makan tu kecil aja, dalam tujuh buah meja makan je ada dan dalam lima meja makan yang penuh masa tu. Diisi oleh mereka yang baru pulang daripada solat subuh berjemaah dari yang memakai jubah, kain pelikat dan kopiah sehinggalah yang pakai pakaian kasual yang hendak pergi kerja.
Agaknya abang tu dapat bonus gaji kut. Atau memang dia ikhlas hendak belanja pakcik-pakcik yang ada dalam kedai tu. Saya pula rasa terharu..huhu. Yalah, belanja orang yang tak kenal tambah lagi belanja semua yang ada dalam kedai. Terharunya saya sebagai pelayan kedai sambilan.
Ada pula seorang pakcik ni pesan hendak bungkus nasi dagang. Dia duduk dekat meja makan yang dekat dengan ummi bungkus nasi. Meja makan tu pula ada seorang lagi pelanggan yang sedang makan di situ. Pakcik tu mesra aja sapa pelanggan tu sambil borak-borak berkenalan sampaikan orang dari jauh tengok macam dua sahabat yang sudah kenal lama. Bila saya sudah berikan plastik yang berisi nasi yang telah dibungkus kepada pakcik tu, dia minta kira sekali untuk pelanggan yang dia baru kenal tu.
Nama pun pelayan kan, jadi bila saya delivered makanan (nasi dagang je pun) di atas meja makan untuk pelanggan, saya akan jadi terharu sangat bila tiba-tiba seorang pelanggan ni ucapkan "Terima kasih" sambil senyum. Saya pada awalnya terkejut, tidak tahu hendak balas apa. Kemudian cepat-cepat otak saya mencerna dan saya hanya tundukkan kepala sikit sambil perlahan ucap "sama-sama".
Bukannya apa, jarang sangat-sangat kalau saya terima ucapan terima kasih daripada pelanggan ketika letakkan nasi dagang atas meja. Biasanya kebanyakan pelanggan hanya senyum atau angguk sahaja. Barulah saya dapat rasa 'roh' (?) bila orang ucap perkataan 'terima kasih'. Rupanya begini rasanya bila orang berterima kasih kepada kita yang sebagai pelayan kedai makan aja ni.
Jadi kawan-kawan, siapa pun ada, setinggi mana pun jawatan anda, pastikan anda ucapkan terima kasih kepada pekerja kedai makan yang menghantar pesanan! Hehe. Bukan terhad sekitar pelayan kedai makan aja, kepada sesiapa sahaja pun di sekeliling.
Ada sesetengah mentaliti masyarakat kita hari ini suka sangat kondem bangsa sendiri. Suka sangat kutuk. "Ha, macam tulah orang melayu! Siang malam buang masa dekat kopi.. bla..bla.. blaa." Masalah kecil diperbesarkan. Kutuk-mengutuk menambah dosa, lazat sungguh memakan daging manusia lain. Tak sedar yang diri dia tu pun orang melayu juga!
Kenapa tidak mahu memperbesarkan kebaikan orang lain? Kebaikan bangsa sendiri? Yang baik diam aja, yang buruk kutuk habis-habisan. Aduhai. Solusi untuk sesuatu keburukan ialah memberi pandangan untuk mengubahnya, bukannya mengutuk menambahkan catatan dosa di bahu kiri. Apa yang saya perhati di kedai, pelanggan yang rata-ratanya bangsa melayu perangainya yang seperti cerita di atas amat mengharukan saya. Siapa kata orang kita ni teruk? Kalau sudah tidak suka itu diam, jangan bersuara menambah dosa. Free saja orang yang diumpat itu mendapat hadiah pahala daripada kita.
Moga mendapat pengajaran daripada kisah yang disampaikan. =)
Dalam hidup kita sehari-hari kita bercakap dalam pelbagai bahasa dan slanga yang berbeza. Ada yang bercakap dalam bahasa melayu standard, bahasa rojak, bahasa dialek Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, dialek orang putih mahupun hitam(?), dialek Australia atau New Zealand mahupun bahasa baku. Erm, ada ke orang berbual dalam bahasa baku? Pedulikan.
Kita berbual dalam dialek yang kita fahami sehari-hari. Saya bukannya ingin mengajar anda tentang bahasa hari ini. Cuma sekadar berkongsi beberapa perkataan yang mungkin kita selalu pernah dengar tapi tidak tahu maksud sebenarnya.
Perkataan ini sering saya terjumpa dalam buku-buku atau novel-novel yang dibaca. Dengan 'rajinnya' sebab rasa ingin tahu yang menebal, saya belek kamus dewan. Terjemahan di bawah ini saya ambil di SINI.
1. Gambar negatif pada filem kamera.
2. Ungkapan yang sering digunakan sehingga tidak mempunyai keaslian dan keistimewaannya lagi.
Terjemahan nombor 2 itulah yang biasanya penulis tujukan dalam ayat yang dikarang. Contohnya macam inilah; kisah emak tiri yang kejam mendera anak tirinya. Macam cerita ala-ala Bawang Merah Bawang Putih itulah. Itu sebagai contoh kisah yang klise. Kisah yang berlambak kita tonton di televisyen atau longgokan novel-novel di pasaran. Kisah yang menggunakan tema yang sama yang tiada rasa keistimewaannya lagi.
Contoh yang lain lagi seperti ungkapan "Aku cinta kamu" yang juga dikategorikan sebagai ayat klise. Ungkapan yang serng digunakan dalam pelbagai filem mahupun drama dalam pelbagai bahasa.
Saya sangat gemar akan perkataan ini. Mungkin disebabkan perkataan ini enak didengar dan sedap pula lidah menyebut. Perkataan ini saya terjumpa dalam buku Merdekakan Cinta Ratna oleh Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat satu bab khas yang membincangkan perkataan 'Ironi' ini oleh watak Cikgu Soraya kepada pelajar tingkatan 6 Atas Tawakal.
Ironi bermaksud;
1. Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya.
Contohnya beginilah; anda perasan yang diri anda itu cantik atau kacak. Lalu orang di sekeliling mengucapkan bahawa anda ini cantik/kacak disebabkan ingin menjaga hati anda. Padahal keadaan sebenarnya berbeza. Itu dipanggil ironi.
Saya terjumpa perkataan ini mungkin dalam antologi cerpen Arena Wati atau sasterawan negara kita yang lain ketika tingkatan satu. Saya belek punya belek dalam kamus dewan langsung tidak jumpa perkataan filosof. Sungguh, tak percaya cuba try belek kamus dewan. Saya hanya jumpa filsuf. Mungkin perkataan filosof itu perkataan yang dieja dalam ejaan melayu lama.
Filsuf bermaksud;
ahli fikir, ahli falsafah.
Saya pun sudah lupa ayat yang saya baca ketika membaca cerpen tersebut.
Tiga ayat ini saya ingat sampai ke hari ini dan kiranya macam nostalgia sikit sebab ada berlakunya peristiwa-peristiwa tertentu. Namun kadang-kadang, ada sebahagian perkataan bahasa inggeris yang saya lupa pula terjemahan bahasa melayunya. Biasanya keadaan ini biasa berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.
Alhamdulillah, diri ini masih lagi dapat menghirup nafas bagi awal tahun baru hijrah. Masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus bergerak memacu nadi untuk meneruskan kehidupan.
الهجرة فرقت بين الحق والباطل، فأرخوا بها
“ Hijrahlah yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Maka jadikanlah ia asas permulaan tarikh ”. ~ Saidina Umar r.a.
Sesiapa yang ingin membaca serba sedikit tentang peristiwa asal tarikh hijrah boleh ke SINI.
Di sini saya bukanlah hendak menyentuh isu hijrah tentang zaman Rasulullah dahulu, tapi lebih mengenai pengalaman di sekeliling. Hijrah maksud secara lebih kurangnya berpindah; sama ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Dalam hidup, kita diberi pilihan. Sentiasa ada pilihan. Pilihan yang dibuat itulah yang akan memberi kesan terhadap hidup kita pada hari kemudiannya.
Namun, kadang kala ada juga yang kita terpaksa "menerima" pilihan yang bukan dipilih oleh diri sendiri. Dan itu juga ada hikmahnya. Subhanallah, hikmahnya mungkin melimpah ruah. Sebagai contoh; yang terjadi kepada diri saya sendiri. Masa darjah enam dahulu, sudah berpakat dengan kawan-kawan untuk ke sebuah sekolah SMKA yang berdekatan dengan sekolah rendah kami di bandar tu. Tapi lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Ayah suruh bersekolah di SMKA yang berdekatan dengan rumah kami ini sahaja. Dan di bumi wakaf inilah, saya tercampak sorang-sorang yang berasal dari sekolah rendah tu.. dan sebenarnya semuanya ada hikmah di sebaliknya.. Subhanallah!
Saya juga ada seorang teman yang asalnya dari bumi wakaf ini langsung berpindah ke sekolah menengah harian biasa atas sebab-sebab tertentu yang berkait dengan kesihatannya. Rajin jugalah menelefon untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita terbaru. Yang terkejutnya, dia sudah menjadi seseorang yang lebih berpotensi di sekolah sana, alhamdulillah. Dilantik sebagai pengawas, dianugerahkan tokoh pelajar mithali dan prestasi akademiknya juga semakin meningkat. Benarlah, penghijrahan itu dapat memberikan kesan terhadap seseorang individu; bergantung kepada kepercayaan terhadap dirinya sendiri.
Apa yang perlu dihindarkan adalah penghijrahan ke arah keburukan. Na'uzubillah.. Mohon dijauhkan daripada kita semua. Amin.
Tadi saya ada menonton HBO di Astro. Ada satu cerita yang menarik kisahnya. Tajuknya "Love Happens". Kisah mengenai seorang lelaki yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Dia telah menulis sebuah buku motivasi tentang kisah hidupnya yang menyebabkannya menjadi terkenal. Dia dipilih untuk meng-handle(maaf, lupa ayat melayunya..?) seminar atau lebih kurang macam kem bagi peserta yang ingin memotivasikan diri mereka untuk menerima hakikat dan bangkit semula walaupun telah kehilangan orang yang tersayang. Namun sebenarnya, jauh di sudut hati, ketika dia memotivasikan orang lain.. dia lupa sebenarnya dirinya sendiri pun masih belum dapat menerima kejadian yang berlaku terhadap isterinya.
Sedihlah juga cerita ni. Suka sangat bahagian dia memberikan kata-kata semangat kepada peserta-pesertanya. Itulah, kadang-kadang kita sibuk-sibuk hendak menasihati orang, tapi sebenarnya diri kita sendiri pun masih lagi kabur tentang perkara itu sendiri.
Owh, sudah lari daripada topik ke? Huhu.. Maaf. Sekadar berkongsi.
Moga-moga tahun hijrah kali ini membawa hidup kita ke arah yang lebih baik. Cuba kalahkan diri kita sendiri yang dahulu! Mujahadah.
Bicara tentang buku. Buku ini telah memenangi tempat pertama dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tahun 2008 bagi kategori novel remaja. Wah, rezeki beliau nampaknya semakin mencurah-curah sejak akhir-akhir ini. Bagi tahun 2009 pula, novel beliau yang bertajuk Impuls/Roh juga telah memenangi tempat pertama dalam HSKU. Mungkin jika ada kesempatan, saya akan meresensikan buku itu juga sebab sekarang saya belum baca lagilah buku terbaru beliau tersebut.
Sinopsis;
NASKHAH Kasih Nan Agung menampilkan watak wira unggul Jaka Sulaiman Awang Safar yang menuntut jurusan paleoantropologi tahun akhir di Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat.
Watak ini dibina dengan ketajaman fikiran dan kefasihan lisan yang perkasa menentang segolongan ahli akademik di universiti itu yang mendukung teori evolusi Charles Darwin.
Penyuguhan falsafah metarialisme yang cuba diindoktrinkan oleh warga akademik itu cuba dicabar oleh Jaka Sulaiman sehingga dirinya sendiri terjerat dan diheret ke kancah konflik yang berlarutan.
Tindakan kontradik Jaka Sulaiman menyebabkan dia ditembak oleh Maximilian Blake yang merupakan salah seorang pendukung Darwinisme.
Melalui kaedah wacana argumentatif dan keutuhan pegangan Jaka Sulaiman dalam melawan hegemoni ilmu Barat, dia berjaya meruntuhkan teori evolusi Darwin secara ilmiah dengan pendekatan ilmu Islam.
Kehadiran watak Jaka Sulaiman bersandarkan wahyu Allah berjaya menenggelamkan dominasi Barat dalam mempertahankan falsafah mereka yang batil dan berselindung di sebalik hujah-hujah palsu serta mengelirukan.
Novel yang memenangi tempat pertama HSKU ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembacaan yang menyeronokkan malah mampu membuka luas horizon keilmuan.
Kalangan remaja yang menjadi sasaran pembaca utama novel ini dapat meneroka suatu ruang baharu, sekali gus menjadikan mereka sentiasa bersikap terbuka dengan kehadiran ilmu yang bermanfaat.
Kalau moyangmu mawas, datukmu beruk, siapakah itu Adam dan Hawa?
Mahukah kau dikatai benda kerana yang ghaib didakwa tiada, dan kata "Tuhan" dituduh kosong makna?
Hendaknya kau andai wujudmu ditarafkan setara barang umpama sepasang baju atau sebatang pokok atau sebuah komputer atau sebutir bom atau seketul daging, semata-mata?
Fitrah manusiawimu tentu dapat menimbang di balik otak ada akal, di balik jasad ada jiwa dan di hujung hidup ada fana.
Tidakkah kasihan, otak nan cerdik sampai merumuskan jurai leluhurmu berevolusi daripada salasilah kera!
Buat penulis; terima kasih untuk naskhah berharga ini.
Masa kecl-kecil dulu, saya ni jenis yang pendiam amat. Kawan pun adalah dalam dua, tiga orang. Dan sifat pendiam itu berubah sedikit demi sedikit apabila usia meningkat dua belas tahun.. dan semakin menghilang apabila kaki menjejak ke sekolah menengah. Sebab apa? Sebab hanya saya seorang sahaja yang ke sini dari sekolah rendah tu. Hanya saya. Jadi, mungkin faktor yang cukup kuat di sini ialah saya mudah untuk memulakan sesuatu yang baru dalam diri saya; start with a new me apabila menginjak ke bumi wakaf tersebut.
Saya bukan yang jenis pandai berkawan pun sebenarnya. Sewaktu sekolah rendah saya 'bergerak' lebih kepada mengikut keadaan sekeliling. Orang buat lawak, saya ikut sekali. Orang diam, saya pun diam. Bila menginjak remaja, barulah saya boleh 'cari' diri sendiri.
Biasanya orang akan kata yang kalau perempuan berjalan confirm ada teman hatta ke tandas pun. Tapi jenis saya, saya boleh saja berseorangan ke mana saja dan boleh saja kalau ingin ditemani oleh sesiapa sahaja. Saya tidak suka kalau ada orang menunggu saya tetapi kebiasaannya itulah berlaku; yang memang membuatkan saya kesal.
Saya jarang memuji orang tetapi apabila saya sekali sudah memuji, memang saya ikhlas sungguh-sungguh. Saya memang kurang menyukai pujian sebab saya pun tidak suka memberi pujian.. kecuali jika ia kenyataan, bukanlah suatu pujian bagi saya.
Orang yang berkawan rapat dengan saya tahu bagaimana cara saya berkawan. Kalau berbicara tentang sesuatu topik mesti dengan nada bersungguh-sungguh.. tambah-tambah lagi kalau pasal buku. Uhuh..
Teman, maaflah. Saya bukan seorang kawan yang baik, namun cuba untuk jadi kawan yang baik. Sentiasa ke arah itu. Insya-Allah.
Masih belum terlambat kan kalau saya baru hendak ucap..