Friday, July 3, 2015

Cuti Semester

Tamat sudah semester empat, alhamdulillah :)

Maksudnya lagi dua tahun tersisa untuk tamatkan ijazah, moga dipermudahkan segalanya. Tahun dua kali ini banyak buat kerja gila sebenarnya, tapi terhad sangat join aktiviti luar universiti, sebab kononnya busy sangatlah, dan tak ada geng nak ajak haha. Beberapa perkara yang berlaku sepanjang tahun dua:

1- Kembara Kami (homeless project). Program ni dianjurkan oleh kawan kepada kawan. Projek ini menarik sebenarnya sebab kalau tak ada orang yang anjurkan pun kita boleh guna inisiatif sendiri, dengan syarat ada sumbangan. Menggunakan duit sumbangan yang disumbangkan oleh Kementerian Pelajaran, kami dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan, dan setiap kumpulan diberikan RM200. Duit itu bebas digunakan oleh setiap kumpulan untuk membeli barangan atau makanan kepada target warga jalanan seramai yang mencukupi dengan apa yang dibeli. Kumpulan kami ni memang pusing KL, siang-siang hari jarang jumpa homeless, biasanya projek jalanan ni ramai yang buat malam, sebab bila malam baru nampak betapa ramainya warga kota yang tak berumah di KL.




2- Semester empat buat kerja gila ambil dua subjek elektif. Sebenarnya fakulti menghadkan untuk ambil satu elektif sahaja untuk satu semester. Niat ambil dua elektif ni sebab lagi satu elektif tu tiada final exam, hanya assesment. Subjek Introduction to Advocacy, lebih kepada mengajar pelajar untuk mooting dan legal writing. Rupa-rupanya satu subjek ni pun dah gila dibuatnya, hanya Allah sahaja yang tahu betapa macam mana kami survive subjek ni hingga ke akhirnya. Tapi alhamdulillah sangat-sangat, subjek ini sangat membantu, dapat rapat dengan kenalan satu batch yang tak berapa rapat pada awalnya, dan memang mengajar kami ni untuk baca betul-betul kes-kes penuh antarabangsa. Dan kumpulan kami dapat anugerah 'best memorial' untuk written submission walaupun tak dapat masuk final untuk oral submission.



3- Kena handle program Mock Trial dan Dinner fakulti. Ini memang tradisi setiap tahun, pelajar tahun dua fakulti yang perlu buat. Pegang jawatan bawah-bawah je a.k.a. kuli je haha. Bila buat program ni kita akan dipersembahkan dengan banyak karakter sebenar kawan-kawan dan juga seniors yang kita perlu hadapi dengan profesional. Namun pastinya kebiadaban tu susah sikit kalau nak hadapi dengan sikap profesional, seriously. Ada orang yang berlagak kau-mesti-ikut-cakap-aku-seorang-je dan kemudian bila banyak sangat arahan kita tak tahu nak ikut yang mana satu. Kronism lagi. Macam-macam hal. Tapi memang rasa lega sangat-sangat bila dah habis program. Belajar untuk tidak berperangai sebagai mana kita tak mahu orang lain layan kita dengan tidak elok adalah peraturan teratas dalam melaksanakan program (golden rule).



4- Kena bash dengan seniors. Hahaha. Ok, ni paling tak lawak sebenarnya. Dan saya mengaku memang salah saya pun sebenarnya, benda yang berpunca daripada status twitter kemudian diperbesarkan. Baru faham bagaimana sebenarnya perasaan kena cyber bullying. Dan nama famous tetiba, eh, infamous. Dan saat ini belajar rupanya orang lebih ramai suka jump to conclusion dan bersangka buruk terlebih dahulu berbanding dengan confront depan-depan. Jadi moralnya, tweet tu perlulah protected ya. Dan jangan melayan aura negatif di sekitar anda! :)


.
Jadi lebih kurang begitulah jalan ceritanya semester tiga dan empat, dan banyak yang haru biru pada semester empatlah. Kiranya harapnya dah kalihlah kalau hadapi keadaan-keadaan di atas. Sekarang dah cuti semester, sudah Ramadan. Rancangan Ramadan dan cuti semester yang senggang ni? Nanti la kalau rajin kite update lagi yek :))


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...