Thursday, April 28, 2011

Jalan mesti ke depan, bukan ke belakang

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Khamis, 21 April 2011

Hari ini saya tidak pergi ke sekolah. Bapa saudara saya meninggal dunia pagi tadi, accident.Mungkin kawan-kawan lain fikir saya tidak datang sekolah sebab takut kena denda berdiri atas meja oleh ustazah yang mengajar BAT. Buangkan prasangka tu ya!

Mati itu pasti. Moga roh beliau dicucuri rahmat-Nya. Amin. Hidup perlu diteruskan walaupun kehilangan orang tersayang, bukan? Kematian merupakan suatu ujian bagi keluarga si mati.

Balik kepada tajuk..

"Jalan mesti ke depan, bukan ke belakang."

Jika sesiapa masih ingat, ayat di atas pernah popular suatu masa dahulu yang diucapkan oleh seorang lelaki yang kudung sebelah kakinya dalam televisyen; dalam iklan Petronas.





Rintihan Hati



"Kak H, kita nak berubah tapi keluarga tak beri kita support pun." Seorang pelajar junior mengadu.

"Tak beri support? Macam mana tu?" Saya menyoal. Namun pelajar junior itu diam sahaja tidak menjawab.

Sebenarnya, setiap orang mempunyai keinginan untuk berubah. Sedar bahawa diri dipalit dosa. Namun, 'usaha' untuk berubah itu tidak cukup kuat untuk merealisasikan keinginan dan kesedaran yang murni itu. Banyak faktor yang menyebabkan keinginan untuk berubah tidak tercapai, salah satunya ialah keluarga.

"Saya nak berubah, tapi saya tak tahu hendak mula dari mana. Kawan-kawan saya semua lebih kurang aja."
"Saya kan jahat, buat baik pun orang pandang pelik."

Ayat di atas mungkin pernah dituturkan oleh sesetengah junior mahupun senior sendiri. Faktor kawan-kawan juga merupakan pengaruh yang kuat untuk melemahkan seseorang untuk berubah. Cuma satu sahaja pesanan yang saya juga terkesan, bahawa jika kita ingin berubah, kita perlu korbankan banyak perkara, benda, untuk mencapainya.

Kaitkan sahajalah kehidupan kita sebagai seorang pelajar. Penceramah motivasi pernah acap kali menerangkan, (murid tingkatan 3 dan 5 biasanya sudah lali dengan nasihat ni~!), jika kita ingin mencapai 8A atau 9A dalam PMR, 9A+, 10A+, 11A+ atau 12A+ dalam SPM, kita perlu mengorbankan banyak perkara! Masa, televisyen, novel, waktu main-main,... banyak perkara perlu dikorbankan untuk mencapai sesuatu yang 'tinggi' itu.

Begitu jugalah dengan 'berubah'. Ingat, kita ingin lakukan sesuatu untuk mencapai reda Dia, untuk berubah, untuk menjadi seorang yang lebih baik, untuk lebih dekat dengan Dia, Sang Pencipta.



Takut hilang kawan-kawan? Apa? Awak hendak ke berkawan dengan kawan-kawan yang melalaikan dan menjerumuskan awak ke arah kemungkaran? Jauh dari Dia? Macam tu?

Ingat, pilihan sentiasa di tangan kita. Tidak pernah wujud perkataan 'terlambat' untuk berubah. Sekarang kata-kata "Just be yourself" sudah lapuk dan tidak boleh 100% diikuti. Sebaliknya, amalkan yang ini;

"Don't be yourself, but improve yourself!"


Pandang ke belakang

Tidak semua orang mempunyai keluarga yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Namun, itu bukan alasan untuk kita menjadi seorang muslim yang sekadar tercetak pada kad pengenalan, atau hanya sekadar nama sahaja.

Walaupun kita berjalan seiring dengan waktu yang sering bergerak dan tidak pernah berhenti mahupun menoleh, kita tetap perlu pandang ke belakang; sekadar sekilas.

Pandang ke belakang? What for? Bukan ke kita tidak boleh menoleh kepada waktu yang telah berlalu?

Oh, itu sangatlah salah. Kita patut pandang ke belakang, kepada waktu-waktu yang lepas, untuk mengkaji, bermuhasabah, adakah kita menjadi seorang yang lebih baik, sama, atau lebih teruk dari hari yang sebelumnya? Bukankah kita perlu belajar daripada sejarah yang lalu? Yeap, anda lebih tahu.


Tersentak

Saya tersentak pada suatu hari, apabila seorang junior bertanya, "Macam mana perasaan jadi ***?" Saya tersenyum tawar sahaja, sebab sahabiah seperjuangan pun tidak pernah bertanyakan saya soalan tu. Mungkin ingin menjaga hati, segalanya mungkin.

Berkali-kali hati menjerit, akal berkali-kali menasihati, mata berkali-kali memecahkan kolam air, hakikatnya, hanya Dia yang tahu.

Saya juga manusia. Saya juga merasai kepahitan dan kemanisan untuk berubah. Jalanlah ke depan, mengerlinglah sekilas ke belakang.


Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...