Sunday, July 24, 2016

Latihan Industri

Salam dan hai :)

Selamat sudah (hamdan lillah) menamatkan semester 6 (dengan harapan) dengan jayanya. Yeah. Tamat sudah tahun 3. Jadi tinggal setahun je lagi, lagi dua semester untuk menamatkan pengajian insya-Allah. Kadang-kadang terfikir cepatlah habis belajar, tapi bila fikirkan masuk alam pekerjaan nanti, terasa pula nak belajar je memanjang, haha. Rasa macam sekejap je masa berlalu, nanti dah nak masuk 4th year!

Sekarang sedang berpraktikal di mahkamah tinggi selama 10 minggu (dalam 2 bulan lebih). Sedih la juga sebenarnya sebab takde kawan. Ada lah seorang ni pelajar UUM tapi 19 hari je praktikal, nanti tinggallah daku keseorangan. Sobs. Harap ada pelajar dari UiTM yang masuk berpraktikal bulan Ogos nanti, sekurang-kurangnya ada lah juga kawan nak berbual dan pergi tengok prosiding di mahkamah sama-sama.

Biasanya kalau cuti semester macam ni buat kerja sambilan, yalah nak kumpul duit lebih. Praktikal di mahkamah ni manalah dapat gaji, sedihnya hidup. Jadi fikir-fikir balik tak boleh jadi ni, kalau boleh memang nak buat duit cuti-cuti macam ni, niat nak pergi vacation semester depan, insya-Allah. Tidak mahulah bergantung pada duit biasiswa, duit tu guna untuk beli buku undang-undang dan akta-akta tahun 4 nanti, campur dengan buku-buku lain yang dah ada dalam list nak beli selain dari buku belajar la. Tolak lagi dengan makan minum bayar yuran dll

Walaupun tak dapat gaji dan kadang kala sedikit bosan berpraktikal di mahkamah ni, dapat juga menyaksikan kes-kes menarik. Hari pertama dah jumpa Tan Sri Shafee dan Wan Aizuddin, terkejut sekejap sebab jauhnya kes ha sampai kat Terengganu pun ada.



Kebanyakannya di sini banyak gila kesalahan jenayah dadah. Hari-hari ada kes dadah bawa depan mahkamah. Walaupun sebenarnya berpraktikal di mahkamah tinggi, memandangkan ini merupakan kompleks mahkamah jadi bolehlah singgah turun naik mahkamah majistret dan mahkamah sesyen sebab kebanyakannya kes-kes bicara di majistret dan sesyen, di mahkamah tinggi banyak kes rayuan je. Kadang-kadang teman mentor (supervisor) buat kes dalam kamar memandangkan beliau penolong kanan pendaftar mahkamah tinggi, dan bolehlah tengok prosiding mengenai bankruptcy dan reman.

Di sini dapatlah lihat daripada sekecil-kecil jenayah hingga jenayah yang besar seperti kes rogol dan samun. Pernah sekali lihat pesalah yang datang ke mahkamah dengan kesalahan merokok di tempat kawasan larangan merokok (kejadian di Mydin Mall Gong Badak) dan dijatuhkan hukuman denda RM 200 kalau tak silap. Berpeluang juga menyaksikan kes-kes liwat kanak-kanak dan rogol dan biasanya kes macam ni mahkamah tertutup, maksudnya orang awam tak boleh masuk. Kami pelajar praktikal pun perlu minta izin pihak mahkamah untuk menyaksikan perbicaraan. Kes-kes juvana iaitu budak bawah umur pun merupakan mahkamah tertutup.

Namun begitu, saya di sini masih menghitung hari untuk cepatlah habis praktikal ni haha. Tapi bila dah habis nanti sekejap je waktu free, lepas tu sudah masuk semester baru, jeng jeng :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...