Saturday, June 28, 2014

End of 1st Year

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.



Woa. Dah tamat dua semester sebagai junior tahun satu. Hamdan lillah :). So, the holidays' begin.Walaupun hanya dua bulan cuti, harapnya dapat manfaatkan sebaiknya di sisi keluarga. Tambahan pula, sekarang sudah tibanya Ramadan.

Sebenarnya, bukan sengaja nak biarkan blog ini sunyi sepi. Tapi ilham untuk menulis itu tiada. Apatah lagi ilham untuk menulis cerpen, puisi mahupun buku! Sebahagian daripada rakan-rakan yang tahu saya (dahulunya, ehm) gemar menulis mendesak supaya siapkan sebuah buku atau novel sepanjang cuti ini, memandangkan hobi yang satu tu dibiarkan berkarat tidak diasah sejak naik ke alam universiti.

Insya-Allah, tapi ilham dan semangat untuk menulis itu tidak boleh dipaksa. Saya mulakan strategi untuk menulis dengan membaca sebanyak mana karya-karya bermutu yang saya beli sewaktu semester ini yang tak sempat dibaca sebab sibuk dengan buku-buku law (konon), untuk meraih ilham dan menajamkan skill bahasa melayu yang bagus. Sekarang pun saya sudah dalam perjalanan menamatkan senaskhah novel Qalam Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop yang telah memenangi tempat kedua bagi Sayembara Penulisan ITBM.

Senarai buku-buku lain:

-Edensor
-Mimpi-mimpi Lintang Maryamah Karpov
-Bimasakti Menari
-1511H [Kombat]
- Rich Malaysia, Poor Malaysians
-And The Mountains Echoed
-From Beirut To Jerusalem
-Gaza In Crisis
-Dublin
-KL Noir
-The Choice
- (dll yang lain reserved kalau kat atas ni tak habis baca lagi haha)

Selain itu, jangan lupa pula rajin tadabbur Quran dan senarai untuk mutabaah amal sempena Ramadan kali ini. Fighting!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...