Wednesday, December 8, 2010

Salam Hijrah


Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, diri ini masih lagi dapat menghirup nafas bagi awal tahun baru hijrah. Masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus bergerak memacu nadi untuk meneruskan kehidupan.

الهجرة فرقت بين الحق والباطل، فأرخوا بها

Hijrahlah yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Maka jadikanlah ia asas permulaan tarikh ”. ~ Saidina Umar r.a.

Sesiapa yang ingin membaca serba sedikit tentang peristiwa asal tarikh hijrah boleh ke SINI.

Di sini saya bukanlah hendak menyentuh isu hijrah tentang zaman Rasulullah dahulu, tapi lebih mengenai pengalaman di sekeliling. Hijrah maksud secara lebih kurangnya berpindah; sama ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Dalam hidup, kita diberi pilihan. Sentiasa ada pilihan. Pilihan yang dibuat itulah yang akan memberi kesan terhadap hidup kita pada hari kemudiannya.

Namun, kadang kala ada juga yang kita terpaksa "menerima" pilihan yang bukan dipilih oleh diri sendiri. Dan itu juga ada hikmahnya. Subhanallah, hikmahnya mungkin melimpah ruah. Sebagai contoh; yang terjadi kepada diri saya sendiri. Masa darjah enam dahulu, sudah berpakat dengan kawan-kawan untuk ke sebuah sekolah SMKA yang berdekatan dengan sekolah rendah kami di bandar tu. Tapi lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Ayah suruh bersekolah di SMKA yang berdekatan dengan rumah kami ini sahaja. Dan di bumi wakaf inilah, saya tercampak sorang-sorang yang berasal dari sekolah rendah tu.. dan sebenarnya semuanya ada hikmah di sebaliknya.. Subhanallah!

Saya juga ada seorang teman yang asalnya dari bumi wakaf ini langsung berpindah ke sekolah menengah harian biasa atas sebab-sebab tertentu yang berkait dengan kesihatannya. Rajin jugalah menelefon untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita terbaru. Yang terkejutnya, dia sudah menjadi seseorang yang lebih berpotensi di sekolah sana, alhamdulillah. Dilantik sebagai pengawas, dianugerahkan tokoh pelajar mithali dan prestasi akademiknya juga semakin meningkat. Benarlah, penghijrahan itu dapat memberikan kesan terhadap seseorang individu; bergantung kepada kepercayaan terhadap dirinya sendiri.

Apa yang perlu dihindarkan adalah penghijrahan ke arah keburukan. Na'uzubillah.. Mohon dijauhkan daripada kita semua. Amin.

Tadi saya ada menonton HBO di Astro. Ada satu cerita yang menarik kisahnya. Tajuknya "Love Happens". Kisah mengenai seorang lelaki yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Dia telah menulis sebuah buku motivasi tentang kisah hidupnya yang menyebabkannya menjadi terkenal. Dia dipilih untuk meng-handle(maaf, lupa ayat melayunya..?) seminar atau lebih kurang macam kem bagi peserta yang ingin memotivasikan diri mereka untuk menerima hakikat dan bangkit semula walaupun telah kehilangan orang yang tersayang. Namun sebenarnya, jauh di sudut hati, ketika dia memotivasikan orang lain.. dia lupa sebenarnya dirinya sendiri pun masih belum dapat menerima kejadian yang berlaku terhadap isterinya.

Sedihlah juga cerita ni. Suka sangat bahagian dia memberikan kata-kata semangat kepada peserta-pesertanya. Itulah, kadang-kadang kita sibuk-sibuk hendak menasihati orang, tapi sebenarnya diri kita sendiri pun masih lagi kabur tentang perkara itu sendiri.

Owh, sudah lari daripada topik ke? Huhu.. Maaf. Sekadar berkongsi.

Moga-moga tahun hijrah kali ini membawa hidup kita ke arah yang lebih baik. Cuba kalahkan diri kita sendiri yang dahulu! Mujahadah.

Salam Maal Hijrah dan awal Muharam.

Ikhlas,

Hannah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...