Monday, December 20, 2010

Kisah kedai makan

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Countdown.. Tidak lama lagi musim persekolahan bakal tiba. And.. the new life begins.. uhuh. Manusia berubah bersama masa, kan? Harap-harap tahun depan dapat survive.. Tidak percaya rasanya.. Tahun akhir di bumi wakaf~! Rasa-rasa baru semalam saja pergi sekolah untuk orientasi sewaktu tingkatan satu. Hahaha, okey, itu memang hiperbola.

Bukannya saya hendak sentuh pasal apa pun. Cuma hendak kongsi sesuatu yang berlaku sepanjang cuti ini. Lagaknya macam penting aja, tapi bagi saya peristiwa ini merupakan sesuatu yang sweet bila melihat dengan mata kepala sendiri. Cerita pasal apa? Tentang...

Keluarga saya ada mengusahakan sebuah kedai makan yang beroperasi sekitar pukul 5 pagi hingga 9.30 pagi. Ya, kedai makan yang dibuka pada waktu pagi sahaja dan hanya menjual satu menu iaitu nasi dagang. Memandangkan sekarang cuti sekolah, saya kiranya tolong-tolonglah juga ke kedai. Yang beratnya kena bangun awal pukul 4 pagi. Ada beberapa peristiwa menarik yang saya hendak kongsikan bersama dengan anda.




Bayar

Adalah suatu hari tu, pagi-pagi selepas subuh ramailah pakcik-pakcik yang baru sahaja solat subuh berjemaah datang ke kedai. Ada seorang pakcik ni, dia hendak bayar makanan, kemudian dia kata;

"Tolong kira untuk meja makan sana juga." Dia tunjuk dalam kedai dekat meja tengah, ada empat orang pelanggan sedang menjamu selera.

Jadi, my mother a.k.a. ummi pergilah dekat meja tu untuk kira. Dia orang peliklah, bila masa dia orang minta kira? Ummi saya tunjuk dekat luar, ada orang yang hendak belanja. Tapi dia orang tak nampak sebab pakcik tu terlindung di sebalik tiang papan yang lebar. Pakcik tu bersih dan lembut je wajahnya, maklumlah baru balik daripada solat subuh berjemaah. Pakcik tu dalam lingkungan akhir 40-an macam tulah.

Tidak tahulah sama ada pakcik tu kenal dengan dia orang yang duduk dekat meja makan tu. Satu kisah lagi, ada suatu hari tu sekumpulan geng bermotor orang-orang muda belia datang makan di kedai. Nampak macam brutal. Pakai baju corak ganas-ganas aja tapi muka tak nampak macam samseng pun. Senyum je bila orang pergi letakkan makanan atas meja.

Tiba masa dia orang sudah habis makan dan tambah nasi lagi, puas berborak dan bergurau senda dekat meja makan tu, salah seorang daripada abang-abang tu hendak bayar. Abang yang badan paling besar antara mereka. Lepas tu dia minta kira sekali untuk semua yang makan dekat kedai. Saya pula yang terlopong. Relaks, kedai makan tu kecil aja, dalam tujuh buah meja makan je ada dan dalam lima meja makan yang penuh masa tu. Diisi oleh mereka yang baru pulang daripada solat subuh berjemaah dari yang memakai jubah, kain pelikat dan kopiah sehinggalah yang pakai pakaian kasual yang hendak pergi kerja.

Agaknya abang tu dapat bonus gaji kut. Atau memang dia ikhlas hendak belanja pakcik-pakcik yang ada dalam kedai tu. Saya pula rasa terharu..huhu. Yalah, belanja orang yang tak kenal tambah lagi belanja semua yang ada dalam kedai. Terharunya saya sebagai pelayan kedai sambilan.

Ada pula seorang pakcik ni pesan hendak bungkus nasi dagang. Dia duduk dekat meja makan yang dekat dengan ummi bungkus nasi. Meja makan tu pula ada seorang lagi pelanggan yang sedang makan di situ. Pakcik tu mesra aja sapa pelanggan tu sambil borak-borak berkenalan sampaikan orang dari jauh tengok macam dua sahabat yang sudah kenal lama. Bila saya sudah berikan plastik yang berisi nasi yang telah dibungkus kepada pakcik tu, dia minta kira sekali untuk pelanggan yang dia baru kenal tu.




Terima kasih

Nama pun pelayan kan, jadi bila saya delivered makanan (nasi dagang je pun) di atas meja makan untuk pelanggan, saya akan jadi terharu sangat bila tiba-tiba seorang pelanggan ni ucapkan "Terima kasih" sambil senyum. Saya pada awalnya terkejut, tidak tahu hendak balas apa. Kemudian cepat-cepat otak saya mencerna dan saya hanya tundukkan kepala sikit sambil perlahan ucap "sama-sama".

Bukannya apa, jarang sangat-sangat kalau saya terima ucapan terima kasih daripada pelanggan ketika letakkan nasi dagang atas meja. Biasanya kebanyakan pelanggan hanya senyum atau angguk sahaja. Barulah saya dapat rasa 'roh' (?) bila orang ucap perkataan 'terima kasih'. Rupanya begini rasanya bila orang berterima kasih kepada kita yang sebagai pelayan kedai makan aja ni.

Jadi kawan-kawan, siapa pun ada, setinggi mana pun jawatan anda, pastikan anda ucapkan terima kasih kepada pekerja kedai makan yang menghantar pesanan! Hehe. Bukan terhad sekitar pelayan kedai makan aja, kepada sesiapa sahaja pun di sekeliling.




Siapa kata?

Ada sesetengah mentaliti masyarakat kita hari ini suka sangat kondem bangsa sendiri. Suka sangat kutuk. "Ha, macam tulah orang melayu! Siang malam buang masa dekat kopi.. bla..bla.. blaa." Masalah kecil diperbesarkan. Kutuk-mengutuk menambah dosa, lazat sungguh memakan daging manusia lain. Tak sedar yang diri dia tu pun orang melayu juga!

Kenapa tidak mahu memperbesarkan kebaikan orang lain? Kebaikan bangsa sendiri? Yang baik diam aja, yang buruk kutuk habis-habisan. Aduhai. Solusi untuk sesuatu keburukan ialah memberi pandangan untuk mengubahnya, bukannya mengutuk menambahkan catatan dosa di bahu kiri. Apa yang saya perhati di kedai, pelanggan yang rata-ratanya bangsa melayu perangainya yang seperti cerita di atas amat mengharukan saya. Siapa kata orang kita ni teruk? Kalau sudah tidak suka itu diam, jangan bersuara menambah dosa. Free saja orang yang diumpat itu mendapat hadiah pahala daripada kita.

Moga mendapat pengajaran daripada kisah yang disampaikan. =)


Wallahu'alam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...