That was my first thought I spoken to my father when I checked at the UPU that I got pre-Law at UiTM.
[credit]
Masa tahu dapat UiTM tu, memang rasa down gila. Sebab pilihan utama ialah UIA. Dan sebenarnya saya mempunyai persepsi yang tidak menyenangkan kepada U yang saya dapat tu. Kemudian saya mesej kawan-kawan, tanya diorang dapat U dekat mana. Mesej daripada seorang kawan saya menyenangkan hati yang sedang galau.
Saya pun dapat asasi undang2 uitm!
Masa tu dalam hati; yes! Ada juga teman, satu fakulti pulak tuh..hehe (dah lupa tak nak orang kenal dekat U).
Lepas tu berbalas-balas mesej dengan kawan saya tu, tanya pendapat nak terima ke atau tidak. Esokan harinya baru tahu dapat kampus dekat mana-mana, check melalui online di laman web U tersebut.
Alhamdulillah, kami sama-sama dapat kampus di UiTM Shah Alam. Baru saya tahu rupanya saya dapat fast track Asasi Undang-Undang KPTM punya, tapi belajar di UiTM. Dan tempoh belajar hanya setahun, dua semester. Dan alhamdulillah, dapat elaun/biasiswa daripada KPTM~!
Nak tahu apa beza Asasi Undang-undang KPTM dengan Asasi Undang-undang UiTM?
Asasi Undang-Undang KPTM (PI 007)
Programnya hanya setahun merangkumi dua semester. Dan anda akan mendapat elaun/biasiswa daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) sendiri.
Selepas habis belajar di UiTM Shah Alam selama setahun menamatkan program ini, anda diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti lain yang ada di Malaysia. UM, UKM, UUM dll. Dengan syarat pointer 3.5 dan ke atas serta MUET mendapat band 4 dan ke atas.
Dan anda juga dapat menyambung pelajaran ke luar negara (part ni paling best kut..haha). Tapi kena apply la. Kalau syarat pointer dan MUET tak lepas, alamatnya meringkup dalam UiTM jelah ye. Tapi belajar Law di UiTM adalah antara yang terbaik di Malaysia.
Asasi Undang-Undang UiTM (PI 006)
Tak silap saya yang ini ada 3 tempat. Yang utamanya (fast track; setahun) ialah di Shah Alam. Masa pengajian setahun. Tapi kalau sambung degree, hanya boleh sambung di UiTM sahaja.
Kalau di Kuantan atau Kedah, pengajiannya mengambil masa setahun setengah. Semua sukatan pelajaran sama aja dengan yang fast track UiTM dan KPTM.
[credit]
Kenapa undang-undang?
Ada banyak sebab kenapa saya pilih undang-undang untuk melanjutkan pelajaran. Salah satu sebabnya adalah untuk menghidupkan kepelbagaian dalam keluarga (haha). Maksud saya di sini, dalam keluarga kiranya jika campur dengan saya akan terdapat 3 orang yang melanjutkan pelajaran dalam bidang berbeza;
1- Kakak yang sulung, graduan dalam Bachelor of Finance. Bidang kewangan.
2- Kakak yang kedua sekarang baru lepas habis praktikal Diploma dalam bidang engineering.
3- Saya~ insya-Allah akan kekal dalam bidang undang-undang.
Itulah maksudnya kepelbagaian! Tapi kalau ikut dalam sudut hati yang dalam, saya rindu dengan subjek perakaunan. Prinsip Perakaunan memang merupakan subjek favourite, tapi bila difikirkan balik, saya nak cuba sesuatu yang baru; lain daripada apa yang saya sudah tahu.
Kalau ikutkan, kakak saya yang sulung tu dan of course my mother; cadangkan saya sambung perakaunan sebab saya score A+ dalam SPM. Tapi haish, accounting ain't easy when it comes to degree and I have something else in my mind.
Ayah pula sokong 100% keputusan saya untuk ambil undang-undang. =). Terima kasih ayah. Hehe. Saya ada sebab-sebab yang lain lagi kenapa; tapi saya rasa waktu ini bukan waktu yang selamat untuk meluahkan sesuatu yang bersifat erms~.. Nanti karang sebelum sambung belajar undang-undang, saya yang kena tindakan undang-undang.. (Nauzubillah).
[credit]
Positive Thinking
Ada hikmah tu kenapa saya tidak dapat di U yang saya mahu kepada dapat yang U saya tak mahu. Kalau fikir balik, Allah selalu uji saya dengan perkara yang macam ni; sesuatu yang tidak diduga, di kawasan yang macam tu. Allah knows the best for us. Always. Dan Allah berikan teman kekuatan saya; Hajar untuk bersama-sama menuntut ilmu di sana.
Kalau fikir-fikir balik, perkataan yang keluar dari bibir saya masa awal-awal tahu keputusan UPU tu memang tak bersyukur langsung! (Jadi jangan tiru aksi tersebut, ya). Sedangkan kawan-kawan lain yang minta UPU ada yang tak dapat; saya yang dapat ni pula macam tak bersyukur je. Well, I kinda shocked back then. Alhamdulillah, dapat juga course yang diminta.
Ayah yang uruskan borang-borang saya untuk kemasukan U dan faham la saya dapat KPTM punya kata;
"Kak Han kalau pointer bagus nanti boleh sambung oversea. Boleh buat master sekali."
Ha. Ha. Oversea la sangat. Under the sea pun belum tentu lagi, ayah. Kak Han macam tak suit je. Ayah doakan jelah =)
Apa yang kita boleh A+ tu tak semestinya jadi penentu kerjaya kita.Goodluck!
ReplyDeleteMasters buat kat UK okay =)(UK sokmo -.-)
Right!
DeleteUK? Rasa nak buat kat australia je..hehe ;)
ps: oo..dia ada blog baru =)
slmt datang ke cempaka wahai hannah :) satu ketika dulu diri ini pernah merasa down juga kerana x dpt masuk foundation iium instead dpt KPTM. selepas sem 1 d UiTM i decided i must strive hard to make sure I ll be staying in UiTM for my Degree :) carilah dirimu didalam ruanga dimensi Cempaka inshaAllah jika ikhlas niat kita dalam menimba ilmu tidak kira dimana jua pasti kita kan berjaya.
ReplyDeletethanks.
Deletesalam...dik still kt asasi knl tak rmi org situ
ReplyDeletenak mintak tolong carikan nombor telefon kawan saya lost contact. dia class rep rasanya
ReplyDeletenak kata kenal ramai orang sangat taklah jugak..tapi manalah tau kenal..nak cari siapa ye?
Deletenama dia arif...class rep kata dia.
Deleteerm, nama penuh ada? dia asasi jgk ke?
Deletexsure nama penuh...yg penting class rep je
ReplyDeleteakak dulu spm brape a ye ? coz saya minat sgt nak masuk bidang undang2 . tp takot x lepas syarat jee .
ReplyDeletedapat x course law?
DeleteAssalamualaikum kak. Sangat terkejut baca entry ni.
ReplyDeleteSebab sama sangat dengan my current situation. Haha. I applied for law dekat UIA first choice tapi dapat dekat uitm. And yes, saya pun ada satu persepsi lain macam sikit for this university. Dan the first thing I know, one of my friends dapat course dan tempat yang sama. I feel a bit glad but then sebenarnya taknak sesiapa kenal pun kat u nanti. Konon nak mula hidup baru haha.
But then, hey. Rezeki ada dekat mana mana kan ? Mungkin UIA bukan rezeki saya. Dan saya percaya, things happened for the best reason. Allah always knows best.
Dan saya sangat bersemangat nak pergi uitm now. Bolehlah lepasni uitm di hatiku haha thanks kak :))
waalaikumussalam..
DeleteEh, yeke sama?Senasib la ye ;).. Akak pun niat memang taknak ada org yg dh kenal kat u, dn Allah memang bg peluang tu..
All the best ya dik.. Jangan lupa untuk sentiasa turun surau di kolej mawar. Jantung hati kolej ialah surau. Adik akan jumpa akak2 yg bagus2 di situ..dan juga sahabat surau ;)
Salam...sama la,apply uiam xdpt..dpt asasi undg2 uitm KPTM...perlu x saya tkut untk na dpt pointer 3.5 keatas n muet band 4??(mcm tggi sgt je requirement dy untuk ke degree,seram) #tak thu na pi mna satu lg =.=
ReplyDeletePointer 3.5 dan muet band4 kalau nak sambung degree ke uitm je..kalau ukm 3.0 pun dah dapat pergi interview..
DeleteTapi kalau UM diorang memang nak band4 untuk muet..UKM band3 boleh lagi.
assalam..situasi kita lebih kurang sama je akak..tp saya takut sgt x leh dpt pointer 3.5 above n muet band 4..#seram
ReplyDeleteInsya-Allah, study elok2 dan jangan lupa sentiasa turun surau tau ;)
DeleteAssalamualaikum. saya dapat tawaran asasi undang undang uitm. saya berminat untuk sambung degree di luar negara, sama ada dengan tawaran biasiswa atau bayar sendiri tp boleh ke results asasi uitm itu digunakan untuk apply universiti luar negara?
ReplyDeletewaalaikumussalam.. boleh je dik, Tapi kena apply sndiri u luar Negara tu untuk tnjuk kpd scholars yg adik mntak.
Deletesalam. akak, situation kita seriously sama. saya pun nak uia tapi dapat asasi law kptm ni. saya nak tanya, macam mana eh etika pakaian kat sana? boleh pakai jeans dalam kelas? and laptop memang penting ke masa asasi ni? saya bakal masuk 2 jun ni, doakan saya :)
ReplyDeleteJeans tidak dibenarkan time minggu orientasi kalau tak silap. Dan ya, laptop memang sangat diperlukan dik, untuk buat assignmets dan cari maklumat. Good luck, all the best.
ReplyDeletesalam...babe, nk tnya la...sy minat dua2...law n accounting! but which one is better ye? peluang kerja dlm law ni limited tak? lagi satu betul ke belejar law kena bnyk ckp? :)
ReplyDeletepeluang kerjaya dlm law 0% pengangguran, seriously :)
Deletepasal banyak cakap tu boleh practise, jangan risau.
Salam. Sy x dpt asasi under KPTM. Just dpt asasi uitm je. So, mksud nya.. sye boleh smbung kt uitm je erk ? X ble ke sye nk further degree oversea ? I'm dying...
ReplyDeletehaah, boleh sambung degree kat uitm, boleh je kalau nak fly, tapi kena mintak sendiri dan cari penaja sendiri.
Deletesaya masih tak berapa jelas dgn pemakaian siswi di uitm shah alam.
ReplyDelete1) baju kurung putih tu pakai masa hari orentasi tu je ke atau hari hari seterusnya?
2) mcm kalau hari hari lain (uitm kedah) boleh pakai seluar tp msti slack. uitm shah alam pun ada ke?
3) kot yg pakai beli sendiri atau kemudian fakulti bagi?
salam, nak tanya, saya dapat PI005, pre law kat uitm kedah. nak tanya lps pre law kalau taknak sambung degree kat uitm, tapi nak apply melalui upu (uni lain), boleh ke? smoga dapat bantu saya tq :)
ReplyDeleteBoleh rasanya. Sebab ada je yang dekat sini yang dulu daripada asasi uitm. Dan juga boleh buat rayuan melalui surat kepada dekan dengan sertakan sekali sijil2 yang patut.
DeleteAssalamualaikum akak.kalo nak dpt asasi under kptm tu kene buat permohonan khas atau insan terpilih mase mohon upu? Phm x?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Kalau adik perasan, bila nak mohon upu asasi undang2 tu, akan ada dua kod yang berbeza. Satu kod tu untuk asasi undang2 uitm dan satu kod lagi undang2 kptm. Kalau tak tahu mana satu antara dua tu, boleh google.
DeleteAssalamualaikum. Nak tanya kalau kptm ngan uitm asasi undang2 ni nnty boleh ke sambung degree kat oversea
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nak tanya kalau kptm ngan uitm asasi undang2 ni nnty boleh ke sambung degree kat oversea
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Depends. Korang kena cari sendiri penaja dan universiti mana yang korang nak sambung.
DeleteAssalamualaikum, kak. Saya nak tau tentang etika permakaian untuk pre-law di uitm shah alam. Saya cuba google tentang tu tapi banyak from uitm merbok, so takut tak sama. Boleh tak akak explain? Kot/Blazer wajib ke? Baju kurung putih and kain hitam agak-agak kena berapa banyak? Baju kurung warna-warni tak boleh eh?
ReplyDeleteUitm di hatiku :-)
ReplyDeleteAssalamualaikum sis, bout the asasi undang2 kptm , u mentioned that some can further overseas if they score really really well. will u enlighten me on the matter or do u know anyone yg berjaya further overseas after asasi ? it would be nice if u can give me their tweethandles, ig or fb name.thanks.
ReplyDelete