Salam.
Cerita ini sudah basi kut bagi sesetengah orang, tapi biarlah nak update jugak! Haha. Bulan Jun yang lepas alhamdulillah telah berjaya submit kertas projek a.k.a. mini tesis yang merupakan salah satu kursus/projek wajib dibuat oleh pelajar tahun 3. Disebabkan saya berniat untuk menulis berkaitan dengan isu di bawah perlembagaan persekutuan Malaysia, maka saya pilih supervisor atau pensyarah penyelia yang mengajar subjek tersebut (yang bidangnya khusus). Dengan bantuan penyelia, maka isu berkenaan kertas projek saya ialah di bawah Perkara 11 Perlembagaan mengenai kebebasan mengamalkan agama. Jadi tajuk kertas projek saya ialah Kebebasan Mengamalkan Agama: Rumah Ibadat dan Peraturan Kerajaan Tempatan.
Masa yang diberikan untuk melengkapkan kertas projek adalah sepanjang dua semester tahun tiga. Kalau bertangguh-tangguh menulis, buat kajian, temu ramah orang yang berkaitan, semester kedua pada tahun tiga tu memang macam nak gila la haha. Menyiapkan kertas projek ini memang memerlukan disiplin masa dan kerja. Selalu kena jumpa penyelia bertanya apa yang dia nak, jangan syok-syok sendiri je buat nanti bila jumpa ha banyaklah yang penyelia tak setuju dan kena buat massive transformation. Haru je.
Berhabis air mata juga stress dengan tekanan kertas projek ini. Tekanan dengan diri sendiri haha. Tapi bila dah siap jilid tu memang Tuhan je tahu betapa terharu dan leganya <3. Kawan-kawan ramai yang membantu dalam menjayakan kertas projek ni, jadi saya letak nama mereka satu-satu dalam penghargaan. Ada yang tolong beri pinjamkan kereta untuk pergi interview, yang tolong drive-kan, yang tolong bawakan pergi ke lokasi temu bual kali kedua, yang teman sekali sewaktu temu bual, kawan yang malam-malam dan siang-siang ajak pergi singgah kafe minum kopi sambil menyiapkan kertas projek ni, kawan yang menangis sama-sama stress dengan kertas projek haha dan kawan yang sudi mendengar luahan hati stress diriku ini. Terima kasih semuanya :)
Perasaan apabila kertas projek dijilid itu memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Diri sendiri je tahu penat lelah bagaimana proses untuk menyiapkan kertas projek ini berjaya. Daripada susahnya sumber rujukan berkenaan rumah ibadat yang amatlah sedikit, kemudian berniat untuk tukar tajuk tetapi ditolak oleh penyelia, kemudian kena analisis garis panduan/akta yang berkaitan, kena cari orang untuk temu bual, diuji dengan perbualan yang direkod tu hilang (seksa juga).
Terima kasih juga kepada pegawai pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan mantan pengerusi Jawatankuasa Masjid al-Mustaqim yang sudi ditemu bual dan meluangkan masa untuk ditemu bual dalam menjayakan kertas projek saya. Syukran, arigatou.
Tak lupa juga kepada keluarga yang banyak bagi bantuan moral, terutamanya ayah, bila saya duk membebel tentang kertas projek ni, ayah pun cakap "Ayah dulu buat tesis 6 tahun..." Lalu terkedulah seketika huhu. Kan dah kena.
Kepada penyelia juga terutamanya juga, berbanyak terima kasih kerana telah memberi tajuk ini dan banyak memberi tunjuk ajar dan bahan-bahan untuk menjayakan kertas projek ini. Akhir sekali, terima kasih dan tahniah kepada diri sendiri yang akhirnya berjaya menyiapkannya ~!!

No comments:
Post a Comment