Salam dan hello~
Alhamdulillah pada 9 hingga 13 April 2016, merebut kesempatan untuk mengikuti program mobiliti fakulti yang berkolaborasi dengan Universitas Sriwijaya (UNSRI), Palembang, Indonesia. Program ini merupakan satu program perbandingan sistem undang-undang (comparative legal system) antara Malaysia dan Indonesia. Memandangkan sistem undang-undang Malaysia yang berasaskan daripada Westminster, British dan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Indonesia malahan merupakan negara republik. Program berlangsung sewaktu cuti pertengahan semester.
Kami menginap di Red Planet Hotel, Palembang. Pelajar-pelajar UNSRI iaitu para LO yang menguruskan keberadaan kami di sana sangat ramah dan memberikan hospitaliti yang sangat bagus daripada hari pertama lagi kami di sana.
Hari Pertama
Kami sampai awal di Palembang. Waktu di sana adalah satu jam lambat berbanding waktu di Malaysia. Kami sepatutnya check in hotel pukul 2 petang, jadi dengan menyewa bas dari UNSRI, mereka membawa kami singgah ke Ramayana (sebab sampai awal sangat, tak boleh check-in lagi). Ramayana ni kalau di Terengganu tu macam Pasar Payang lah. Bolehlah kalau sesiapa yang nak shopping baju-baju atau ole-ole yang murah di Ramayana tu, siap tawar-menawar lagi dengan bantuan LO.
Kami makan tengah hari berhadapan dengan Ramayana. Lupa nama kedai tu, tapi kami makan nasi padang. Sedap! Nasi padang ni macam nasi campur la, dia ada ulam-ulaman dia dan lauk kita boleh pilih sama ada nak ayam atau ikan. Ikan keli di sana panggil 'ikan lele', barulah faham kenapa pecel lele tu selama ni ada ikan keli atas tu haha slow la hannah ni. Oh ya, kat sini piggan tu mereka panggil 'piring'. Bila kami sebut pinggan mereka tak faham, kena sebut bahasa inggeris 'plate' barulah 'ohh, piring, ya?'. :))
Alhamdulillah pada 9 hingga 13 April 2016, merebut kesempatan untuk mengikuti program mobiliti fakulti yang berkolaborasi dengan Universitas Sriwijaya (UNSRI), Palembang, Indonesia. Program ini merupakan satu program perbandingan sistem undang-undang (comparative legal system) antara Malaysia dan Indonesia. Memandangkan sistem undang-undang Malaysia yang berasaskan daripada Westminster, British dan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Indonesia malahan merupakan negara republik. Program berlangsung sewaktu cuti pertengahan semester.
Kami menginap di Red Planet Hotel, Palembang. Pelajar-pelajar UNSRI iaitu para LO yang menguruskan keberadaan kami di sana sangat ramah dan memberikan hospitaliti yang sangat bagus daripada hari pertama lagi kami di sana.
Hari Pertama
Kami sampai awal di Palembang. Waktu di sana adalah satu jam lambat berbanding waktu di Malaysia. Kami sepatutnya check in hotel pukul 2 petang, jadi dengan menyewa bas dari UNSRI, mereka membawa kami singgah ke Ramayana (sebab sampai awal sangat, tak boleh check-in lagi). Ramayana ni kalau di Terengganu tu macam Pasar Payang lah. Bolehlah kalau sesiapa yang nak shopping baju-baju atau ole-ole yang murah di Ramayana tu, siap tawar-menawar lagi dengan bantuan LO.
Ramayana
Daripada UNSRI, waktu sampai di Red Planet pagi itu mereka ada berikan kami makanan untuk minum pagi la. Martabak HAR. Boleh tahan la, ia lebih kurang macam roti canai-martabak telur.
Martabak HAR
Nasi Padang
Lepas makan tengah hari, pergi balik hotel untuk check-in. Sampai hotel apa lagi, tidur la jawabnya haha. Di sini pukul 6 petang tu dah start gelap dah, macam pukul 7 petang waktu Malaysia. Malamnya, para LO bawa kami makan di kedai Bakso Granat Mas Azis. Saya dan kawan-kawan order Bakso Bujang Gadis, hehe memang pelik-pelik nama menu bakso kat situ. Sebelum ni sebenarnya tak pernah makan bakso pun, ini adalah kali pertama makan, dan di Indonesia pula tu.
Bakso Bujang Gadis
Hari Kedua
Hari kedua kami melawat tempat-tempat bersejarah di Palembang. Kami sempat ziarah Bukit Siguntang di mana banyak makam-makam pertapaan nenek moyang Parameswara di situ, boleh nampak terdapatnya unsur-unsur agama hindu-budha kerana makam tersebut dibina bukanlah menghadap ke arah kiblat. Selain daripada para LO, kami ditemani oleh Pak Irfan yang merupakan pensyarah atau dosen UNSRI yang arif mengenai sejarah mengenai Palembang. Kemudian kami singgah di Masjid Cheng Ho, Stadium Gelora Sriwijaya dan Muzium.
Makam-makam pertapaan di Bukit Siguntang
Masjid Cheng Ho
Stadium Gelora Sriwijaya, Jakabaring
Muzium di Palembang
Kami makan tengah hari ala-ala piknik di tepi tasik di Jakabaring. Makan ayam penyet. Selepas tu balik kembali ke hotel, saya dan kawan-kawan dengan niat kononnya nak singgah pergi mall iaitu Palembang Square dengan menaiki angkutan kota atau teksi. Tapi alih-alih ada seorang LO yang perasan, dia pula yang beria-ia nak tumpangkan, sebab katanya kawasan sini bahaya, dia bimbangkan keselamatan kami.
Malamnya makan malam di rumah timbalan pengetua Fakultas Hukum UNSRI, Pak Febrian. Pak Febrian ni mesra sangat-sangat, makanan pun sedap-sedap isteri dia masak. Akhirnya dapat juga kami merasa makan pempek. Pempek ni cukup popular di Palembang, sejenis makanan yang dibuat dari sagu dan ikan. Kalau singgah di Palembang, wajib merasa pempek ni.
Pempek
Esokannya dah start seminar perbandingan sistem perundangan. Perbentangan dibuat oleh pelajar, empat orang wakil UKM dan empat orang wakil daripada UNSRI. Malam di rumah Pak Febrian tu, dia siap beritahu lagi yang perbentangan akan dibuat di dalam dewan di mana lebih seratus orang penonton yang hadir yang termasuk para pensyarah dan pelajar-pelajar peringkat degree, master dan phd. Terkejut sekejap kami para pembentang ni, malam tu balik hotel terus lihat balik slides dan buat bacaan tambahan.
Haha tapi sebenarnya tak balik terus pun hotel. Melilau sekejap dengan kawan-kawan di sekitar kawasan berdekatan hotel untuk merasa makanan jalanan atau street food di Palembang. Sempat juga singgah Indo Maret yang kalau kat Malaysia ni kira 7-Eleven la. Tapi serius, di Indo Maret barang-barangnya lagi murah. Di bawah ni antara street food yang kami sempat makan.
Sate Padang
Martabak perisa coklat dan cheese; perisa yang kami minta.
Ala-ala apam balik, tapi intinya kita boleh pilih perisa apa.
Hari Ketiga
Jadi tibalah hari perbentangan di Fakultas Hukum, UNSRI. Nervous tu tak payah cakaplah. Tapi alhamdulillah dapat buat perbentangan dengan lancar dan baik. Daripada pihak UKM kami bahagikan dengan memperkenalkan sejarah perundangan di Malaysia dan apakah sumber-sumbernya, kemudian diikuti dengan sistem hierarki mahkamah iaitu judiciary dan development of constitution & related issues. Pada awalnya kami memang sediakan slides dan ingin membuat perbentangan dalam bahasa inggeris, tetapi moderator yang mengendalikan forum perbentangan pada hari itu buat request untuk bentang dalam bahasa melayu juga. Maknanya dalam dua bahasa, nak dengar juga loghat orang Malaysia agaknya. Haha. Jadi bentang pun selit-selit sikit cakap bahasa melayu, bila tanya 'faham tak?' audiens dengan semangatnya balas 'fahammmm'.. :p
Selepas perbentangan tu terus singgah ke Sungai Musi. Kami naik kapal Pari Wisata bersama dengan pelajar-pelajar para LO dan juga beberapa pensyarah dari UNSRI dan pensyarah pengiring kami dari UKM. Telusuri Sungai Musi dengan menaiki kapal dan lalu di bawah Jembatan Ampera. Tak jadi singgah di Pulau Kemaro, sebab katanya kapal tersebut tak boleh berlabuh di jeti, tak sesuai dan nanti akan alami kerosakan. Padahal kami sebenarnya memang nak sangat-sangat singgah Pulau Kemaro tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki.
Jembatan Ampera, Sungai Musi
Salah seorang pensyarah UNSRI, sewaktu dalam kapal tu bercerita di hadapan pentas menggunakan mic, mitos la kononnya sesiapa yang minum air Sungai Musi pasti akan kembali lagi ke sini, sebab jodoh hatinya telah tertinggal di sini. Gituhh. Legenda Pulau Kemaro pula berkaitan dengan kisah cinta Tan Bun An dan Siti Fatimah yang terjun ke laut. Lalu selepas itu wujudlah Pulau Kemaro tersebut. Perayaan Chap Goh Meh setiap tahun meriah di Pulau Kemaro kerana terdapat tokong di sana yang merupakan masyarakat Tionghoa.
Malamnya kami makan malam di restoran berdekatan Sungai Musi, River Side.
Hari Keempat
Breakfast di kafe sebelah Red Planet Hotel
Hari ni pergi shopping dan jalan-jalan je. Pagi tu mereka ajak kami makan dulu (ya, makan lagi haha). Lepas tu singgah Pasar 16 untuk shopping baju ke, tudung ke, ala-ala Pasar Seni tapi murah sangat-sangat sebab boleh tawar-menawar. Tapi di kawasan Pasar 16 ni kena hati-hati sebab banyak pencopet (penyeluk saku) dan kes-kes ragut, namun alhamdulillah kami selamat aja sepanjang pusing-pusing Pasar 16 tu.
Lepas tu saya dan kawan-kawan ni bawa haluan kami sendiri untuk pergi ke Palembang Square dan Palembang Icon, mall di sana sebab yang lainnya ingin singgah ke Ramayana lagi. Alang-alang ke mall tu, singgahlah ke kedai buku Gramedia, tapi tak banyak sangat buku-buku yang saya nak beli ada di Gramedia. Di Indonesia ni kalau nak cari toko buku yang pelbagai dan murah, biasanya di Jakarta. Buku-buku yang mak pesan pun tiada di Gramedia.
Malamnya, para LO bawa kami makan street food berdekatan dengan hotel kami. Nasi goreng. Hari terakhir bersama mereka, sebab esok pagi sudah hendak bertolak pulang ke Malaysia dah. Sempat la mereka buat ucapan farewell masing-masing, bergambar sekali ramai-ramai depan hotel. Terima kasih sangat para LO yang banyak sangat membantu dan menolong delegasi dari Malaysia ni :).
Hari Kelima
Balik Malaysia laaa. Naik teksi pergi hantar ke airport Palembang. Flight pukul 8 pagi tak silap, tapi keluar subuh awal pagi lagi. Banyak lagi nak tulis, tapi biarlah setakat ini dahulu ya.
Salam..boleh saya tahu hrga mkn disana oke X?Dan barang aps yg menarik untk dibeli disana?
ReplyDeleteMurah street food di Palembang, wajib Cuba pempek
ReplyDelete