Tuesday, October 1, 2019

Blue

The kind of feeling that I feel right now. Feeling blue. I'm embarking a new career path but forced to do something that I don't feel like it. There are some times that I felt like a zombie. Oh God, I miss me.

I miss the feelings when I don’t give a damn about something.


Saturday, August 3, 2019

Trip to Jakarta (4D) & Yogyakarta (6D)

Salam dan hai.

Hanya ingin kongsi pengalaman mengenai trip ke Jakarta dan Yogyakarta baru-baru ini, pada 26 Disember 2018 hingga 4 Januari 2019. Trip ini seramai tiga orang sekawan, dengan itinerary sendiri di Jakarta dan dengan dibantu oleh supir Pak Ajis untuk itinerary di Jogja.

Tiket penerbangan AirAsia pergi balik KL-Jakarta Yogyakarta-KL = RM460.56
Airbnb Jakarta (Apartemen Pulomas) = RM194.55 (4 hari)

JAKARTA (26/12/2018 - 29/12/2018)

Hari Pertama

Sampainya di airport Jakarta, kami ambil Skytrain untuk turun di Terminal 1C untuk naik bas ke Stesen Gambir. Kami naik bas Damri yang menuju ke stesen Gambir (IDR 40k). Di stesen Gambir ni lebih kurang macam TBS la kat Malaysia, untuk tren dan bas, ada pelbagai restoran dan mini market macam Alfa Maret. Kami beli pulsa di sini (simkad), ada banyak pilihan bergantung kepada berapa banyak internet yang kita nak pakai masa kat sana.

Tips beli simkad/pulsa: pastikan perhati betul-betul tentang kuota internet, sebab ada yang pakej asing-asing seperti 10gb untuk kegunaan di Jakarta dan 2gb untuk luar kawasan Jakarta. Seorang kawan ada yang terambil pakej tu dan bila sudah sampai di Jogja baru perasan sebab kuota internet tiba-tiba dah habis.

Selepas tu kami naik grab ke airbnb Apartmen Tifolia. Check in, letak barang dan kerana lapar yang teramat kami pun bercadang untuk makan tengahari di mall terdekat iaitu mall Bella Terra. Rupa-rupanya mall tu baru dibuka, jadi tak ada restoran menarik (selain Burger King etc). Lalu kami bercadang untuk makan di gerai yang cukup popular iaitu Nasi Goreng Kambing. Kami naik grab ke sana tapi malangnya kedainya tutup. Akhirnya akibat terlalu lapar, kami singgah la ke Plaza Indonesia. Kami makan di restoran Sari Ratu.

Saki baki masa seterusnya kami pusing-pusing sekitar mall. Dan baru sedar rupanya ini dikira mall setaraf Pavillion la kalau kat Malaysia 😂.

Hari Kedua

Kami sarapan pagi dengan  menggunakan perkhidmatan Grabfood. Banyak pilihan kedai makan lokal yang boleh dicuba, dan makanan pun cepat je sampai. Servis bagus.

Tempat yang kami singgah untuk hari kedua:

- Monumen Nasional (MONAS)
- Museum Nasional (IDR 5k)
- Masjid Istiqlal
- Cathedral Jakarta
- Thamrin City

MONAS

Gereja Kathedral

 Masjid Istiqlal


Kemudian kami naik grab balik ke tempat penginapan.

Hari Ketiga

Jadi hari ketiga kami pergi ke kawasan pusat Jakarta. Kami cuba naik pengangkutan awam iaitu bas. Dari tempat kami ni dekat sahaja dengan tempat menunggu bas iaitu stesen bas Pulomas. Transit ke stesen Harmoni dan turun ke stesen Kota. Jadi sampailah kami di kawasan Kota Tua, Jakarta.

Tempat yang kami singgah:

- Cafe Batavia
- Museum Sejarah Jakarta (IDR 5k)
- Glodok/Chinatown
- Mangga Dua

Cafe Batavia

Museum Jakarta


Hari Keempat

Shopping di Thamrin City lagi haha.


YOGYAKARTA (30/12/2018 - 04/01/2019)

Hari Pertama

Kami dah tempah siap awal-awal tren dari stesen Gambir ke Yogyakarta. Tren pada pukul 8.30 pagi. Di Yogyakarta ini kami menggunakan khidmat supir, Pak Ajis namanya. Orangnya lemah lembut kalah kami bertiga yang perempuan ini. Jadi perjalanan mengambil masa selama lebih 8 jam di dalam tren. Tempat duduk selesa, jangan lupa untuk bawa bekalan makanan roti, snek dan air. Ada makanan dijual di dalam tren kalau sesiapa yang ingin menjamu makanan berat.

Kami sampai sekitar pukul 3 petang kalau tak silap. Pak Ajis menjemput kami dari stesen dan menghantar kami ke tempat penginapan. Untuk 5 hari kami memilih untuk menginap di Zen Dlepok Syariah, lebih kepada chalet dan memandangkan pada ketika itu chalet dan hostel yang lain sudah penuh dan kami tidak punya banyak pilihan untuk memilih tempat penginapan di Jogja.

Untuk hari pertama ni kami santai-santai sahaja di dalam bilik sambil order makanan lokal di Grabfood.

Hari Kedua

1. Gunung Merapi

Bangun pukul 3 pagi untuk bertolak ke Gunung Merapi untuk menikmati pemandangan matahari terbit. Kami ambil pakej yang ada sunrise, (harga IDR 450k). Pak Ajis jemput kami di tempat penginapan dan bertolak ke tempat di mana kami menaiki jip untuk naik di kawasan gunung untuk menikmati pemandangan dan bergambar waktu matahari terbit. Subhanallah, cantik! Driver jeep yang tolong bawakan kami pun bagus betul skill fotografi yang tolong ambilkan gambar.








2. Punthuk Setumbu

Sumpah tak berbaloi pergi sini. Tapi jika anda jenis saja-saja nak berjalan-jalan naik tangga dan tengok view dekat atas tu boleh jela. Kami rasa tak berbaloi sebab ingatkan Punthuk Setumbu dan Gereja Ayam tu sama, satu jalan masuk aja. Rupanya bukan!

3. Rumah Doa Bukit Rhema/ Gereja Ayam

Bagi peminat filem Ada Apa Dengan Cinta 2, ini adalah salah satu tempat shooting filemnya. Tapi kalau dalam filem bangunan ni seperti bangunan terbiar. Waktu kami pergi tu banyak dah yang berubah dan bahagian dalamnya cantik sangat.

Rumah Doa Bukit Rhema ni kira rumah ibadat bagi agama-agama besar yang dianuti umat manusia di dunia seperti Kristian, Hindu, Budha dan Islam. Juga terdapat bilik doa peribadi. Kawasan yang paling ramai nak bergambar mestilah di atas rooftop, tapi kami tak pergi sebab beraturnya panjang mak aih.







4. Candi Borobudur

Harga untuk bukan pelajar: IDR 300k

Tips ya: Untuk ke Borobudur mohonlah pergi di awal pagi selepas subuh ke, sebab walaupun waktu kami pergi masihlah dalam pukul 11 pagi tapi cuacanya panas terik. Dengan betapa ramainya manusia bersesak-sesak akan menyebabkan kita punya feel nak terokai candi tu spoiled. Dan satu lagi, dekat puncak biasanya mesti akan ramai orang, tapi bila turun satu tangga dan ke satu tangga kemudian terokai kawasan sekitar tu, tak ramai orang sangat pun. Biasa mereka naik sampai puncak, kemudian turun terus tanpa singgah dekat kawasan-kawasan lain.

Jadi kalau nak lebih privasi dan fe-feeling turun dekat area bawah sikit.




Hari Ketiga

1. Goa Pindul (Pakej sekali dengan gambar = IDR 250k)
2. Air Terjun Srigethuk (Masuk IDR 1.5k dan kalau naik rakit IDR 10k)
3. Pantai Parangtritis & Parangkusumo (Masuk IDR 10k)
4. Kedai Buku (lupa kat manaaa)





Ulasan: bagi pendapat peribadi, Goa Pindul ok jelah sebab harganya pun murah je, tapi untuk air terjun Srigethuk tak berbaloi sangat. Mungkin sebab kami pergi bulan Disember, orang ramai sangat. Kami pergi dan tak mandi atau main air pun kat sana, terus patah balik.


Hari Keempat

Dieng Plateau

Kami singgah di suatu kawasan yang berada di luar Yogyakarta iaitu Dieng Plateau, kawasan tanah tinggi yang sejuk. Kira ala-ala Cameron Highlands la kalau di Malaysia. Kami bertolak pukul 12.30 tengah malam. Sampai di sana sekitar jam 4 pagi.

1- Bukit Sikunir

Selepas subuh di sana terus hiking di Bukit Sikunir (IDR 10k). Lihat matahari terbit dari sana. Sejuknya masya-Allah, menggigil sangat-sangat. Maklumlah kawasan tanah tinggi. Tapi disebabkan kami pergi pada hujung tahun di mana musim tengkujuh, hanya nampak kabus bila sampai di puncak. Seketika nampak gunung-gunung berapi apabila kabus ditolak angin.





2- Telaga Warna

Kami singgah suatu tempat (ya ampun lupa nama dia) Bukit ____ (IDR 10k) untuk lihat dari atas kawasan telaga warna ni. Telaga Warna ini mempunyai belerang yang tinggi kerana tanah tinggi ini dulu asalnya merupakan kawasan gunung berapi yang telah pun meletus beribu tahun dahulu.





3. Kawah Sikidang

Tak ingat bagaimana, tapi kami dapat tiket masuk untuk Kawah Sikidang dan Candi Arjuna sebanyak IDR 15k. Seeloknya pakai mask ya untuk masuk ke kawasan ini disebabkan bau belerangnya yang sangat kuat dan ia tidak elok untuk terdedah terhadap bau ini terlalu lama.



4. Candi Arjuna

Kawasan ini terdapat pelbagai jenis candi. Candinya kecil-kecil sahaja di beberapa tempat. Sewaktu kami masuk masih terdapat beberapa candi yang masih dalam proses pembinaan semula. Oh ya nak masuk kena pakai satu jenis kain bercorak batik ke kawasan candi. Sebelum masuk ke kawasan akan diberikan kain tersebut.





5. Museum Kailasa

Muzium kecil menceritakan sejarah di kawasan tanah tinggi ini. Berkenaan asalnya daripada gunung berapi aktif yang telah meletus sejak beribu tahun dahulu, disebabkan itulah kawasan tanahnya subur dan sesuai untuk pertanian. Terdapat artifak-artifak sejarah dan juga sejarah kemasukan hindu budhha di kawasan tersebut.

Dalam tengahari atau sekitar pukul 3 petang kami pulang kembali ke Yogyakarta.


Hari Kelima

1. Taman Sari (IDR 15k)
2. Hutan Pinus (IDR 2.5k)
3. Kilang Kopi Luwak
4. Candi Ijo (IDR 10k)
5. Malioboro Street







Kami check in di Hotel Green Host untuk semalaman, sebab ada antara kami peminat tegar AADC 2, jadi teringin untuk menginap di sini. (IDR 552,420). Esokannya bergerak ke lapangan terbang naik grab.




Selesai. Ada banyak lagi nak buat ulasan tapi post dululah setakat yang ini, nanti edit balik. Kalau tidak, nanti asyik duduk di folder draft sahaja entri ni.

Oh ya perkhidmatan supir oleh Pak Ajis sangat bagus, dia akan syorkan tempat-tempat mana yang bagus untuk dilawati sesuai dengan budget kita, dan bawa pergi kedai-kedai makan tempatan yang sedap dan harga murah! Sesiapa yang ingin ke Yogyakarta boleh gunakan khidmat Pak Ajis ni:

Pak Ajis; +62 856 0055 5585

Apa-apa nak tahu lanjut boleh komen atau emel ke hannah_grace7@yahoo.com

Wednesday, June 12, 2019

Progressing

I never realized it until I went back home for Eid celebration that, somehow I still haven't make peace with my past. Certain things that I cannot forgive myself, or certain things that makes me regret of not doing it, or certain things that I blamed somebody else that cause it or certain things or memory that I still clungs to it.

I never thought that maybe, to talk about the things that still disturb me would actually help myself to let go or make peace with my past. And to go to the places that makes me reminisced the old memory. And now I regret of the things caused by the fact that I really want to forget and abandon my past, made me to ignore and not to get in touch with my old friends (high school friends).

Through social media I watch my friends get married, graduated, yada yada.. and I realized how much years had past and seems like everyone has moved on or progressed with their life. I'm also progressing maybe, haha but still haunted by my past. I thought like ignoring it would be the best of it. But no.

Now I'm learning to accept the fact that it's okay to make mistakes. Don't focus too much on you or other people imperfections. Focus on how to improve yourself, now. And the future.

And hello, I'm too old to play tug of war game.

Forever grateful for this year's Ramadan and Eid.

Friday, May 31, 2019

Ramadan 1440H

Salam and hi :)

Ramadan is nearing to its end now. I feel really connected and motivated for this year's ramadan. Alhamdulillah. I feel very easy and motivated to do daily good deeds, avoid social media that contains backbiting content, and to focus on me and my relationship with God.

However I haven't finish any books on this month. Ahh, yet. Hehe. I became lazy when I can't fasting, as I watch some dramas on Netflix. Now I hope I can reevaluate myself again and continue to have a productive ramadan. And continuing so after ramadan, ameen.

On the day of twelveth ramadan, I got a sort of good news, alhamdulillah. 'Sort of good news' because I have a mix feelings about it. And now I decided to accept this opportunity. And I will begin a new journey next! I can't wait though, as I need something new and challenging right now in my life.

Today is the last day working in ramadan. InshaAllah I will be going back to my hometown tomorrow.

To do good to other people is encourage in our religion, but firstly it must be extended to our family and relatives.

Have a bless ramadan everyone.

And eid mubarak!

Monday, May 27, 2019

Privilege

Now it is still hot on the issue of quotas in our education relating to races. I don't want to comment on what other people say about it, even the Minister of Education himself. Just want to share about my personal experiences with my non-bumi friends.

After SPM, I was selected to pursue Foundation (Asasi) in UiTM Shah Alam. Then I pursue my degree in UKM. During introduction with my one of my non-bumi friends, I remembered he asked me how to enter into Foundation in Law as I was. He did not know there was an option as he took STPM.

I vividly can feel the ashamed that I felt to myself during that time, as I explained to him, "Oh, this one is just for Bumiputera". Privilege? Checked.

It's weird when people pointing out that certain races are rich enough so that they can enter into a private university. Did it not occur to some of you that they enter into such uni because they were not accepted into public university because of quota restricted? They have no other choice.

It is easy to live in a bubble, citing uncited source to complement the remarks that remains whether to be true.

Malaysia Baharu, indeed we are still in a baby steps.

Wednesday, April 24, 2019

I don't even know me

I remember watching a video in Youtube accidentally about an ending of a movie called "Paper Town". The scene where a girl shouted at the boy saying;

"How can you say you love me? I don't even know me." (sort of)

Which was, at that time I think that the script was utterly ridiculous.

Until now.

I was listening to this new song, Half a Man by Dean Lewis, and when it came to this lyrics..

..but how I am supposed to love you when I don't love who I am?

Oh, yes. I definitely can relate.

And yes, I don't even know me.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...