Friday, August 24, 2018

Be Kind

So much hatred on social media nowadays. I hate to open my FB or twitter even just to read the news, as I will eventually scroll into some mean comments or status post from the social media friends. It is so easy to be a bully, especially on the internet.

Sometimes I feel it. It is so easy to be hateful. It is so easy to be mean and leave a snarky comment.

It is so hard to be a kind person when you feel like the world only revolves around you. Where people should only see the world the way you see it. Where you think that everybody gets the same privilege as you did, so they should not choose the way that does not fit into your liking.

Isn't it strange? You expect people to respect your belief/opinion, but you refused to give the same kind of respect to the people who have a different belief/opinion than you. You championed your rights of the majority but refused to acknowledge the minority as if they do not have any rights at all. Is this what your religion teaches you for?

In a world of hateful people, please be kind. Religion does not teach you to be hateful towards others. Hate, arrogance, feeling entitled to everything, is not a religious thing.

Ahh, kindness. Please, be kind. It is easy to judge others. But it costs you zero to give other people respect.


Thursday, August 23, 2018

..

Ternyata yang paling sukar untuk difahami itu adalah hati
di saat perasaan berkecamuk antara kata 'ya' dan 'tidak'

Aku butuh waktu dan ruang 
untuk memikirkan semula tentang segalanya
Semoga Tuhan memaafkan khilafku 
dalam berfikir dan mengorak langkah

Hanya melalui kegelapan, 
seseorang itu bisa menemukan cahaya.

- Yatti Musa Adam

#MalamDanPuisi

Tuesday, June 5, 2018

Ramadan

Ramadan bersama keluarga.

Ramadan ketika zaman belajar.

Ramadan ketika bekerja.

Semua situasi di atas berbeza suasananya. Memandangkan sekarang aku berada jauh daripada keluarga dan sedang memasuki alam pekerjaan, jadi pastinya pengalaman Ramadan kali ini berbeza. 

Tapi aku tetap sama. Haih.

Nak berterusan mengejar pahala ini ada turun naik surutnya. Syukur juga mempunyai rakan-rakan penyewa yang baik, yang mengajak untuk berterawih, berjemaah.. Cuma antara hendak atau tak hendak sahaja.

Dan aku juga sedang merancang bagaimana untuk membaiki kelemahan diri selepas berakhir Ramadan. Moga bukan sekadar tinggal rancangan.

Monday, May 7, 2018

Write or not to write

Truth to be told, I think I had lost the passion for writing a short story. Or writing in general. When I was a teenager, the passion was still there. Now, when I tried to convey a sentence, it did not turns out into beautiful words anymore. It seems like my vocabulary in Bahasa was marginal. And then the slapping truth came, as recently my reading was limited to English materials, and less in Bahasa.

I need to polish my Bahasa in writing, as well as English. I just wish that someday I can write about a critical issue, able to voice out my opinion in a decent writing. I miss the days when we need to do opinion writings or assignments, as I like to do a research and read them, and tried to combine these different facts and put my own opinion on them.

Google image


Now when I’m older, I think to write a non-fiction material is easier than to write a fiction. This is because when you writing a fiction, you need to have a good plot, interesting characters, where you need to have a good imagination in my opinion, which I lack.

Right now, I need to read a lot of BM materials.

Wednesday, May 2, 2018

Gunung Alai

29 April 2018, Ahad. Sehari di Gunung Alai, Pengkalan Hulu, Gerik, Perak.





Permandangan atas puncak tu cantik sangat, masya-Allah. Dari bawah nak naik ke puncak makan masa selama lebih kurang dua jam sahaja. Treknya mudah, ada la bahagian yang pacak sikit, tapi secara menyeluruh okay sahaja. Perjalanan mendaki boleh makan masa selama 3-4 jam sahaja, kalau mengikut pendakian santai. Kalau pecut mungkin dalam 2 jam sudah boleh sampai puncak.

Gunung Alai dikira gunung yang baru dibuka, jadi laluan untuk trekking tidak begitu jelas. Pastikan jangan terpisah daripada kumpulan.







Friday, April 20, 2018

K2 Kenderong-Kerunai

14 & 15 April 2018, ke Gerik, Perak untuk mendaki Gunung Kenderong dan Kerunai, juga dikenali sebagai "The Devil K2". Memang kejam ah dua-dua gunung ni, sebagai orang yang bukan hikers tegar (newbie), disarankan mendaki gunung ini bagi hikers tegar & bukannya yang baru berjinak-jinak dengan hiking.

Asalnya housemate yang ajak pergi, dan tanpa berfikir dua kali aku setuju, sebab masa tu aku tengah cari aktiviti untuk short escape. Memandangkan plan untuk ke Redang tak jadi (nada sedih di sini).

Trip ini di bawah anjuran Ketegaq Hikers (@ketegaqhikers). Boleh pergi ke instagram mereka sebab memang banyak trip-trip yang dianjurkan sepanjang tahun. Yang ke K2 ni yurannya RM120 sahaja, termasuk makan dan minum selama 2 hari 1 malam dan juga T-shirt.

Cara pergi ke Gerik adalah dengan carpool. Carilah sesiapa yang join trip tu yang dekat dengan kawasan masing-masing, kemudian set tempat untuk berkumpul dan bertolak.

Hari pertama mendaki Gunung Kerunai pada pukul 10.00 pagi. Diingatkan supaya bawa topi ya, sebab kedua-dua gunung ni tak banyak pokok tinggi. Jadi matahari memang betul-betul atas kepala dan panasnya astaghfirullah, memang menguji keimanan. Dan kalau di Kerunai ni gunungnya jenis naik turun, dan banyak puncak tipu haha nak sampai ke puncak betul tu.








Gambar-gambar di sini adalah ihsan daripada kamera kawan-kawan satu trip, sebab kamera fon aku rosak, jadi terpaksa la cedok gambar cantik milik orang lain. Pemandangannya memang lawa, atas gunung kan. Awan berkepul-kepul.

Hari kedua naik Gunung Kenderung pukul 4.00 pagi. Yang lain sampai ke kem solla (tempat berhenti untuk Subuh) dalam pukul 6.30 pagi, aku sampai pukul 7 pagi macam tu. Nak buat macam mana, tak cukup stamina. Malu la menyusahkan para sweeper yang teman aku naik ke atas. Nasib baik ada geng jugak yang boleh sweep bersama. Masa nilah jumpa dan berkenalan dengan kenalan baru.










Waktu sampai puncak tu puas hati la.. tapi bila turun tu... azab dia.. dengan cuaca panas teriknya.. haha. Dan ya, disebabkan aku, housemate dan kawan dia lambat jugak jadi orang last sampai ke campsite. Kasihan diorang kena teman orang yang slow pace dan kurang stamina ni, termasuklah dua orang sweepers haha. Ya ampun, minta maaf sangat-sangat. Lepas ni taubat dah tak nak menyusahkan orang dah. Gunung-gunung ni bukan untuk newbie ya kawan-kawan.

Terima kasih buat para krew Ketegaq Hikers, para sweepers, geng yang ber'sweep' bersama untuk trip selama 2 hari. Letih tu letih, tapi menyesal tu tidak! Semakin semangat nak mendaki bukit-bukit lain pulak.

Sunday, April 8, 2018

24

24 years old. How much time that I wasted along the way?

Moga dapat terus istiqamah dalam pembacaan dan lebih matang dalam berfikir dan berbicara, dan juga memperkasakan peribadi. Ameen. 

Sekarang, setelah habis belajar, aku masih mencari-cari. Apa yang aku ingin lakukan untuk jangka masa panjang nanti, selepas habisnya latihan dalam kamar. Aku ingin lari daripada terus berada dalam 'comfort zone'. Aku pun tidak pasti ingin terus praktis dalam bidang perundangan ataupun tidak. 

Apa yang aku pasti setakat ni, i don't want to limit myself.

Dan.. aku sepatutnya perlu lebih bersosial =='. (This is a big challenge, ughh)



Friday, February 16, 2018

No exception, yet

Maybe I know, somewhere
Deep in my soul 
That love never lasts
And we’ve got to find other ways
To make it alone
But keep a straight face

And I’ve always lived like this
Keeping a comfortable, distance
And up until now 
I had sworn to myself that I’m content
With loneliness

Because none of it was ever worth the risk.

- Paramore
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...