14 & 15 April 2018, ke Gerik, Perak untuk mendaki Gunung Kenderong dan Kerunai, juga dikenali sebagai "The Devil K2". Memang kejam ah dua-dua gunung ni, sebagai orang yang bukan hikers tegar (newbie), disarankan mendaki gunung ini bagi hikers tegar & bukannya yang baru berjinak-jinak dengan hiking.
Asalnya housemate yang ajak pergi, dan tanpa berfikir dua kali aku setuju, sebab masa tu aku tengah cari aktiviti untuk short escape. Memandangkan plan untuk ke Redang tak jadi (nada sedih di sini).
Trip ini di bawah anjuran Ketegaq Hikers (@ketegaqhikers). Boleh pergi ke instagram mereka sebab memang banyak trip-trip yang dianjurkan sepanjang tahun. Yang ke K2 ni yurannya RM120 sahaja, termasuk makan dan minum selama 2 hari 1 malam dan juga T-shirt.
Cara pergi ke Gerik adalah dengan carpool. Carilah sesiapa yang join trip tu yang dekat dengan kawasan masing-masing, kemudian set tempat untuk berkumpul dan bertolak.
Hari pertama mendaki Gunung Kerunai pada pukul 10.00 pagi. Diingatkan supaya bawa topi ya, sebab kedua-dua gunung ni tak banyak pokok tinggi. Jadi matahari memang betul-betul atas kepala dan panasnya astaghfirullah, memang menguji keimanan. Dan kalau di Kerunai ni gunungnya jenis naik turun, dan banyak puncak tipu haha nak sampai ke puncak betul tu.
Gambar-gambar di sini adalah ihsan daripada kamera kawan-kawan satu trip, sebab kamera fon aku rosak, jadi terpaksa la cedok gambar cantik milik orang lain. Pemandangannya memang lawa, atas gunung kan. Awan berkepul-kepul.
Hari kedua naik Gunung Kenderung pukul 4.00 pagi. Yang lain sampai ke kem solla (tempat berhenti untuk Subuh) dalam pukul 6.30 pagi, aku sampai pukul 7 pagi macam tu. Nak buat macam mana, tak cukup stamina. Malu la menyusahkan para sweeper yang teman aku naik ke atas. Nasib baik ada geng jugak yang boleh sweep bersama. Masa nilah jumpa dan berkenalan dengan kenalan baru.
Waktu sampai puncak tu puas hati la.. tapi bila turun tu... azab dia.. dengan cuaca panas teriknya.. haha. Dan ya, disebabkan aku, housemate dan kawan dia lambat jugak jadi orang last sampai ke campsite. Kasihan diorang kena teman orang yang slow pace dan kurang stamina ni, termasuklah dua orang sweepers haha. Ya ampun, minta maaf sangat-sangat. Lepas ni taubat dah tak nak menyusahkan orang dah. Gunung-gunung ni bukan untuk newbie ya kawan-kawan.
Terima kasih buat para krew Ketegaq Hikers, para sweepers, geng yang ber'sweep' bersama untuk trip selama 2 hari. Letih tu letih, tapi menyesal tu tidak! Semakin semangat nak mendaki bukit-bukit lain pulak.
No comments:
Post a Comment