Salam dan hai.
Baru sahaja pulang bercuti daripada Pulau Belitung yang popular dengan jolokan Pulau Laskar Pelangi. Ini merupakan last minute trip kerana waktu ini tiada kawan-kawan yang dapat ikut untuk bercuti hujung tahun jadinya saya memilih Pulau Belitung untuk short trip. Juga kerana saya merupakan seorang peminat Laskar Pelangi dan mengikuti karya-karya Andrea Hirata.
Oleh yang demikian, berdasarkan carian di internet dan membaca pengalaman para traveler yang lain di Pulau Belitung, kalau nak pergi solo trip dicadangkan untuk join Open Trip. Open Trip merupakan salah satu pilihan popular di Indonesia malahan ia lebih menjimatkan. Open trip ni kiranya kita sertai dan akan digabungkan dengan group atau individu lain yang akan ikut pada tarikh tersebut. Open trip yang saya ikuti, saya contact Sekaput Belitung (boleh whatsapp di nombor tertera di website mereka www.sekaput.com atau instagram @belitungtrip).
Secara keseluruhan kalau individu ingin ambil pakej 3H2M, bayarannya hanya sekitar IDR 800k seorang bergantung pada hotel yang dipilih. Memandangkan saya ingin join trip hujung tahun, saya memilih tarikh 14-16 Disember. Tapi tiket direct flight Air Asia - Tanjung Pandan tiada pada 14 haribulan, jadi saya tambah sehari penginapan di sana sehari. Memandangkan saya pergi berdua dengan kakak, total sekali dengan dijemput ke airport pada hari tersebut adalah IDR 1.850 juta. Seorang dalam RM 286 kalau convert (harga ini termasuk hotel, peralatan sewa island hopping, bayaran tempat masuk kecuali Muzium Kata dan tour guide).
Hari pertama betul-betul sampai di Belitung kami berehat di bilik hotel setelah pergi ke Mart untuk beli sedikit makanan dan selepas makan tengah hari. Petangnya hujan. Rupanya di sini pun tengah musim tengkujuh bulan Disember.

Itinerary selama 3 Hari 2 Malam:
1. Hari Pertama
i) Sarapan Pagi - Mie Belitung
Sedap jugak. Kuah dia tu rasa macam mie rebus la kalau kat Terengganu.
ii) Pantai Serdang
iii) Rumah Ahok / Rumah Fifi
iv) Muzium Kata Andrea Hirata
Untuk orang macam saya yang merupakan peminat tetralogi Laskar Pelangi, melawati Muzium Kata ini adalah suatu yang mesti ada. Dikatakan bahawa Muzium Kata ini merupakan Muzium sastera yang pertama di Indonesia. Bayaran masuk merupakan IDR 50k dan anda akan diberikan Buku Saku nipis Laskar Pelangi seperti di atas.
v) Replika SD Muhammadiyah & Rumah Keong
vi) Mangroove / Ngopi
Sepatutnya kami pergi mangroove tapi cuacanya tidak mengizinkan. Hujan lebat lalu kami dibawa mengopi di Kong Djie Coffee. Kopinya sedap!
vii) Dinner
Makan malam di Timpo Duluk untuk merasakan makanan asli Belitung.
2. Hari Kedua
Island Hopping!
i) Pantai Tanjung Kelayang
ii) Pulau Lengkuas
iii) Pulau Burung
iv) Pulau Kelayang
v) Pantai Tanjung Tinggi
3. Hari Ketiga
i) Tanjung Pendam
ii) Rumah Adat Belitung
Lebih kepada pameran, terdapat props mengenai pakaian tradisional pengantin, hantaran kahwin etc. Boleh sewa pakaian pengantin untuk bergambar.
iii) Danau Kaolin
ii) Pantai Serdang
iii) Rumah Ahok / Rumah Fifi
Ahok merupakan ahli politik di Indonesia dan beliau berasal dari Belitung. Rumah keluarganya hanya berada berhadapan dengan Kampong Ahok (rumah kayu ini). Sekarang Kampung Ahok ditukar nama kepada Kampung Fifi. Di dalamnya ada barangan cenderamata seperti mug, T-Shirt, makanan ringan dan kerepek.
iv) Muzium Kata Andrea Hirata
Untuk orang macam saya yang merupakan peminat tetralogi Laskar Pelangi, melawati Muzium Kata ini adalah suatu yang mesti ada. Dikatakan bahawa Muzium Kata ini merupakan Muzium sastera yang pertama di Indonesia. Bayaran masuk merupakan IDR 50k dan anda akan diberikan Buku Saku nipis Laskar Pelangi seperti di atas.
Tetralogi Laskar Pelangi yang telah diterjemah dalam pelbagai bahasa.
v) Replika SD Muhammadiyah & Rumah Keong
Ini hanyalah replika sekolah Muhammadiyah yang di dalam buku tersebut. Sekolah sebenar telah pun dirobohkan dan telah dibina sebuah sekolah yang lain.
Rumah Keong
vi) Mangroove / Ngopi
Sepatutnya kami pergi mangroove tapi cuacanya tidak mengizinkan. Hujan lebat lalu kami dibawa mengopi di Kong Djie Coffee. Kopinya sedap!
vii) Dinner
Makan malam di Timpo Duluk untuk merasakan makanan asli Belitung.
2. Hari Kedua
Island Hopping!
i) Pantai Tanjung Kelayang
ii) Pulau Lengkuas
iii) Pulau Burung
iv) Pulau Kelayang
v) Pantai Tanjung Tinggi
Pantai Tanjung Tinggi merupakan salah satu tempat lokasi syuting Laskar Pelangi. Seperti yang kalian dapat lihat dalam video klip Nidji, lagunya Laskar Pelangi itu.
3. Hari Ketiga
i) Tanjung Pendam
Salah satu kawasan atau pantai di Belitung.
ii) Rumah Adat Belitung
Lebih kepada pameran, terdapat props mengenai pakaian tradisional pengantin, hantaran kahwin etc. Boleh sewa pakaian pengantin untuk bergambar.
iii) Danau Kaolin
Danau Kaolin merupakan bekas kawasan perlombongan biji timah yang merupakan sumber pendapatan penduduk dahulu sebelum harga biji timah jatuh di pasaran dunia. Kisah berkenaan PN Timah jatuh bankrap juga ada disisipkan dalam buku kedua Andrea iaitu Sang Pemimpi kerana bapa Ikal merupakan salah seorang buruh yang bekerja di situ.
Itu sahaja setakat ini. Tips: untuk mendapatkan pengalaman yang lagi best di sini dinasihatkan pergilah sekitar bulan Mac - Jun iaitu ketika bukan musim tengkujuh seperti hujung tahun. Jadi boleh nikmati snorkelling dan island hopping dengan pemandangan yang lagi cantik jika cuaca terang.
Sekian. (doa untuk cepat kaya untuk trip 2020 pula)
No comments:
Post a Comment