Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.
Hai. Saya tak menyepi, blog ini sahaja yang bersawang :)
Alhamdulillah, sudah masuk minggu kedua dalam semester dua bagi tahun satu di sini. Azam pada awal semester mestilah untuk belajar dengan lebih serius berbanding dengan semester lepas yang banyak main-main. Harap-harapnya dapat istiqamah dengan azam tu, bukan sekadar tinggal azam je.
Banyak peristiwa yang berlaku dalam perjalanan hidup menyebabkan seseorang itu lebih matang dan menghargai apa yang ada di sekelilingnya. Lumrah manusia memang begitu, kan? Saya cuba flashback balik peristiwa pahit-kelat-manis-masin-tawar pada sekitar 2013 sehingga apa yang berlaku pada tahun lepas menyebabkan saya berada di sini pada tahun ini. (Wah, complicated ayat tuuu)
Sesungguhnya Allah itu mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Tidak disangka dengan kekecewaan kecil ketika di UiTM dahulu menyebabkan kurniaan yang lebih besar hendak diberi oleh Dia, lalu takdir menempatkan di UKM. Dan tanpa disangka-sangka dalam keadaan yang begini pun, masih diberi nikmat untuk mendapat biasiswa. Alhamdulillah. Tanggungjawab ini terlalu besar sebenarnya.
Dan dalam keselesaan ini, masih juga terasa kekurangan.
"Every successful person has a painful story and every painful story has a successful end. Learn to accept pain and prepare for ultimate success." - Mufti Ismail Menk
Never. Give. Up. Ever.

No comments:
Post a Comment