Thursday, December 4, 2014

Inspirasi

...................

Lagi tiga minggu nak final. Kut. Nak dekat final ni, suka sangat buat kerja gila. Dan sekarang tengah terfikir nak buat kerja gila apa lagi. haha. Hmm.. Pergi ke Pasar Seni lagi? Mungkin.

Oh ya, lama gila dah tak makan macaroons (T_T). Kalau ada yang nak belanja pergi makan macaroons sumpah memang best friend bff gila lah orang tu... nak macaroons!!!! (nampak tak desperate sangat di situ)

Sebab dah lama tak update blog, tiba-tiba bila update entah apa-apa pula entri. Jadi, ini boleh dikategorikan sebagai sebahagian daripada kerja gila jugak. Kut.

Teringat pula dekat seorang kawan yang pernah beritahu, dia suka sangat baca blog ni. Kalau dia ada waktu lapang dia akan buka dan baca entri-entri lama yang post kat sini, katanya sangat inspiring. Dan saya macam hmmm.. alhamdulillah memberi manfaat juga rupanya blog peribadi yang penuh dengan pandangan peribadi semata-mata kepada orang lain.

Maaf juga, sudah lama tak update, sebab busy (baca: malas).

Sometimes I think that I'm losing my touch.

Eh, touch??? Haha.

All the best for final everyone ^^


Tuesday, September 16, 2014

Kelabu

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Tajuk asal entri ni sepatutnya "Lost". Tapi tak tahu nak translate macam mana, dan ilham mengatakan "kelabu". Sebab? Entahlah, mungkin kelabu merupakan pertengahan antara hitam dan putih? Benda yang samar, kabur. The feelings that I feel now.

Rasa macam hilang arah tuju. Rasa lost sangat entah kenapa. Alhamdulillah, sekarang sudah start semester baru, sudah bergelar pelajar tahun 2 pun. Sepatutnya kena lebih bersemangat, insya-Allah.

Susahnya nak berjihad menuntut ilmu ni kan? Lebih-lebih lagi nak mengharungi lagi tiga tahun, moga Allah tetapkan hati.



Sunday, June 29, 2014

Beautiful Times - Owl City





A spark soaring
Down through the pouring
Rain and restoring
Life to the lighthouse
A slow motion
Wave on the ocean
Stirs my emotion
Up like a raincloud

When did the sky turn black
And when will the light come back 

A cab driver
Turned to skydiver
Then to survivor
Dying to break down
A blood brother
Surrogate mother
Hugging each other
Crying their eyes out

When did the sky turn black
And when will the light come back

I'm ecstatic
Like a drug addict
Locked in the attic
Strung out and spellbound

I fought all through the night
Oh oh, but I made it alive
The sun's starting to rise
Oh oh, these are beautiful times
This fight of my life is so hard, so hard, so hard
But I'm gonna survive
Oh oh, these are beautiful times

A bad feeling
Burned through the ceiling
Leaving my healing
Heart with a new scar
A dead fire
Rose and rose higher
Like a vampire
Up from the graveyard

When did the sky turn black
And when will the light come back

We all suffer
But we recover
Just to discover
Life where we all are

I fought all through the night
Oh oh, but I made it alive
The sun's starting to rise
Oh oh, these are beautiful times
This fight of my life is so hard, so hard, so hard
But I'm gonna survive
Oh oh, these are beautiful times
This fight of my life is so hard, so hard, so hard
But I'm gonna survive
Oh oh, these are beautiful times

My heart's burning
Bad and it's turning
Black but I'm learning
How to be stronger
And sincerely
I love you dearly
Oh but I'm clearly
Destined to wander

Saturday, June 28, 2014

End of 1st Year

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.



Woa. Dah tamat dua semester sebagai junior tahun satu. Hamdan lillah :). So, the holidays' begin.Walaupun hanya dua bulan cuti, harapnya dapat manfaatkan sebaiknya di sisi keluarga. Tambahan pula, sekarang sudah tibanya Ramadan.

Sebenarnya, bukan sengaja nak biarkan blog ini sunyi sepi. Tapi ilham untuk menulis itu tiada. Apatah lagi ilham untuk menulis cerpen, puisi mahupun buku! Sebahagian daripada rakan-rakan yang tahu saya (dahulunya, ehm) gemar menulis mendesak supaya siapkan sebuah buku atau novel sepanjang cuti ini, memandangkan hobi yang satu tu dibiarkan berkarat tidak diasah sejak naik ke alam universiti.

Insya-Allah, tapi ilham dan semangat untuk menulis itu tidak boleh dipaksa. Saya mulakan strategi untuk menulis dengan membaca sebanyak mana karya-karya bermutu yang saya beli sewaktu semester ini yang tak sempat dibaca sebab sibuk dengan buku-buku law (konon), untuk meraih ilham dan menajamkan skill bahasa melayu yang bagus. Sekarang pun saya sudah dalam perjalanan menamatkan senaskhah novel Qalam Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop yang telah memenangi tempat kedua bagi Sayembara Penulisan ITBM.

Senarai buku-buku lain:

-Edensor
-Mimpi-mimpi Lintang Maryamah Karpov
-Bimasakti Menari
-1511H [Kombat]
- Rich Malaysia, Poor Malaysians
-And The Mountains Echoed
-From Beirut To Jerusalem
-Gaza In Crisis
-Dublin
-KL Noir
-The Choice
- (dll yang lain reserved kalau kat atas ni tak habis baca lagi haha)

Selain itu, jangan lupa pula rajin tadabbur Quran dan senarai untuk mutabaah amal sempena Ramadan kali ini. Fighting!

Saturday, March 1, 2014

Hai 2014.

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Hai. Saya tak menyepi, blog ini sahaja yang bersawang :)

Alhamdulillah, sudah masuk minggu kedua dalam semester dua bagi tahun satu di sini. Azam pada awal semester mestilah untuk belajar dengan lebih serius berbanding dengan semester lepas yang banyak main-main. Harap-harapnya dapat istiqamah dengan azam tu, bukan sekadar tinggal azam je.

Banyak peristiwa yang berlaku dalam perjalanan hidup menyebabkan seseorang itu lebih matang dan menghargai apa yang ada di sekelilingnya. Lumrah manusia memang begitu, kan? Saya cuba flashback balik peristiwa pahit-kelat-manis-masin-tawar pada sekitar 2013 sehingga apa yang berlaku pada tahun lepas menyebabkan saya berada di sini pada tahun ini. (Wah, complicated ayat tuuu)

Sesungguhnya Allah itu mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Tidak disangka dengan kekecewaan kecil ketika di UiTM dahulu menyebabkan kurniaan yang lebih besar hendak diberi oleh Dia, lalu takdir menempatkan di UKM. Dan tanpa disangka-sangka dalam keadaan yang begini pun, masih diberi nikmat untuk mendapat biasiswa. Alhamdulillah. Tanggungjawab ini terlalu besar sebenarnya.

Dan dalam keselesaan ini, masih juga terasa kekurangan.

"Every successful person has a painful story and every painful story has a successful end. Learn to accept pain and prepare for ultimate success." - Mufti Ismail Menk

 Never. Give. Up. Ever.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...