Wednesday, August 24, 2011

Belajar itu Pahit Akarnya tetapi Manis Buahnya.


”Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim lelaki dan Muslim perempuan”
(HR Ibnu Majah)

Serabut.

Kusut.

Rasa macam nak rendam kepala dalam air dan tak payah keluarkan.

Ya Allah, memang akhir-akhir ini kepala rasa serabut sangat. Miserable. Uhuh.. Dan mungkin ini sebenarnya yang dikatakan stress yang negatif? Iya kut. Stress itu berpunca dari dalam diri. Kata Dr. Fadzilah Kamsah, stress itu ada dua; stress positif dan negatif. Tapi kebanyakannya ramai yang mengalami stress negatif.

"Cikgu tengok H nampak lain. Bukan H yang biasa cikgu kenal." seorang guru menegur. Saya senyum tawar pada guru kaunseling tersebut yang boleh dikatakan rapat.

Kalau tahun lepas muka saya ni kiranya memang selalu nampak di bilik kaunseling. Heheh. Bukannya saya ni pelajar bermasalah ke apa. Saja. Sebab saya rapat dengan guru kaunseling tu dan kalau berkunjung saya berbual apa-apa sahaja dengan cikgu ataupun baca risalah-risalah atau pamplet yang terdapat dalam bilik UBK tu.

Caunseling is good? Entahlah. Hakikatnya, diri kita sendiri kalau belum sedar-sedar tak guna kalau pergi kaunseling yang berbayar pun. Titik pulangnya berbalik kepada diri sendiri. Jalan yang kita pilih.



Belajar itu pahit?

Sedang sibuk membuat latihan yang diberi dalam kelas (waktu tiada guru), tiba-tiba saya tersentak apabila terdengar seseorang di belakang saya membentak; "Bosannya belajar!"

Hrmss.. Bosan? Tahukah anda bahawa sebenarnya belajar itu satu adventure yang mencabar? Kita sentiasa belajar dan akan terus belajar; sama ada secara langsung atau tidak langsung. Formal atau tidak formal.

Sebagai seorang pelajar, bila sebut perkataan 'belajar' tentulah kepala kita akan memikirkan buku-buku pelajaran dan latihan yang bertimbun. Assignments, kerja kursus. Ya, serabutnya hidup! Sebab itulah kita kena ada matlamat dalam belajar. Belajar bermaksud menuntut ilmu. Kerana apa, siapa dan mengapa kita menuntut ilmu?

Bila kita ada matlamat, barulah kita ada semangat untuk belajar. Ada impian yang ingin dicapai. Dan mestilah, untuk menggapai sesuatu yang tinggi itu bukan mudah. Hendak tunggu bulan jatuh ke riba? Tunggulah sampai kiamat.

Insya-Allah, kepahitan dalam menuntut ilmu ini akan dibalas ganjarannya oleh Dia.

Sebagai seorang hamba dan manusia, kita juga sebenarnya sentiasa belajar. Kita belajar daripada sejarah. Kita belajar daripada pengalaman. Kita belajar daripada kesilapan. Konsep 'belajar' itu luas sebenarnya. Jadikan segala yang ada dalam sekeliling kita itu sebagai guru yang mengajar. Terutamanya alam yang diciptakan. Allah telah menempelak manusia sebanyak 31 kali dalam surah ar-Rahman;

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Lihatlah ciptaan Allah. Seperti gigihnya semut yang rajin bekerja. Pokok yang teguh berdiri meskipun sudah gugur semua daunnya. Lihat nikmat Allah dengan mata hati, bukan hanya dengan sekadar pandangan mata kasar.


Don't collect the negative stamps


Itu nasihat yang diberikan oleh guru kaunseling tersebut kepada saya. Dalam kita tidak sedar, kepala kita mengutip setem-setem yang negatif di sekeliling lalu tiba-tiba sahaja menyebabkan beban di kepala menjadi berat.

Dalam semua perkara kita perlu bersederhana. Begitu juga dengan belajar. Ya, silap saya sebenarnya sehingga memudaratkan diri sendiri.

Okey.

Tenangkan diri.

Jangan kusutkan diri.

"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga" (HR Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...