Wednesday, June 1, 2011

Yang ada dalam diri setiap manusia;

Pada suatu hari yang menyimpan seribu resah...

"Boleh jawab paper tadi?" soal seorang teman; Baya. Saya senyum.

"Alhamdulillah, tapi tak boleh lawanlah Baya." Jawabku sambil ketawa. Sememangnya dia itu seorang yang pintar. Wajah dia berubah.

"Awak tahu tak H, banyak benda yang saya tak boleh lawan awak." Bidas dia sambil berlalu, masuk ke dalam dewan makan. Ketawa saya terus mati.




Kelebihan diri

Kadang kala kita masing-masing pernah terfikir.. Bestnya kalau jadi macam orang tu..

"Bestnya kalau boleh jadi kaya macam Bill Gates.. Jadi kaya macam Donald Trump.. "
"Bestnya kalau dapat pinjam otak si fulan yang cerdik tu.."
"Kalaulah wajah aku ni kacak macam Brad Pitt.."
"Kalaulah wajah aku ni cantik macam H.. eh silap.. macam Maya Karin.." ;p

Well, manusia. *geleng kepala*

Saya rasa bertuah sangat sebab dikelilingi kawan-kawan yang mempunyai sifat dalaman yang tidak semua orang nampak dengan mata kasar. Secara luaran sahaja, orang tidak akan nampak dan mengenali seseorang itu dengan dekat.


Saya kagum dengan seorang teman yang saya kenali sejak tingkatan 1. Namun kenal hanya sekadar kenal, walaupun banyak tingkah laku dia yang saya sudah hadam, tidak semestinya itu membuktikan itu dirinya yang sebenar. Tahun lepas dan juga tahun ini, saya masih lagi sekelas dengan dia.

Dari luaran dia seorang yang biasa-biasa aja. Seorang yang kadang-kadang cepat panas baran dan tidak pedulikan perasaan orang lain.. tetapi dia merupakan seorang yang rajin. Dan tabah. Bertanggungjawab. Sesuatu dalam dirinya yang sukar ditemui dalam diri orang lain.

Dia seorang anak sulung. Baru-baru ini ayahnya dihidapi strok, dan dialah yang bergilir-gilir dengan ibunya menjaga ayahnya yang sakit di hospital. Dialah yang tolong memasak di rumah untuk adik-adik kecilnya. Menjaga rumah sewaktu ibunya berada di hospital.

Kini alhamdulillah, ayahnya sudah pulih dan boleh berjalan. Dia seorang yang biasa, tetapi mempunyai semangat yang luar biasa. Subhanallah. Ujian yang hebat untuk gadis seperti dia.

Pernah dahulu, dia merungut tentang dirinya yang pencapaian akademik berada pada paras sederhana, dan sering membandingkan dirinya dengan orang lain. Sedangkan, dia tidak sedar bahawa dalam dirinya itu mempunyai nilai yang lebih baik daripada orang yang dibandingkannya itu.


Setiap orang mempunyai kelebihan diri sendiri. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Mereka ada kelebihan diri mereka masing-masing, yup. Kita juga. Dia lebih bijak? Lebih cantik? Kaya? Peramah? Petah berhujah di hadapan?

So what?

Anda pernah terfikir ingin menjadi seperti si fulan, namun dalam kita tidak sedar, si fulan mungkin pernah terdetik ingin jadi seperti anda. Siapa tahu?

Just improve yourself.. To be a better person..



Kekurangan diri

Manusia penuh dengan kelebihan, juga penuh dengan kekurangan.

"Laws are made by people and people are wrong."

Undang-undang itu dibuat oleh manusia, dan manusia itu tidak dapat lari daripada kesilapan. Itulah kata-kata yang menyentak hati saya apabila menonton drama bersiri Fairly Legal. Kata-kata daripada watak Kate.

Kita mesti ingat, sebaik mana pun orang itu, dia masih seorang manusia. Hatta dia itu seorang kawan, ibu, ayah, ketua, pemimpin, ulama' sekali pun; mereka masih seorang manusia biasa yang sering cenderung melakukan kesilapan. Kita perlu ingat, seseorang yang sangat kita kagumi, dia sebenarnya cuma seorang manusia, dan apabila dia melakukan kesilapan, jangan cuba untuk menidakkan mahupun mencemuh.

Sebaliknya tegurlah dengan cara yang berhemah.

Adakah kita ini terlalu suci; tidak pernah berbuat dosa sehingga boleh mencemuh seseorang yang melakukan kesilapan?



Everyone has their own demon.


Bersyukurlah

Bukankah kita hidup ini saling melengkapi? Dan juga saling mendoakan (pinjam ayat seseorang).. Saya pernah terbaca di sebuah blog yang followernya ramai; dia ada menyatakan, (dia balas pertanyaan di formspring), "Dunia ini betul-betul tak adil, orang lain study sikit je, result gempak. Aku study hard gila, tapi result biasa-biasa aja." Lebih kurang macam tula ayat dia.

Ingin sekali saya kongsikan kata-kata keramat seorang guru yang saya pegang hingga hari ini. Kata beliau; "Ada orang yang usaha sikit je, tapi resultnya bagus. Ada orang yang usaha banyak; sungguh-sungguh tapi result biasa-biasa aja. Lebih untung bagi orang yang dapat result biasa-biasa tu, sebab pahalanya lebih banyak, disebabkan usahanya yang gigih. Orang yang usaha sikit, sikitlah pahalanya."

Lihatlah, hikmah yang ditunjukkan Allah.

Allah berfirman kepada malaikat-Nya:
"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya"






Whatever happens.. always turn to Allah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...