Friday, June 10, 2011

Tomorrow is another day

Nota; ini entri merapu, kalau anda ada kerja yang lebih PENTING, hiraukan entri ini.




Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Okey, cuti sekolah sudah mengakhiri penghujungnya. Akhirnya,.. Sekolah, tunggu saya ya! Tinggal sehari sahaja lagi. Tak sabar hendak berjumpa dengan kawan-kawan di sekolah, dan juga untuk menerima results pertengahan tahun. Namun, ada banyak perkara yang perlu dirancang untuk bulan Jun yang singkat ini. Insya-Allah, Dia akan permudahkan segalanya. Amin.

Untuk awak berempat (anda tahu siapa anda..kalau baca post ini), saya minta maaf berjuta sebab skipped latihan di sekolah. Maaf sangat-sangat. Bukan sengaja duh.. Memang ada hal penting yang lebih penting daripada pergi latihan tu (okey, serius, betul~!).

Untuk awak, orang Labuan, i'm waiting for 'oleh-oleh' that you promised. Tak sabar ni. Hehe.. Sabar sajalah ada kawan macam ni kan? ~> refer untuk diri sendiri.

Pasal resensi buku tu, rasa macam memang tiada mood langsung untuk sesi resensi ni. Sungguh. Ini mungkin entri terakhir untuk bulan Jun di blog saya. Maaflah, entri terakhir merupakan entri merapu.


Tomorrow is another day

Ayat di atas ni merupakan salah satu favourite saya. Ringkas dan memberi makna yang mendalam. Kredit untuk Margaret Mitchell dalam bukunya Gone With the Wind. Suka sangat baca buku ni, dua jilid nipis yang membawa kerutan tidak puas hati terhadap ending. Teringat pula kepada novel-novel Imaen yang mempunyai ending yang 'memaksa' pembacanya membuat konklusi sendiri.


best.. you should read it.

Saya bacanya tahun lepas, zaman rajin-singgah-ke-perpustakaan-sekolah. Resensi? Urmss.. Lain kali sajalah.


Nota; sudah diberi amaran bahawa entri ini entri merapu, kenapa anda baca juga?!




Thursday, June 2, 2011

Untuk awak



Awak,
Kita kawan kan?
Kita pernah bekerja bersama-sama
Kita berkongsi ketawa bersama
Berkongsi untuk menangis; mungkinkah?

Mungkin tidak
Sebab awak tidak mahu berkongsi
Awak menangis
Tapi awak tidak sanggup berkongsi dengan saya
Kata awak;

Kalau diceritakan pun tiada siapa yang boleh bantu
Hasilnya sama sahaja

Dan awak terus menghamburkan tangisan
Disaksikan oleh saya
dan mungkin dia; teman yang lain

Awak,
Saya sayang awak
Ingat tak,
Dahulu awak pernah bersungguh
Menasihati saya supaya kuat, tabah
Saya banyak belajar daripada awak

Awak,
Kenapa tiba-tiba awak berubah?
Mana diri awak yang dahulu?
Diri yang dahulu
Sentiasa memperjuangkan apa yang kita percayai bersama
Diri yang dahulu
Penuh semangat dan berkobar-kobar mempertahankan
Apa yang kita pegang bersama
Diri yang dahulu
Tegas dengan pendirian



Awak,
Awak sengaja menjauhkan diri daripada saya, ya?
Menjauhkan diri daripada kami?

Awak,
Kami sayang awak
Kami cuba tolong awak
Tapi awak tepis dengan dingin
Kata awak,
Awak tidak perlukan kawan dalam hidup awak

Awak,
Saya minta maaf.
Salah sayakah, awak berubah?
Salah sayakah, awak bersikap dingin seperti ini?
Awak, maafkan saya.

Awak,
Saya sayang awak
Jom kita kembali semula pada waktu ketika dahulu..
Bukan sekadar berkongsi suka,
Tetapi juga berkongsi duka.

Awak,
Saya tahu awak cuba untuk berubah
Dalam diri awak,
Awak rindukan diri awak yang dulu kan?
Saya juga rindukan diri awak yang dulu.

Pulanglah,
Saya sayang awak, teman..
Kita masih lagi kawan, kan?


KHAMIS , 2 JUN 2011
21:50

Wednesday, June 1, 2011

Yang ada dalam diri setiap manusia;

Pada suatu hari yang menyimpan seribu resah...

"Boleh jawab paper tadi?" soal seorang teman; Baya. Saya senyum.

"Alhamdulillah, tapi tak boleh lawanlah Baya." Jawabku sambil ketawa. Sememangnya dia itu seorang yang pintar. Wajah dia berubah.

"Awak tahu tak H, banyak benda yang saya tak boleh lawan awak." Bidas dia sambil berlalu, masuk ke dalam dewan makan. Ketawa saya terus mati.




Kelebihan diri

Kadang kala kita masing-masing pernah terfikir.. Bestnya kalau jadi macam orang tu..

"Bestnya kalau boleh jadi kaya macam Bill Gates.. Jadi kaya macam Donald Trump.. "
"Bestnya kalau dapat pinjam otak si fulan yang cerdik tu.."
"Kalaulah wajah aku ni kacak macam Brad Pitt.."
"Kalaulah wajah aku ni cantik macam H.. eh silap.. macam Maya Karin.." ;p

Well, manusia. *geleng kepala*

Saya rasa bertuah sangat sebab dikelilingi kawan-kawan yang mempunyai sifat dalaman yang tidak semua orang nampak dengan mata kasar. Secara luaran sahaja, orang tidak akan nampak dan mengenali seseorang itu dengan dekat.


Saya kagum dengan seorang teman yang saya kenali sejak tingkatan 1. Namun kenal hanya sekadar kenal, walaupun banyak tingkah laku dia yang saya sudah hadam, tidak semestinya itu membuktikan itu dirinya yang sebenar. Tahun lepas dan juga tahun ini, saya masih lagi sekelas dengan dia.

Dari luaran dia seorang yang biasa-biasa aja. Seorang yang kadang-kadang cepat panas baran dan tidak pedulikan perasaan orang lain.. tetapi dia merupakan seorang yang rajin. Dan tabah. Bertanggungjawab. Sesuatu dalam dirinya yang sukar ditemui dalam diri orang lain.

Dia seorang anak sulung. Baru-baru ini ayahnya dihidapi strok, dan dialah yang bergilir-gilir dengan ibunya menjaga ayahnya yang sakit di hospital. Dialah yang tolong memasak di rumah untuk adik-adik kecilnya. Menjaga rumah sewaktu ibunya berada di hospital.

Kini alhamdulillah, ayahnya sudah pulih dan boleh berjalan. Dia seorang yang biasa, tetapi mempunyai semangat yang luar biasa. Subhanallah. Ujian yang hebat untuk gadis seperti dia.

Pernah dahulu, dia merungut tentang dirinya yang pencapaian akademik berada pada paras sederhana, dan sering membandingkan dirinya dengan orang lain. Sedangkan, dia tidak sedar bahawa dalam dirinya itu mempunyai nilai yang lebih baik daripada orang yang dibandingkannya itu.


Setiap orang mempunyai kelebihan diri sendiri. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Mereka ada kelebihan diri mereka masing-masing, yup. Kita juga. Dia lebih bijak? Lebih cantik? Kaya? Peramah? Petah berhujah di hadapan?

So what?

Anda pernah terfikir ingin menjadi seperti si fulan, namun dalam kita tidak sedar, si fulan mungkin pernah terdetik ingin jadi seperti anda. Siapa tahu?

Just improve yourself.. To be a better person..



Kekurangan diri

Manusia penuh dengan kelebihan, juga penuh dengan kekurangan.

"Laws are made by people and people are wrong."

Undang-undang itu dibuat oleh manusia, dan manusia itu tidak dapat lari daripada kesilapan. Itulah kata-kata yang menyentak hati saya apabila menonton drama bersiri Fairly Legal. Kata-kata daripada watak Kate.

Kita mesti ingat, sebaik mana pun orang itu, dia masih seorang manusia. Hatta dia itu seorang kawan, ibu, ayah, ketua, pemimpin, ulama' sekali pun; mereka masih seorang manusia biasa yang sering cenderung melakukan kesilapan. Kita perlu ingat, seseorang yang sangat kita kagumi, dia sebenarnya cuma seorang manusia, dan apabila dia melakukan kesilapan, jangan cuba untuk menidakkan mahupun mencemuh.

Sebaliknya tegurlah dengan cara yang berhemah.

Adakah kita ini terlalu suci; tidak pernah berbuat dosa sehingga boleh mencemuh seseorang yang melakukan kesilapan?



Everyone has their own demon.


Bersyukurlah

Bukankah kita hidup ini saling melengkapi? Dan juga saling mendoakan (pinjam ayat seseorang).. Saya pernah terbaca di sebuah blog yang followernya ramai; dia ada menyatakan, (dia balas pertanyaan di formspring), "Dunia ini betul-betul tak adil, orang lain study sikit je, result gempak. Aku study hard gila, tapi result biasa-biasa aja." Lebih kurang macam tula ayat dia.

Ingin sekali saya kongsikan kata-kata keramat seorang guru yang saya pegang hingga hari ini. Kata beliau; "Ada orang yang usaha sikit je, tapi resultnya bagus. Ada orang yang usaha banyak; sungguh-sungguh tapi result biasa-biasa aja. Lebih untung bagi orang yang dapat result biasa-biasa tu, sebab pahalanya lebih banyak, disebabkan usahanya yang gigih. Orang yang usaha sikit, sikitlah pahalanya."

Lihatlah, hikmah yang ditunjukkan Allah.

Allah berfirman kepada malaikat-Nya:
"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya"






Whatever happens.. always turn to Allah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...