Wednesday, May 25, 2011

Never Forget

Sebenarnya saya ingin menulis tentang sesuatu yang lain. Namun ketika ini, hati dalam keadaan rawan.

Peperiksaan sudah selesai, alhamdulillah. Namun peperiksaan akhirat belum tentu. Hati yang dalam keadaan gundah, resah, gelisah.. bermakna hati itu perlukan santapan. Hayatilah melodi yang menyeru kita berzikir kepada Allah ini. Subhanallah, moga bergetarlah hati dan menangis ketika menghayati liriknya!


NEVER FORGET ~ MAHER ZAIN Ft. MESUT KURTIS




Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
(Nothing worthy of worship except Allah)

When youre walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of The Most High
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

Chorus

No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
Hes the Light of Heavens and Earth
Hes the first, and He is the last
Obey Him and always say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
Never forget to say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah



Thursday, April 28, 2011

Jalan mesti ke depan, bukan ke belakang

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Khamis, 21 April 2011

Hari ini saya tidak pergi ke sekolah. Bapa saudara saya meninggal dunia pagi tadi, accident.Mungkin kawan-kawan lain fikir saya tidak datang sekolah sebab takut kena denda berdiri atas meja oleh ustazah yang mengajar BAT. Buangkan prasangka tu ya!

Mati itu pasti. Moga roh beliau dicucuri rahmat-Nya. Amin. Hidup perlu diteruskan walaupun kehilangan orang tersayang, bukan? Kematian merupakan suatu ujian bagi keluarga si mati.

Balik kepada tajuk..

"Jalan mesti ke depan, bukan ke belakang."

Jika sesiapa masih ingat, ayat di atas pernah popular suatu masa dahulu yang diucapkan oleh seorang lelaki yang kudung sebelah kakinya dalam televisyen; dalam iklan Petronas.





Rintihan Hati



"Kak H, kita nak berubah tapi keluarga tak beri kita support pun." Seorang pelajar junior mengadu.

"Tak beri support? Macam mana tu?" Saya menyoal. Namun pelajar junior itu diam sahaja tidak menjawab.

Sebenarnya, setiap orang mempunyai keinginan untuk berubah. Sedar bahawa diri dipalit dosa. Namun, 'usaha' untuk berubah itu tidak cukup kuat untuk merealisasikan keinginan dan kesedaran yang murni itu. Banyak faktor yang menyebabkan keinginan untuk berubah tidak tercapai, salah satunya ialah keluarga.

"Saya nak berubah, tapi saya tak tahu hendak mula dari mana. Kawan-kawan saya semua lebih kurang aja."
"Saya kan jahat, buat baik pun orang pandang pelik."

Ayat di atas mungkin pernah dituturkan oleh sesetengah junior mahupun senior sendiri. Faktor kawan-kawan juga merupakan pengaruh yang kuat untuk melemahkan seseorang untuk berubah. Cuma satu sahaja pesanan yang saya juga terkesan, bahawa jika kita ingin berubah, kita perlu korbankan banyak perkara, benda, untuk mencapainya.

Kaitkan sahajalah kehidupan kita sebagai seorang pelajar. Penceramah motivasi pernah acap kali menerangkan, (murid tingkatan 3 dan 5 biasanya sudah lali dengan nasihat ni~!), jika kita ingin mencapai 8A atau 9A dalam PMR, 9A+, 10A+, 11A+ atau 12A+ dalam SPM, kita perlu mengorbankan banyak perkara! Masa, televisyen, novel, waktu main-main,... banyak perkara perlu dikorbankan untuk mencapai sesuatu yang 'tinggi' itu.

Begitu jugalah dengan 'berubah'. Ingat, kita ingin lakukan sesuatu untuk mencapai reda Dia, untuk berubah, untuk menjadi seorang yang lebih baik, untuk lebih dekat dengan Dia, Sang Pencipta.



Takut hilang kawan-kawan? Apa? Awak hendak ke berkawan dengan kawan-kawan yang melalaikan dan menjerumuskan awak ke arah kemungkaran? Jauh dari Dia? Macam tu?

Ingat, pilihan sentiasa di tangan kita. Tidak pernah wujud perkataan 'terlambat' untuk berubah. Sekarang kata-kata "Just be yourself" sudah lapuk dan tidak boleh 100% diikuti. Sebaliknya, amalkan yang ini;

"Don't be yourself, but improve yourself!"


Pandang ke belakang

Tidak semua orang mempunyai keluarga yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Namun, itu bukan alasan untuk kita menjadi seorang muslim yang sekadar tercetak pada kad pengenalan, atau hanya sekadar nama sahaja.

Walaupun kita berjalan seiring dengan waktu yang sering bergerak dan tidak pernah berhenti mahupun menoleh, kita tetap perlu pandang ke belakang; sekadar sekilas.

Pandang ke belakang? What for? Bukan ke kita tidak boleh menoleh kepada waktu yang telah berlalu?

Oh, itu sangatlah salah. Kita patut pandang ke belakang, kepada waktu-waktu yang lepas, untuk mengkaji, bermuhasabah, adakah kita menjadi seorang yang lebih baik, sama, atau lebih teruk dari hari yang sebelumnya? Bukankah kita perlu belajar daripada sejarah yang lalu? Yeap, anda lebih tahu.


Tersentak

Saya tersentak pada suatu hari, apabila seorang junior bertanya, "Macam mana perasaan jadi ***?" Saya tersenyum tawar sahaja, sebab sahabiah seperjuangan pun tidak pernah bertanyakan saya soalan tu. Mungkin ingin menjaga hati, segalanya mungkin.

Berkali-kali hati menjerit, akal berkali-kali menasihati, mata berkali-kali memecahkan kolam air, hakikatnya, hanya Dia yang tahu.

Saya juga manusia. Saya juga merasai kepahitan dan kemanisan untuk berubah. Jalanlah ke depan, mengerlinglah sekilas ke belakang.


Wallahu'alam.

Tuesday, April 12, 2011

Akukah itu?

Ini merupakan puisi yang saya hantar kepada majalah sekolah pada tahun lepas. Namun, mungkin puisi ini terlampau TIDAK SEDAP, jadi tidak disiarkan di majalah sekolah 2010. (huhuhu)..



AKUKAH ITU

Akukah yang salah
Membiarkan jiwa ini gersang terbelah
Membiarkan hati menerjang
Meraung kelelahan

Akukah yang lemah
Menghanyutkan diri di perahu
yang karam
Dek kealpaan mencengkam
Lemas dalam air yang kehausan

Akukah itu
Dalam kehinaan pabila
Kokokan ayam menjerit
Menjalar hingga berlabuhnya
tirai malam yang kelam

Sampai kapan
Aku harus begini
Membina tiang-tiang dosa
Membelit diri

30 Jan 2010, Sabtu
10.33 Malam.


(ya, saya tahu.. tajuknya ala-ala pelik dan tidak simbolik langsung kan? uhuh..)


Saturday, April 9, 2011

Happy Birthday to me?

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Akhirnya, dapat juga buka blogger! PC di rumah ni meragam sikit, bukannya salah internet. (=_=).. Semalam alhamdulillah, umur telah meningkat setahun. Masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Kepada kawan-kawan, senior-senior dan junior-junior yang dengan rajinnya menghantar wishes belated birthday kepada saya, saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih. Ingat juga dia orang kepada saya. Terima kasih, kepada mereka yang wish usainya selepas azan Maghrib, ada yang hantar mesej pada pukul 12.00 tengah malam, pagi 8 April tu, petang, mahupun malam, mahupun hari ini (^-^)..


Suatu petanda apabila umur seorang manusia itu meningkat; iaitu dia semakin menghampiri tarikh kematiannya. Kita semakin lama semakin tua, bukannya semakin muda! Insya-Allah, setiap hari saya berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang solehah dan insan yang sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Banyak perkara yang ingin diucapkan sebenarnya, namun masih ada beberapa perkara penting yang perlu didahulukan.

Nota;

1- sangat-sangat jealous kepada kawan-kawan yang ramai berpeluang pergi umrah tahun ini!

2- 'terasa hati' karya saya tidak disiarkan di majalah sekolah.. Hendak buat macam mana, nampak sangat puisi tu tak sedap! Nanti kalau saya rajin, saya siarkan di sini.

3- Insya-Allah entry yang bakal menyusul nanti saya akan berkongsi pengalaman sewaktu berkhemah di perkhemahan KRS peringkat negeri di Setiu, Terengganu baru-baru ini. Tak janji bila pula akan di-update ('-")


Wallahu'alam.


Saturday, March 12, 2011

Tsunami Diri

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.


Pernahkah terjadi dalam hidup anda apabila anda terpaksa membuat pilihan semata-mata kerana orang lain dan bukannya kehendak diri sendiri? Anda terpaksa menjadi diri yang anda tidak mahu dan sengsara dengannya? Pernahkah? Well, ketuk kepala dan soal diri sendiri.

Baru-baru ini satu dunia heboh tentang gempa bumi dan tsunami di Jepun dan amaran tsunami di beberapa buah negara termasuklah Malaysia. Semalam, seorang junior ada menghantar mesej kepada saya.

Kak H, tolong doakan saya sekeluarga di sini sebab tadi ada polis datang meronda kerana katanya berkenaan dengan amaran tsunami yang bakal melanda. Tolong doakan saya sekeluarga, Kak H. Mohon maaf segala salah dan silap.

Insya -Allah dia sekeluarga selamat sekarang memandangkan tiada mendengar berita bahawa Malaysia ditimpa tsunami. Bencana alam yang berulang.. seperti kejadian 26 Disember 2004 dahulu.



Tsunami Diri

Fokus saya di sini sebenarnya. Tsunami dalam diri. Berbalik kita kepada persoalan sebentar tadi.. Pernahkah anda membuat keputusan yang mengorbankan diri anda untuk memuaskan orang lain? .......

Kadang kala kita pernah membuat keputusan yang hanya memikirkan tentang diri kita sendiri sahaja tanpa memikirkan orang lain. Kadang kala kita membuat keputusan bersandarkan kepada diri dan juga orang lain. Kadang kala juga kita terpaksa membuat keputusan kerana bukan atas kehendak, tetapi disebabkan oleh keadaan sekeliling yang mendesak.

Setiap orang menginginkan yang terbaik untuk dirinya.. kalau boleh untuk orang sekelilingnya juga. Apabila suatu keputusan dibuat dan dilaksanakan, perjalanan takdir mula mencorak ke hadapan. Apa-apa sahaja yang kita lakukan pada waktu sekarang, akan mencorakkan siapa kita pada masa hadapan.

Orang luar hanya dapat melihat diri kita melalui fizikal luaran melalui first impression. Namun yang lebih mengetahui tentang diri kita hanyalah kita sendiri. Ada lagikah siapa yang lebih tahu tentang diri kita? Ada? Siapa?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [al-Baqarah: 216]

Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kita hidup di dunia ini bukanlah berseorangan. Kita ada ayah, ibu, keluarga, kawan-kawan, saudara-mara.. Kita bukan bersendirian. Kita diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Seseorang itu dapat menampung kelemahan seseorang yang lain. Melengkapi, bukannya memusuhi.


Pabila Ujian Menimpa

Saya hanyalah insan biasa. Punya kelebihan, juga punya kekurangan. Punya iman yang tidak tentu pasang surutnya. Saya bisa jatuh tanpa sokongan. Orang boleh berkata; "Dekatkan diri kepada Allah.".. Yeah, but it is easier said than done.

Jangan pentingkan diri sendiri!

Senandung William Shakespeare, " Jalan menuju kebahagiaan itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum melainkan penuh duri dan pahit."

Terima kasih kepada teman-teman yang berada di sisi memberi peringatan. Namun, saya lebih sukakan kritikan untuk membaiki diri ke arah yang lebih baik. Kadang-kadang orang lain lebih cepat menangkap kesalahan diri orang lain. Daripada cakap-cakap belakang dan membiarkannya menjadi barah dan dendam dalam diri, bukankah lebih baik jika diluahkan?

Hidup untuk berbakti biarpun dikeji.

Wallahu'alam.

Friday, March 11, 2011

Kenangan

Review catur peringkat negeri 2011
MSST KTU




Hadiri latihan berpusat selama 3 hari di SMK Manir. Berlatih dengan wakil-wakil KTU
dan cikgu sudah letak nama kena lawan campur lelaki perempuan. Nasib baik saya dapat
yang kategori L12. Kamal dan Fakhruddin. Budak-budak yang cute. Si Akif yang darjah 5 tu tak
memang betul-betul mengganggu konsentrasi. Mulut dia tu memang tidak boleh duduk
diam betul. "Aku lama dah nak lawan dengan mu, baju biru.".. Haha! Itu yang diucapkannya
selepas saya kalahkan Kamal dan Iqbal semasa berlatih. Harapkan si Akif tu budak je.. Kalau tak..





Ketika dalam bas, dalam perjalanan ke Kemaman, menginap di SMK Chukai. Dalam bas, salah
seorang guru pengiring kami, Cikgu Hani berlawan catur dengan si budak Kamal tu, atas lantai
bas! Huhu.





Di pagi hari.. Hari kedua perlawanan catur berlangsung. Ini semua wakil KTU kategori
P12, P15 dan P18.





Inilah baju KTU tahun ini.. Aargh.. tak suka betul warna pelik dia tu. Macam jersi bola!
Sebelah baju tu terdapat beg kecil yang dibawa setiap kali berlawan catur.
Novel VT milik Na yang menjadi pengisian jiwa ketika di sana.





Malam kedua, kami singgah di The Store! Naik bas, singgah sini cuci mata aja.
*Lagipun apa sangat yang ada*





Bawa agama.. agama.. Alhamdulillah, kami solat berjemaah sepanjang 3 hari
di Kemaman.





Malam terakhir di Kemaman.. Esokannya ada dua lagi game. Cikgu-cikgu bawa kami ke restoran untuk makan-makan.





Ustaz Yusuf pun ada. Guru-guru bersantap.





Bergambar di jejantas SMK Chukai yang menyambung laluan asrama dan sekolah.
Hari terakhir.




Last game.





Majlis penutup yang sempoi aja.





Alhamdulillah, walaupun tidak dapat mara ke peringkat kebangsaan, dapat juga
menang tempat ke-3 kategori berpasukan P18.





Bertolak pulang~!





Singgah di Popular, dalam Mesra Mall di Kemaman. Cuci mata aja. Tidak ada duit lebih.


Pengalaman dan kenangan yang disimpan untuk dikongsi dan dijadikan
memori kehidupan. Insya-Allah. Sengaja siarkan gambar kecil aja.
Kira nampaklah tu daripada tak nampak langsung. Oh ya, di bawah ni
gambar 3 orang budak nakal tu.

Dari kiri; Akif, Kamal dan Fakhruddin.


Pesanan untuk adik-adik semua; semoga dapat lagi mewakili KTU ke peringkat
negeri untuk tahun hadapan. Kami sudah tiada tahun depan (nada sedih).


Friday, February 18, 2011

Exam and Chess

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Baru-baru ini pergi wakil untuk sekolah ke peringkat daerah berlawan catur. Alhamdulillah, dapat mara ke peringkat negeri insya-Allah pada hari Khamis minggu hadapan. Sedihnya, Na tidak dapat pergi sama =(.. Buat yang terbaik untuk catur ASAT nanti ya, Na. Insya-Allah, tahun ini akan ada ASAT. Empat orang dari sekolah bumi wakaf ini yang dapat mara ke peringkat negeri, alhamdulillah.


Pasal exam.. urgh.. Kena ganti balik hari untuk papers yang belum dijawab. Okey, periksa lewat daripada oranglah jawabnya. Tapi minggu depan nampaknya aktiviti penuh aja seminggu. Sukantara, MTQ, sambutan Maulidur Rasul dan termasuk dengan latihan berpusat catur di sekolah lain. Jadi, kena fokus pada hari Ahad dulu.


Perlawanan Catur


[credit]

Ingat nak main catur ni senang aja ke? Untuk yang last game penentu, memang sudah rasa seram sejuk. Sehinggakan Cikgu Rohaya kena tenangkan saya. Malu betul. Alhamdulillah, boleh menang last game dengan izin Allah. Memanglah, sekecil-kecil perkara pun kita kena relate dengan Allah. Catur mengajar saya banyak perkara terutamanya pada tahun lepas.

Tahun lepas saya masih ingat lagi, last game saya berlawan dengan seorang pelajar berasrama penuh kaum Kadazan-Dusun beragama Kristian di meja ketiga. Dia seorang yang sangat friendly dan gla-gila.

So, I do my best and alhamdulillah, I won that last game.

Tahun ini untuk round yang kelima, bertemu dengan gadis India yang juga cukup friendly. Tahun lepas juga nampak dia dalam perlawanan catur tapi tidak bertembung untuk berlawan bersama. Tahun ni nampaknya bertemu untuk game kelima iaitu satu round sebelum round akhir. Selepas menang dengan dia, kami borak-borak dan berlatih sama-sama. Saling mengajar trick dalam catur. Alhamdulillah, boleh tambah kenalan memandangkan kami bertukar nombor.

Saya rasa ramai yang sudah baca novel VT, karya Hilal Asyraf? Menceritakan tentang sukan bola tampar yang memasukkan unsur agama dalam bersukan. Tapi saya belum sempat membacanya apatah lagi memilikinya.


Selamat Ulang Tahun
Untuk teman jauhku, Darunee Tan Chiang Yen, selamat ulang tahun ke-17. Do the best for SPM this year. Our friendship will never die, insya-Allah.


Wallahu'alam.


Tuesday, January 25, 2011

Mencari

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Peristiwa pada suatu ketika..

jalan mana yang hendak ditempuh?


“Saya suruh awak tukar kelas kan baru-baru ni? Kenapa tak tukar?” soal guru tuisyen Kimia itu.

“Saya tak ambil Bio cikgu. Saya ambil Sains Perakaunan.” Terang saya. Saya ambil subjek Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan, namun tidak ambil Biologi sebaliknya subjek Prinsip Perakaunan.

“Akaun? Awak nak jadi apa bila besar nanti?” Soal guru itu lagi. Saya jeling si Raish di sebelah, konon-konon tolonglah kawan dia seorang ni!

Tak tahu, cikgu.. Saya tak tahu nak jadi apa..

Dalam nada yang rendah, saya jawab “Bisnes.” Salah satu yang memang cita-cita saya, namun belum mempunyai perancangan yang rapi. Hendak berniaga apa pun saya kurang pasti. =(

“Ambil Akaun tidak semestinya untuk belajar bisnes. This is another mistake that make by students. Kalau awak ambil bidang Buisness Administration @ BMA di universiti nanti, bukannya bermakna awak boleh buat bisnes tapi awak bekerja di bawah orang yang buat bisnes. Kalau nak buat bisnes pilih course yang awak jadi bos, bukan bekerja di bawah orang.” Kemudian cikgu itu pergi ke hadapan kelas lalu sambung cerita tadi. Kisah pasal anak muridnya yang ingin jadi doktor kemudian pasal kisah silamnya dahulu ketika awal-awal berjinak dalam bidang bisnes.

Balik ke rumah, saya masih memikirkan tentang soalan cikgu tadi. Nak jadi apa ni, Han? Haish.. parah ni. Betullah kajian yang mengatakan bahawa remaja sekarang 80% daripada mereka tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk ke destinasi yang mana setelah tamat zaman persekolahan.

[credit]

Esokan harinya di tuisyen yang sama, saya sedang menunggu ayah setelah habisnya kelas. Guru kimia itu kebetulannya berada di luar pusat tuisyen itu dan beliau bersembang dengan saya mengenai course apa yang patut diambil. Cadangnya saya boleh buka kedai optometris atau lepas SPM beliau syorkan saya ambil TESL. Tapi Bahasa Inggeris memang kena score.

Hrmss.. Nak jadi apa ni? Baru-baru ni sudah pergi TTC yang terdapat pameran “Jom Masuk U” yang terdapat booth universiti-universiti seluruh negeri dalam Malaysia. Hampir semua beg free dirembat termasuklah pamplet yang diberi. Balik rumah, saya baca satu-satu pamplet mengenai course yang berkaitan. Namun masih belum ada yang menarik minat di tangkai hati.

How about law?

Erm.. maybe..?

Kata Raish; “Kita jawab SPM dengan usaha sungguh-sungguh dulu, dapat result nanti kita akan dapat tawaran. Kita akan sambung course berpandukan tawaran yang kita dapat tulah.”

Boleh juga tu.. Tapi saya kurang bersetuju. Hati saya masih mengatakan tentang perniagaan.. Tapi tidak tahu ingin niagakan tentang apa?

[sekurang-kurangnya mereka tahu mereka ingin jadi apa..]


Nota; umi suruh ambil farmasi.. and what?? No!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...