Friday, November 20, 2015

Soft-Alpha Female

Eh, sudah masuk 3rd year. Kalau course lain kebanyakannya tahun tiga ni dah final year, tapi nak buat macam mana, course kami ni 4 tahun, sementara lihat orang lain grad nanti, masih ada lagi setahun baki belajar. Sobs.

Sebelum ini ada ceritakan di sini bagaimana saya dapat masuk ke universiti yang saya belajar sekarang, tapi take it down balik entri tu, sebab pengalaman tu saya rasa macam private sangat. Haha. Tunggu habis belajar kemudian dapat capai apa yang nak, insya-Allah akan letakkan balik entri tu. Sementara timbul rasa rajin nak menaip kat sini, jadi nak sampaikanlah... apa yang nak disampaikan.

Kelas Jurisprudence

Jurisprudens atau jurisprudence merupakan subjek wajib semester ini bagi pelajar tahun tiga. Dalam kelas ni kami belajar banyak aliran pemikiran seperti falsafah-falsafah daripada tokoh-tokoh Naturalist, Positivist, Morality dll. Subjek yang menarik bagi sesiapa yang minat mengenai falsafah dan juga aliran pemikiran. Melalui kelas ini tahu la pasal tokoh Hart ni soft-positivist, sebab dia bukan 100% hardcore kepada positivist.

Kemudian lepas belajar pasal benda ni adalah seorang kawan ni melabelkan saya ni soft-feminist dan soft-liberalis hahahaha. I'm off labelling myself. For sure (>_<)


Jadi sebab itulah rasanya tajuk entri ni "Soft-Alpha Female". It seems fit. And I think for those who shared the same characteristics will agree.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...