Sunday, July 5, 2015

Let. It. Go.

Ain't it funny.

For so many times I assured myself, that I'm ok with that, seriously. Definitely. I learned my lesson well, I guess. But then yeah, I thought I had move on, until last week, I affirmed myself, for this last time, that I want to let it all go. The past is past. I'm a realistic person. And if you have a good intention, be honest with me. If not, please be gone. I don't want to waste my time in guessing this and that. Don't leave people hanging, if you understand what I mean.



If Allah give me a long life to finish my studies and to pursue my dreams, then the between periods is for me to focus basically on that, for the next few years. I cannot make promises. I don't want to give a false hope either. I have other more important priorities, that is, to spend my time with my parents as a daughter, to practice in my field, and after a few years of working, I expect to pursue my master outside of Malaysia, if JPA willing again to sponsor my studies, inshaAllah.

But yeah, this is basically the plan, we never know how the outcomes according to His plan. I'm just striving as best as I could. The rest is solely rely to Him.


Saturday, July 4, 2015

Ramadan 1436H

Catatan Ramadan #1

Awal ramadan tahun ini disambut bersama dengan paper criminal law II. Ini merupakan ramadan kedua berpuasa di perantauan (perantauan sangat uolls). Kali pertama sewaktu berada di UiTM Shah Alam ketika mengambil Asasi Undang-Undang. Berbuka puasa ketika 1 Ramadan sewaktu asasi merupakan kenangan yang sangat kelakar sebenarnya, sebab berbuka di tepi jalan haha. Masa tu tak tahu yang gerai di DC (tempat biasa pelajar beli makanan) langsung tiada yang buka. Masa tu dah nak pukul 7 petang, cepat-cepat jalan kaki keluar uitm pergi mana-mana restoran untuk tapau makanan. Dalam perjalanan balik ke kolej, azan berbuka berkumandang. Lalu berbukalah kami di birai jalan menuju ke kolej mawar, lulz. Zaman asasi dulu berbuka dengan kawan-kawan geng surau di surau kolej, setiap hari.



Ramadan kali ini, sempat seminggu berpuasa di universiti. Ramadan pertama berbuka puasa di masjid ukm, makanan disediakan di dalam talam. Nostalgia sangat bila berbuka makan dalam talam, teringat zaman tinggal di asrama ketika di sekolah dan juga program-program qiyam anjuran pengawas.

Berbuka puasa di masjid dapatlah berkenalan dengan kenalan baru, makan bertalam kan. Saya ni turun berbuka di masjid seorang diri je, memang buat kawan baru la, berkenalan dengan rakan-rakan daripada fakulti lain. Hari pertama tu berjumpa dengan seorang mak cik, bersembanglah. Mak cik tu cakap setiap kali bulan Syaban dan Ramadan, dia memang akan beriktikaf di masjid ukm ni, berbuka puasa dan terawih sekali kat sini. Rumahnya dekat sekitar Bangi sahaja. Begitu bersemangat sekali beliau menyambut kehadiran Ramadan, hari pertama berbuka sudah berjumpa dengan insan yang memberi suntikan dan sentuhan mengenai Ramadan, masha-Allah.

Ramadan kali ini memberi banyak ruang untuk bermuhasabah sebenarnya, sebab dalam mode exam, jadi banyak menyendiri sama ada di bilik atau di masjid sahaja tempat berulang-alik, selain dewan peperiksaan kami di Panggung Seni. Reflek kembali apa yang telah dibuat sepanjang semester ini, adakah waktu telah dimanfaatkan sepenuhnya, banyak perkara lagha yang dibuat ke berbanding perkara bermanfaat. Tapi bila reflek balik, haih =='


Diskusi

Habis paper hari Selasa, terpaksa tunggu hari Jumaat untuk balik rumah, sebab balik sekali dengan ayah. Ramadan kelima kut tak silap, buka perbincangan fasal falsafah dengan kawan-kawan Sains Politik ni. Daripada isu falsafah ketuhanan, sunni-syiah, khusyuk dalam ibadah, isu budak law kerek berlagak blablabla haha lepas tu masuk isu politik. Macam-macam. Memang suka diskusi ilmiah (kalaulah boleh dikatakan ilmiah, lol) macam ni, bila kita berjumpa dan bertembung dengan pendapat dan cara berfikir yang berlainan dengan kita, kita akan lagi banyak belajar dan memahami.

Dan daripada sini juga belajar, bahawa tahap pengetahuan atau ilmu yang dicapai, kadang-kadang tidak membuatkan seseorang itu maju dari segi karakter. Bukanlah ingin mengatakan orang yang berilmu tidak maju, bukan, cuma kayu ukur setinggi mana ilmu seseorang itu tidak menjamin karakter yang kita bayangkan. Saya cukup hormat terhadap seseorang yang mempunyai pandangan dan banyak membaca, tapi ilmu itu menjadi sia-sia apabila kita tidak mempraktikkannya, bukan begitu?



That's why I agreed to a quote that; Intelligent people impress me, but I like kind people more.


Kembali ke sekolah

Ada seorang kawan sekolah ajak untuk mengajar di sekolah menengah dulu, bagi kelas tambahan untuk pelajar tingkatan 5. Subjek yang akan diajar hanya tiga subjek kritikal iaitu subjek matematik tambahan, kimia dan bahasa arab. Ternganga sekejap, sebab dah tinggal lama sangat tiga-tiga subjek tu, pelik jugak kenapa approach saya yang sedang sambung ijazah bahagian undang-undang untuk pilih antara tiga subjek ni. Memang kena study balik la nampaknya. Dan saya pilih subjek kimia, kerana terasa yang itu jelah kut paling dekat antara ketiga-tiga subjek yang diberi pilihan.

Sudah empat tahun meninggalkan bumi wakaf sekolah. Amat kagum dan berterima kasih kepada kawan-kawan batch kami yang mengemukakan cadangan untuk membuat kelas tambahan kepada pelajar tingkatan 5 ini.



Namun sebelum saya tahu mengenai perkara ni, sebenarnya telah berniat untuk buat attachment sepanjang dua bulan cuti semester ni di sebuah firma guaman. Resume telah pun dihantar, cuma menunggu keputusan sama ada dapat ke tak. Jadi sementara menunggu tu saya pun sertai saja mengajar adik-adik buat kelas tambahan pada waktu petang, namun selepas sahaja seminggu, firma guaman tersebut buat panggilan, sudah boleh mula masuk hari Isnin ni, memandangkan Ahad cuti umum sempena Nuzul Quran. Rasa sedih pula tak dapat nak panjangkan lagi untuk mengajar adik-adik tingkatan 5.

Berkenalan dengan adik-adik, tak sangka masih ada yang ingat kakak mpp diorang ni haha. Sewaktu batch kami tingkatan 5, mereka baru sahaja tingkatan 1. Jadi kalau tak kenal pun memang tiada hal. Ketika taaruf, mereka bertanya macam mana kehidupan di universiti, mengenai bidang-bidang yang ditawarkan, macam-macam lagi. Bersemangat. Subjek kimia sekarang sebab cikgu ramai yang bertukar sekolah, dan ada guru yang tidak sihat, menyebabkan mereka sedikit ketinggalan. Buat latihan kimia sama-sama, sama-sama belajarlah, sebab saya pun kena belek kembali buku Kimia dan buat research sikit di internet. Sekarang mereka belajar subjek kimia dalam bahasa melayu. Setiap pelajar dibahagikan dalam tiga kumpulan (kami hanya mengajar pelajar asrama), dan setiap kumpulan akan ada dua orang daripada kami yang akan mengajar. Nanti saya tiada, pasangan saya tu keseoranganlah jawabnya, hehe tapi insyaAllah dengar khabarnya ada lagi ex-student batch lain yang turut ingin menyertai tuisyen tambahan ni. Moga usaha kalian diberkati oleh Allah dan diberi ganjaran berganda dari-Nya, amin :)



Catatan Ramadan selepas ini nampaknya berkisarkan di tempat attachment pula, nervous lah.


Friday, July 3, 2015

Cuti Semester

Tamat sudah semester empat, alhamdulillah :)

Maksudnya lagi dua tahun tersisa untuk tamatkan ijazah, moga dipermudahkan segalanya. Tahun dua kali ini banyak buat kerja gila sebenarnya, tapi terhad sangat join aktiviti luar universiti, sebab kononnya busy sangatlah, dan tak ada geng nak ajak haha. Beberapa perkara yang berlaku sepanjang tahun dua:

1- Kembara Kami (homeless project). Program ni dianjurkan oleh kawan kepada kawan. Projek ini menarik sebenarnya sebab kalau tak ada orang yang anjurkan pun kita boleh guna inisiatif sendiri, dengan syarat ada sumbangan. Menggunakan duit sumbangan yang disumbangkan oleh Kementerian Pelajaran, kami dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan, dan setiap kumpulan diberikan RM200. Duit itu bebas digunakan oleh setiap kumpulan untuk membeli barangan atau makanan kepada target warga jalanan seramai yang mencukupi dengan apa yang dibeli. Kumpulan kami ni memang pusing KL, siang-siang hari jarang jumpa homeless, biasanya projek jalanan ni ramai yang buat malam, sebab bila malam baru nampak betapa ramainya warga kota yang tak berumah di KL.




2- Semester empat buat kerja gila ambil dua subjek elektif. Sebenarnya fakulti menghadkan untuk ambil satu elektif sahaja untuk satu semester. Niat ambil dua elektif ni sebab lagi satu elektif tu tiada final exam, hanya assesment. Subjek Introduction to Advocacy, lebih kepada mengajar pelajar untuk mooting dan legal writing. Rupa-rupanya satu subjek ni pun dah gila dibuatnya, hanya Allah sahaja yang tahu betapa macam mana kami survive subjek ni hingga ke akhirnya. Tapi alhamdulillah sangat-sangat, subjek ini sangat membantu, dapat rapat dengan kenalan satu batch yang tak berapa rapat pada awalnya, dan memang mengajar kami ni untuk baca betul-betul kes-kes penuh antarabangsa. Dan kumpulan kami dapat anugerah 'best memorial' untuk written submission walaupun tak dapat masuk final untuk oral submission.



3- Kena handle program Mock Trial dan Dinner fakulti. Ini memang tradisi setiap tahun, pelajar tahun dua fakulti yang perlu buat. Pegang jawatan bawah-bawah je a.k.a. kuli je haha. Bila buat program ni kita akan dipersembahkan dengan banyak karakter sebenar kawan-kawan dan juga seniors yang kita perlu hadapi dengan profesional. Namun pastinya kebiadaban tu susah sikit kalau nak hadapi dengan sikap profesional, seriously. Ada orang yang berlagak kau-mesti-ikut-cakap-aku-seorang-je dan kemudian bila banyak sangat arahan kita tak tahu nak ikut yang mana satu. Kronism lagi. Macam-macam hal. Tapi memang rasa lega sangat-sangat bila dah habis program. Belajar untuk tidak berperangai sebagai mana kita tak mahu orang lain layan kita dengan tidak elok adalah peraturan teratas dalam melaksanakan program (golden rule).



4- Kena bash dengan seniors. Hahaha. Ok, ni paling tak lawak sebenarnya. Dan saya mengaku memang salah saya pun sebenarnya, benda yang berpunca daripada status twitter kemudian diperbesarkan. Baru faham bagaimana sebenarnya perasaan kena cyber bullying. Dan nama famous tetiba, eh, infamous. Dan saat ini belajar rupanya orang lebih ramai suka jump to conclusion dan bersangka buruk terlebih dahulu berbanding dengan confront depan-depan. Jadi moralnya, tweet tu perlulah protected ya. Dan jangan melayan aura negatif di sekitar anda! :)


.
Jadi lebih kurang begitulah jalan ceritanya semester tiga dan empat, dan banyak yang haru biru pada semester empatlah. Kiranya harapnya dah kalihlah kalau hadapi keadaan-keadaan di atas. Sekarang dah cuti semester, sudah Ramadan. Rancangan Ramadan dan cuti semester yang senggang ni? Nanti la kalau rajin kite update lagi yek :))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...