...sambungan cerpen Unknown Draft yang dahulu.. tapi cerita ini saya karang sewaktu sekolah menengah.. Mungkin time tingkatan 3 atau 4. Lupa.
Kecantikan yang abadi ialah
pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan
pakaiannya.
-HAMKA-
Kata-kata yang dihantar
lewat emel gadis yang bernama Sulaim dari Jeddah itu mengisi ruangan inbox emelnya. Seperti biasa, dia
akan save di dalam Microsoft worddan apabila koleksi
kata-kata itu memenuhi ruangan sehelai kertas A4, dia akan printdi kafe siber Uncle Chong dekat-dekat sini aja. Uncle Chong yang peramah itu,
jarang berada di dalam kafe siber miliknya sekarang. Khabarnya, anak-anak
lelakinya yang boleh diharap itu yang mengambil alih. Anak lelaki Uncle Chong yang dia kenal hanya
si Chuan seorang itu sahaja, yang sebaya dengannya. Malahan mereka menuntut di
sekolah yang sama. Chuan itu seperti bapanya juga; fasih berkomunikasi bahasa
melayu.
"Ayong, cepat turun ke
dapur. Sarapan dah siap." Ujar suatu suara halus seorang gadis di luar
pintu biliknya lalu disertakan dengan ketukan kecil.
Bertuah punya budak.
Bersuara dahulu kemudian baru ketuk pintu. Omelnya dalam hati.
"Ya, aku turunlah
nanti." Jawab Rauf, tenang. Kenal sangat dia dengan
suara halus tu. Anak cina celup tulah... Tidak sukanya dia apabila gadis itu
menumpang rumah keluarganya. Amboi Rauf, dia itu juga sebahagian daripada
keluarga kamu!Tapi
aku dan adik-adikku tiada pertalian darah dengannya. Itu pasti. Kenapalah ibu
begitu baik hati memberi gadis itu menumpang di sini.
Dia yang hanya berseluar track, menyarungkan t-shirt
berwarna hijau pucuk pisang yang kosong sahaja tanpa corak dan berkolar.
Tangannya pantas memulas tombol pintu biliknya dan keluar. Kakinya pantas
menuruni tangga dan menuju ke dapur. Dalam perjalanan menuju ke dapur, dia
terserempak dengan adiknya, Yaya.
"Selamat pagi semua..
Yaya tertidur kat atas tadi.. Nasib baik Awa kejutkan.
Terima kasih ya Wa." Ujar Yaya pantas apabila masuk ke dapur. Yaya
mengambil tempat duduk di sebelah gadis anak cina celup itu yang kosong lalu
mengukir senyum bagi gadis tersebut.
Sebuah meja makan segi
empat yang diperbuat daripada gentian kaca berada memanjang di bahagian tempat
makan, berdekatan dapur. Terdapat sepuluh buah kerusi kayu yang berwarna hitam
di sekeliling meja makan. Ayah sebagai kepala keluarga tentunya duduk di
bahagian kerusi perseorangan di bahagian hujung meja makan sambil membaca surat
khabar. Ibu pula duduk sebaris dengan Yaya dan anak
cina celup itu.. Rauf asyik menyebut gadis itu sebagai 'anak cina celup'
sahaja.. Padahal gadis itu juga punya nama. Namanya apa ya? Yang dia tahu nama
depannya Arwa. Nama belakangnya apa entah. Bukan hal dia yang perlu sibuk-sibuk
tahu.
Rauf duduk berhadapan
dengan ibunya. Kelibat dua orang adik lelaki kembarnya baru tampak kelihatan.
Si Alang dan Achik. Nampak macam baru bangun tidur. Mesti tidur selepas solat
Subuh berjemaah tadi. Sememangnya menjadi kebiasaan keluarga ini untuk solat
Subuh dan solat Isyak berjemaah di rumah. Bagi waktu solat yang lain jarang
berjemaah di rumah kerana ayah bekerja. Ibu pula ke sekolah, mengajar. Mereka
biasanya pulang pada waktu petang. Dia pula sengaja pulang lewat ke rumah,
menghabiskan waktunya di sekolah.
Namun pada waktu cuti
sekolah begini, tentulah ibu tidak lagi ke sekolah. Begitu juga Rauf dan
adik-adiknya. Namun ayahnya langsung tidak 'bercuti'. Maklumlah, arkitek
katakan. Rauf menilik adiknya, Yaya.
"Yaya, ikat sikit
rambut tu boleh tak? Serabai, buat orang tak selera makan
ajalah." Komen Rauf sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah rambut
Yaya yang keriting menggerbang paras bahu. Yaya mulai memasamkan mukanya.
"Ayong ni
asyik-asyik dengki dengan rambut Yaya." Marahnya.
"Betul cakap abang
kamu tu, Ya. Lain kali ikatlah rambut tu, dah tahu macam
tu." Ayah menyampuk. Muka Yaya bertambah masam. Arwa di sebelah Yaya yang
bertudung kemas berwarna kuning lembut kosong itu menyembunyikan senyum. Si
kembar Alang dan Achik diam sahaja, tidak menyambung usikan Rauf seperti biasa.
"Semua dah ada kan?
Ayong, baca doa makan." Arah ibu, cuba meredakan keadaan. Rauf hanya
tersengih. Sedari tadi lagi kecur air liur melihat nasi goreng cina yang
dihidangkan di atas meja makan ini berserta kopi pekat di dalam teko yang
mengewap itu. Lalu Rauf menuruti arahan ibunya.
Sedang masing-masing enak
menikmati air tangan ibu, ayah berdehem kecil sambil memandang kami semua.
"Awa, tahun depan
duduk sini terus aja ya. Boleh temankan Yaya study sama-sama. Ayong ni pun
ada, boleh jadi tutor ajar Awa dan Yaya." Ayah bersuara. Hampir tersedak
Rauf dibuatnya. Arwa yang perasan akan hal itu menjelingnya sekilas.
Apa? Nak cari gaduh? Balas
Rauf dalam hati apabila terlihat Arwa menjelingnya tadi.
"Nanti hujung minggu Awa
bolehlah balik rumah Mama." Sambung ibu pula. Aishh.. Nampaknya ayah sudah
berpakat dengan ibu. Tahulah yang Yaya dan Arwa tu PMR tahun hadapan. Dia pun
ada peperiksaan besar juga tahun depan. Lebih besar daripada mereka lagi; SPM!
Nak suruh dia jadi tutor
Yaya dan anak cina celup tu? Huh, silibus menengah rendah sudah lama dia buang
di luar kepala. Mungkin ada yang dia ingat sikit-sikit. Kalau disuruh mengajar
Sains dan Matematik, bolehlah juga. Tapi kalau datang bab Geografi atau
Sejarah, memang dia surrender awal-awal. Dua subjek
inilah yang membuatkannya tidak mendapat penuh gred 'A' di atas slip keputusan
peperiksaan PMR dahulu! Sedihnya. Hendak buat macam mana, dia memang tidak suka
atau menaruh minat sekali pun kedua-dua subjek tersebut. Sekali pun jika dia
bakar buku-buku teks kedua-dua subjek tersebut, kemudian diletakkan dalam air
lalu diminum supaya mudah diingat, tentu akan termuntah balik; sejarah dan
geografi sememangnya bukan 'jiwa'nya. Kononnyalah!
Gadis bertudung kuning
lembut itu hanya diam. Sesuap nasi goreng disua ke mulutnya. Suasana bertukar sepi.
"Kalau mama izinkan, Awa boleh aja."
Akhirnya Arwa memberikan jawapan.
"Mama dah beri jawapan
pun. Ayah sudah berbincang dengan mama."
"Tapi sekolah Yaya dan
dia tu kan lain-lain, ayah?" Rauf menyampuk.
"Tak apa, ayah hantar
dia orang dengan kereta."
Arwa angguk. Yaya di
sebelahnya sudah hilang masamnya sedari tadi apabila khabar daripada mulut ayah
bahawa dia mempunyai teman di rumah untuk belajar. Maklumlah, di rumah Yaya
asyik dibuli oleh abang dan dua adik lelakinya. Hanya Yaya seorang sahaja
perempuan dalam keluarga ini, selain ibu.
"Yeay! Yaya ada teman, bestnya."
** ** ** **
"Mudahnya
Yaya terima orang lain dalam keluarga kita." Kata-kata Rauf menyebabkan
Yaya berang.
"Ayong! Awa tu
bukannya sesiapa pun, saudara tiri kita jugak."
"Oh ya? Ayong tak fikir macam tu."
"Sudah lima tahun ayah kahwin satu lagi.. Takkan Ayong tak
boleh terima lagi Makcik Natrah dan Awa?" Soal Yaya penuh emosi. Yaya
hanya memakai baju t-shirt berlengan pendek yang longgar berwarna maroon.Terdapat gambar kucing hodoh di belakangnya. Seluar track hitam legam yang dipakai Yaya itu tampak lusuh amat. Kulit Yaya
yang putih sangat kontras dengan kulit Rauf yang sawo matang. Rambut Yaya yang
keriting disanggul kemas itu juga berbeza dengan rambutnya yang lurus.
"Siapa kata Ayong tak boleh terima
kenyataan yang Ayong ada ibu tiri dan adik tiri?" Balas Rauf sambil mengalunkan
muzik yang entah apa-apa daripada gitar buruknya itu. Mereka berdua sedang
berbual di buaian besi yang terletak di bawah pohon yang rendang-rendang suku.
Di hadapan mereka terdapat kolam kecil yang menempatkan ikan-ikan emas dan
curahan air seakan-akan air terjun di sebalik cangkerang yang
bertingkat-tingkat itu. Taman di luar rumah ini amat menyenangkan untuk
menghabiskan waktu damai.
Hissh.. Berbelit-belit
betul abangnya seorang ni. Tadi cakap lain, sekarang
cakap lain. Wajah Yaya sudah kelat.
"Habis
tu, yang Ayong cakap macam tu tadi kenapa? Ayong ni cakap belit-belit
kalah orang tamil!"
Amboi, samakan dia dengan
orang tamil? Yaya ni, memang nak kena betul. Harapkan dia ni adik kesayangannya
sahaja.
"Sudahlah, Yaya tak
perlu fikir pasal tu lagi. Anggap je Abang Yong tak pernah cakap apa-apa."
Rauf mematikan perbicaraan mereka.
"Abang Yong ni kan..
Awa tu comel tau. Kacukan cina. Mata dia nak kata sepet taklah sepet sangat.
Tapi mata hitamnya besar tau.. Matanya hitam pekat sangat. Yaya suka tengok
mata Awa. Kulit dia pun cantik.. Kuning langsat! Tak fahamlah kenapa kalau
Ayong tak suka dengan Awa". Bebel Yaya lagi. Dalam hati Rauf menambah;
Yaya, hidung dia tak mancung.
"Orang nak nyanyi satu
lagu ni.. Yaya nak Ayong nyanyi lagu apa?" Rauf cuba lari daripada
bercakap tentang Arwa. Yaya ni memang tak faham-faham betul.. Kalau orang tak
nak cakap pasal benda ni, memang tak naklah.
"Suara Ayong tak
sedap.. Tapi Yaya bosanlah.. Nyanyi ajalah lagu apa-apa
pun.."
Serentak dengan
itu Rauf menyepak kaki adiknya yang kuat menyakat tu.
"Ayong!"
Rauf menjelirkan lidah.
Tangannya mulai memainkan nada pada gitarnya. Tidak mempedulikan Yaya yang
memukul bahunya sekilas. Dia menyanyikan lagu dengan suara lantangnya.
Kalau
sampai waktuku
Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi
Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi
"Eii.. Ayong.. Lagu
apa ni? Naik bulu roma Yaya tau?!" Marah Yaya serta-merta sebelum sempat
Rauf menghabiskan senandungnya itu. Rauf hanya ketawa.
"Malaslah nak layan
Ayong ni. Mulalah tu datang penyakit pelik dia tu." Yaya pantas meninggalkan
Rauf di buaian. Tenggelam dalam lagunya.
Rauf ketawa dalam hati.
Yaya tidak tahu menahu bahawa yang didendangkannya sebentar tadi bukannya lagu
sebaliknya puisi yang bertajuk 'Aku' oleh Chairil Anwar. Dia hanya mereka-reka
nada untuk puisi tersebut. Sahaja ingin menakut-nakutkan si Yaya yang tidak
tahu menahu tentang puisi.