Thursday, April 5, 2012

Ngarutan #3: Pilihan

Tibalah masa untuk mengarut. Lama gila rasanya tak mengarut dalam ni. Hehe. Keputusan SPM sudah lama keluar kan. Jadi mestilah kita semua ni duk pening lalat nak mintak biasiswa sana, biasiswa sini, (yelah, korang kan bijak ;p) sampai gugur rambut duk fikir nak ambil course apa. Dalam pening nak pilih course yang kita minat tu, ada la pihak ketiga yang duk kacau.. Mak ayah ke.. kakak dan abang ke.. sepupu sepapat ke..

"Jangan ambil course tu.. susah gila.. kau ingat kau boleh survive ke?"

"Jadilah doktor.. nak sangat tengok anak mak jadi doktor.."

"Jadi cikgu jela senang! Masa depan terjamin."

and dll whatsoever.. hmpph.



Sebenarnya semua orang memikirkan yang terbaik untuk kita kan. Kalau berlaku pertentangan antara dua pihak, bermusyawarahlah dengan aman. Cikgu saya kata, sekarang ni kita perlu pilih course yang menepati pekerjaan semasa. Jadi bila dah ada ijazah tak perlu pening-pening nak cari kerja. Betul atau tidak tu, wallahu'alam.

Semasa pergi ke program Daurah, ada satu slot Forum mengenai hala tuju selepas SPM. Seorang ahli panel tu merupakan bekas pelajar UIA dalam jurusan medic. Saya tertarik dengan kata-kata dia:

"Tujuan utama saya ke universiti dan ambil jurusan medic bukanlah sebab bila saya sudah dapat ijazah, saya nak kerja sedap-sedap dan dapat gaji tinggi-tinggi. Tak. Tujuan utamanya ialah untuk mencari dan mendapat pengalaman, menimba ilmu dan mengasah social skill saya."

Soalan ini dijawab apabila katanya ada seorang pakcik yang bertanya kenapa dia tidak bekerja sebagai doktor. Sekarang dia bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Rendah al-Amin, Kerteh.

Bergantung pada diri masing-masinglah kan, sebab setiap insan mempunyai impian tertentu. Saya pun ada mimpi; impian. Tapi rasa yang nombor 3 dan 4 tu bakal mengambil masa yang belum tentu bila.

Huhu, kalaulah saya beritahu keluarga macam yang Kak Hasanah cakap, (ahli panel tu; kata-kata di atas) mesti kena hentam punya..Haha.. Sekarang ni pun course yang saya minta diorang dah bising. Biarlah, nanti kita buktikan, di masa akan datang insya-Allah =)

Kadang-kadang tiba-tiba rasa macam nak sambung STPM je. Kita sambung kat KISAS, kan Shahida dan Jemi ;)


Choose well, dear friends.
Let the dreams come true.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...