Saturday, March 12, 2011

Tsunami Diri

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.


Pernahkah terjadi dalam hidup anda apabila anda terpaksa membuat pilihan semata-mata kerana orang lain dan bukannya kehendak diri sendiri? Anda terpaksa menjadi diri yang anda tidak mahu dan sengsara dengannya? Pernahkah? Well, ketuk kepala dan soal diri sendiri.

Baru-baru ini satu dunia heboh tentang gempa bumi dan tsunami di Jepun dan amaran tsunami di beberapa buah negara termasuklah Malaysia. Semalam, seorang junior ada menghantar mesej kepada saya.

Kak H, tolong doakan saya sekeluarga di sini sebab tadi ada polis datang meronda kerana katanya berkenaan dengan amaran tsunami yang bakal melanda. Tolong doakan saya sekeluarga, Kak H. Mohon maaf segala salah dan silap.

Insya -Allah dia sekeluarga selamat sekarang memandangkan tiada mendengar berita bahawa Malaysia ditimpa tsunami. Bencana alam yang berulang.. seperti kejadian 26 Disember 2004 dahulu.



Tsunami Diri

Fokus saya di sini sebenarnya. Tsunami dalam diri. Berbalik kita kepada persoalan sebentar tadi.. Pernahkah anda membuat keputusan yang mengorbankan diri anda untuk memuaskan orang lain? .......

Kadang kala kita pernah membuat keputusan yang hanya memikirkan tentang diri kita sendiri sahaja tanpa memikirkan orang lain. Kadang kala kita membuat keputusan bersandarkan kepada diri dan juga orang lain. Kadang kala juga kita terpaksa membuat keputusan kerana bukan atas kehendak, tetapi disebabkan oleh keadaan sekeliling yang mendesak.

Setiap orang menginginkan yang terbaik untuk dirinya.. kalau boleh untuk orang sekelilingnya juga. Apabila suatu keputusan dibuat dan dilaksanakan, perjalanan takdir mula mencorak ke hadapan. Apa-apa sahaja yang kita lakukan pada waktu sekarang, akan mencorakkan siapa kita pada masa hadapan.

Orang luar hanya dapat melihat diri kita melalui fizikal luaran melalui first impression. Namun yang lebih mengetahui tentang diri kita hanyalah kita sendiri. Ada lagikah siapa yang lebih tahu tentang diri kita? Ada? Siapa?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [al-Baqarah: 216]

Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kita hidup di dunia ini bukanlah berseorangan. Kita ada ayah, ibu, keluarga, kawan-kawan, saudara-mara.. Kita bukan bersendirian. Kita diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Seseorang itu dapat menampung kelemahan seseorang yang lain. Melengkapi, bukannya memusuhi.


Pabila Ujian Menimpa

Saya hanyalah insan biasa. Punya kelebihan, juga punya kekurangan. Punya iman yang tidak tentu pasang surutnya. Saya bisa jatuh tanpa sokongan. Orang boleh berkata; "Dekatkan diri kepada Allah.".. Yeah, but it is easier said than done.

Jangan pentingkan diri sendiri!

Senandung William Shakespeare, " Jalan menuju kebahagiaan itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum melainkan penuh duri dan pahit."

Terima kasih kepada teman-teman yang berada di sisi memberi peringatan. Namun, saya lebih sukakan kritikan untuk membaiki diri ke arah yang lebih baik. Kadang-kadang orang lain lebih cepat menangkap kesalahan diri orang lain. Daripada cakap-cakap belakang dan membiarkannya menjadi barah dan dendam dalam diri, bukankah lebih baik jika diluahkan?

Hidup untuk berbakti biarpun dikeji.

Wallahu'alam.

Friday, March 11, 2011

Kenangan

Review catur peringkat negeri 2011
MSST KTU




Hadiri latihan berpusat selama 3 hari di SMK Manir. Berlatih dengan wakil-wakil KTU
dan cikgu sudah letak nama kena lawan campur lelaki perempuan. Nasib baik saya dapat
yang kategori L12. Kamal dan Fakhruddin. Budak-budak yang cute. Si Akif yang darjah 5 tu tak
memang betul-betul mengganggu konsentrasi. Mulut dia tu memang tidak boleh duduk
diam betul. "Aku lama dah nak lawan dengan mu, baju biru.".. Haha! Itu yang diucapkannya
selepas saya kalahkan Kamal dan Iqbal semasa berlatih. Harapkan si Akif tu budak je.. Kalau tak..





Ketika dalam bas, dalam perjalanan ke Kemaman, menginap di SMK Chukai. Dalam bas, salah
seorang guru pengiring kami, Cikgu Hani berlawan catur dengan si budak Kamal tu, atas lantai
bas! Huhu.





Di pagi hari.. Hari kedua perlawanan catur berlangsung. Ini semua wakil KTU kategori
P12, P15 dan P18.





Inilah baju KTU tahun ini.. Aargh.. tak suka betul warna pelik dia tu. Macam jersi bola!
Sebelah baju tu terdapat beg kecil yang dibawa setiap kali berlawan catur.
Novel VT milik Na yang menjadi pengisian jiwa ketika di sana.





Malam kedua, kami singgah di The Store! Naik bas, singgah sini cuci mata aja.
*Lagipun apa sangat yang ada*





Bawa agama.. agama.. Alhamdulillah, kami solat berjemaah sepanjang 3 hari
di Kemaman.





Malam terakhir di Kemaman.. Esokannya ada dua lagi game. Cikgu-cikgu bawa kami ke restoran untuk makan-makan.





Ustaz Yusuf pun ada. Guru-guru bersantap.





Bergambar di jejantas SMK Chukai yang menyambung laluan asrama dan sekolah.
Hari terakhir.




Last game.





Majlis penutup yang sempoi aja.





Alhamdulillah, walaupun tidak dapat mara ke peringkat kebangsaan, dapat juga
menang tempat ke-3 kategori berpasukan P18.





Bertolak pulang~!





Singgah di Popular, dalam Mesra Mall di Kemaman. Cuci mata aja. Tidak ada duit lebih.


Pengalaman dan kenangan yang disimpan untuk dikongsi dan dijadikan
memori kehidupan. Insya-Allah. Sengaja siarkan gambar kecil aja.
Kira nampaklah tu daripada tak nampak langsung. Oh ya, di bawah ni
gambar 3 orang budak nakal tu.

Dari kiri; Akif, Kamal dan Fakhruddin.


Pesanan untuk adik-adik semua; semoga dapat lagi mewakili KTU ke peringkat
negeri untuk tahun hadapan. Kami sudah tiada tahun depan (nada sedih).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...