Tuesday, January 25, 2011

Mencari

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Peristiwa pada suatu ketika..

jalan mana yang hendak ditempuh?


“Saya suruh awak tukar kelas kan baru-baru ni? Kenapa tak tukar?” soal guru tuisyen Kimia itu.

“Saya tak ambil Bio cikgu. Saya ambil Sains Perakaunan.” Terang saya. Saya ambil subjek Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan, namun tidak ambil Biologi sebaliknya subjek Prinsip Perakaunan.

“Akaun? Awak nak jadi apa bila besar nanti?” Soal guru itu lagi. Saya jeling si Raish di sebelah, konon-konon tolonglah kawan dia seorang ni!

Tak tahu, cikgu.. Saya tak tahu nak jadi apa..

Dalam nada yang rendah, saya jawab “Bisnes.” Salah satu yang memang cita-cita saya, namun belum mempunyai perancangan yang rapi. Hendak berniaga apa pun saya kurang pasti. =(

“Ambil Akaun tidak semestinya untuk belajar bisnes. This is another mistake that make by students. Kalau awak ambil bidang Buisness Administration @ BMA di universiti nanti, bukannya bermakna awak boleh buat bisnes tapi awak bekerja di bawah orang yang buat bisnes. Kalau nak buat bisnes pilih course yang awak jadi bos, bukan bekerja di bawah orang.” Kemudian cikgu itu pergi ke hadapan kelas lalu sambung cerita tadi. Kisah pasal anak muridnya yang ingin jadi doktor kemudian pasal kisah silamnya dahulu ketika awal-awal berjinak dalam bidang bisnes.

Balik ke rumah, saya masih memikirkan tentang soalan cikgu tadi. Nak jadi apa ni, Han? Haish.. parah ni. Betullah kajian yang mengatakan bahawa remaja sekarang 80% daripada mereka tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk ke destinasi yang mana setelah tamat zaman persekolahan.

[credit]

Esokan harinya di tuisyen yang sama, saya sedang menunggu ayah setelah habisnya kelas. Guru kimia itu kebetulannya berada di luar pusat tuisyen itu dan beliau bersembang dengan saya mengenai course apa yang patut diambil. Cadangnya saya boleh buka kedai optometris atau lepas SPM beliau syorkan saya ambil TESL. Tapi Bahasa Inggeris memang kena score.

Hrmss.. Nak jadi apa ni? Baru-baru ni sudah pergi TTC yang terdapat pameran “Jom Masuk U” yang terdapat booth universiti-universiti seluruh negeri dalam Malaysia. Hampir semua beg free dirembat termasuklah pamplet yang diberi. Balik rumah, saya baca satu-satu pamplet mengenai course yang berkaitan. Namun masih belum ada yang menarik minat di tangkai hati.

How about law?

Erm.. maybe..?

Kata Raish; “Kita jawab SPM dengan usaha sungguh-sungguh dulu, dapat result nanti kita akan dapat tawaran. Kita akan sambung course berpandukan tawaran yang kita dapat tulah.”

Boleh juga tu.. Tapi saya kurang bersetuju. Hati saya masih mengatakan tentang perniagaan.. Tapi tidak tahu ingin niagakan tentang apa?

[sekurang-kurangnya mereka tahu mereka ingin jadi apa..]


Nota; umi suruh ambil farmasi.. and what?? No!


Sunday, January 23, 2011

Bicara Buatmu

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Menulis atau mengarang merupakan suatu hobi yang sukar dikikis dalam diri saya. Membaca dan mengarang merupakan suatu keseronokan dan keselesaan yang tidak tahu bagaimana untuk diukirkan dengan kata-kata. Saya pernah cuba mengarang puisi (yang memang tak sedap) ketika berada di tingkatan satu dahulu. Itu pun sebab termasuk dalam kerja sekolah bahasa inggeris. Poem tentang kemerdekaan. Poem itu pada asalnya saya karang dalam bahasa melayu kemudian menterjemahkannya ke dalam bahasa inggeris.


[baca puisi dalam suasana romantik.. ;p]

Puisi di bawah merupakan puisi yang tak sedap + tak puitis namun dicipta dengan penuh seikhlas hati untuk seorang teman suatu waktu dahulu, yang saya berikan.

BICARA BUAT TEMAN

Ampuni diriku

Tidak bisa menjadi teman

yang sempurna untukmu

Ampuni diriku

Atas kelancangan budi bicaraku

Lewat butir percakapan

Lewat coretan kalam yang bisu.


Sukar untuk menggapai

Bintang sejati seorang teman

Sukar untuk menggalas

Amanah teman dari Tuhan untukku

Yang menemani hidup

Menyinari kelam terang hariku.


Aku cuba menjadi tebing yang terbaik

Di antara sungai yang terbaik

Namun aku tidak bisa sempurna

Aku punya cacat cela

Aku hanyalah tebing yang menemani sungai

Ditakdirkan Allah

Aku temanmu

Dikau temanku.


Terima kasih

Atas kesudianmu teman

Menerima diriku seadanya.


8.20 pagi 25 Jun 2009.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...