Thursday, February 21, 2013

Jentikan Hati

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini hari yang Allah berikan suntikan hati. Bermula dari pagi hinggalah malamnya. Kadang-kadang Allah menguji kita dalam keadaan yang kita tidak terduga. Dan kebiasaannya Allah menegur kita melalui wasilah insan-insan lain.




Hari ini seperti biasanya kelas mengikut jadual; kelas pertama adalah kelas tutor Law039 (Intro to Social Psychology and Criminology). Hari ini merupakan giliran presentation group 4 orang lelaki kelas kami. Presentation ni lebih kepada sketsa atau lakonan.

Apa yang hendak dikatakan, saya sangat terkesan dengan mesej yang ingin disampaikan. Dan lakonan diorang sangat mantop! Lawak dan sangat best. Yang paling menjentik hati bila scene azab kubur. Diorang tayangkan video tu. Subhanallah, cara yang paling bijak untuk menyampaikan kebaikan! Melalui persembahan lakonan di dalam kelas, pada masa yang sama untuk mendapat carry marks dan juga memberi pengisian kepada seisi kelas yang hadir. Moga Allah membalas segala niat baik mereka.

Selepas zuhur merupakan kelas Bel332 (Intermediate English), dan pada hari ini ada 3 orang yang perlu present for individual presentation. The first presenter was a guy. Tajuk dia adalah pasal "True Love". Asalnya pada minggu yang lepas dia sudah present, tapi di-reject oleh Madam dan Madam suruh perbaiki balik dia punya presentation sebab tiada fakta. Saya pun perasan pengisian yang dia beri ketika tu macam tak kena dengan tajuk, Madam nak facts yang katakan di dunia wujudnya true love dan faktanya mana? Kalau setakat lagu aja, itu tidak boleh dijadikan fakta.

Jadi, apabila dia represent hari ini, saya sangkakan dia akan present lagi pasal true love between girl-boy things (@_@).. Rupanya saya silap sama sekali. Dia cakap macam ni "When I do some research, I realize that there are more important 'true love' rather than between men and women. That is the divine love."

Jadi kali ini isu "True Love" dia adalah berkenaan cinta kita dengan Allah, kemudiannya kepada Rasulullah dan seterusnya kepada ibu bapa. Dia selitkan sumber daripada al-Quran dan Hadis serta quotation daripada ahli falsafah Islam. Hati dijentik lagi.

Presentation seterusnya ialah Qila. Tajuknya pasal "Shah Jahan and Mumtaz Mahal". Di sini kita dapat konklusikan betapa dahsyatkan penangan "cinta" sampaikan terbinanya Taj Mahal. Manusia yang kadang-kadang mabuk dengan penangan cinta kadang kala akan bertindak di luar rasional kotak pemikiran kita. Dan  presentor terakhir ialah Ayu, pasal "Texting will cause Mayhem".

Tilik balik diri sendiri, bagaimana hubungan dengan keluarga dan ibu bapa? Astaghfirullah, sudah lama tidak pulang ke rumah. Saya nekad untuk pulang hujung minggu ini, walaupun sebentar cuma.


HATI BERBICARA



Peristiwa yang berlaku hari ini membuatkan saya terfikir dan terasa sendiri. Mulanya berkaitan dengan video azab kubur. Kadang-kadang kita tidak tersedar yang suatu hari nanti kita akan mati. Dan kita tidak tahu bilakah malaikat maut akan menyampaikan salam maut kepada kita. Esok, hari ini atau saat ini? Kita tidak tahu, malahan kita seolah-olah menganggap kita akan hidup lama lagi. Lalu kita sekarang hidup riang-ria-gembira tanpa mengira banyak manakah amal kita dan setinggi mana dosa kita kepada manusia mahupun dengan Allah. Tak terasa dekat dengan mati. Saya sangat berterima kasih kepada mereka, yang tolong mengingatkan kami di sini bahawa kematian itu sebenarnya sangat dekat.

Kadang-kadang kita dijentik dengan perasaan yang "Aku sudah cukup baik." dan memandang rendah akan kemampuan orang lain. Na'uzubillah, moga kita terhindar daripada sifat buruk begini. Jadi Allah seolah-olah menyedarkan saya bahawa kita sebagai manusia tidak boleh sekali-kali memandang rendah terhadap orang lain. Hate the sin, not the sinner. 

Dalam pada waktu yang sama, saya terasa malu dengan diri sendiri. Orang lain boleh sahaja menyampaikan kebaikan atau dakwah melalui presentation di dalam kelas, tapi apa sahaja usaha yang saya buat? Ya Allah, malunya.. Mereka boleh melakukannya dengan jayanya dan sangat menyentuh hati dan berilmiah, namun apa sahaja usaha saya? Sangat sedikit. Bahkan mungkin tidak ada.



Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud :


“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...