Wednesday, January 30, 2013

Beban Di Pundak

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

The first post in 2013. Yeah. 

BEBAN DI PUNDAK



Have you ever felt like 
Everybody's watching waiting for you to lose?

Terutama sekali, tak tahulah sama ada tajuk di atas ni betul ke tidak mengikut tatabahasa atau kosa katanya. Hmm. Cuma yang hendak diluahkan di sini, masya-Allah, terasa beban sungguh.

"Hannah, jaga surau elok-elok. Jangan nanti yang tinggal jadi penghuninya hanya sama-sama korang je."

Insya-Allah.

"Bila kita melakukan kerja-kerja menolong agama Allah ni, kita sepatutnya berasa seronok, kerana kita melakukannya dengan seikhlas hati. Tanpa bayaran. Ada orang bayar gaji kat awak kalau kita buat gerak kerja Islam?"

Senyum. Insya-Allah.

"Jangan pernah rasa letih untuk mengajak orang turun ke sini. Teruskan mengajak.. Jangan pernah rasa lelah!"

Air liur ditelan. Bagaikan pasir.

"Biarlah berapa orang je pun yang turun pada malam tu, jangan biarkan ia kosong tanpa pengisian."

Mata dirasakan kabur dengan kolam yang bergenang.

Have you ever felt like
You're living in a spotlight
Searching for the real you?

Aduh, sukarnya menggalas amanah. Sukar sekali untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik, apatah lagi mengajak orang lain untuk berbuat kebaikan!

Kau, aku, dia, - kita berbeza. Justeru, kita memerlukan pendekatan yang berbeza. Saya sendiri kena sentiasa mengingatkan diri sendiri, bahawa di sini, bukannya seperti di sekolah. Di mana yang pelajarnya insya-Allah faham tentang basis-basis Islam dan biasa dengan kuliah, ta'alim dan usrah. Insya-Allah rela menerima teguran dan saling berkongsi pengisian.

Tell me have you ever woken up 
Just to wish that you can close your eyes?
Getting hard to find a friend in a city like this
Where you can't even trust a smile.

Latar belakang kami berbeza. Jangan gunakan method yang sama!

Duhai hati, janganlah engkau lemah. 
Jangan cepat mengalah.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang sabar.

There are lonely nights when you see no hope
And you're feeling short of breath
Like the whole damn world is a braided rope
In a noose around your neck.

Jangan pernah terfikir untuk futur. Jangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...