Wednesday, March 28, 2012

Pengalaman Mendewasakan Manusia

Yeah!! Finally, first entry this year..haha~

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya kan, banyak sangat benda yang hendak dicoretkan di sini setelah pulang dari PLKN.. Tapi disebabkan kemalasan yang melanda diri, menyebabkan blog ini dibiarkan bersawang begitu sahaja.. yep, *buruk* punya perangai. Ditambah pula dengan keadaan PC yang kadang-kadang k.o. kadang-kadang okey sebab ada kalanya saya tidak dapat membuka laman web blogger.

Apa pun alasannya, alhamdulillah dapat juga meng-update blog untuk hari ini. Tak sangka dalam keadaan blog yang sedang bersawang pun boleh bertambah follower. Thanks a bunch. Sebenarnya blog ini tidak layak untuk di-follow, apa-apa pun terima kasih =)



Pengalaman di PLKN

Nak cerita pasal pengalaman di sini sebenarnya banyak sangat. Mungkin kalau saya rasa macam *rajin* sikit, saya akan buat entri khas untuk PLKN secara bersiri kut, insya-Allah. Kalau rajin la, tak janji.

Konklusi yang dapat saya buat, di PLKN ni kiranya bagi saya suatu medan ujian iman. Memang terasa sangat.. nak jaga hati, jaga mata, jaga adab sebagai muslimah, jaga pergaulan (ikhtilat), it's aint that easy. Part yang paling susah bila kita hendak menjaga apa yang digariskan syariat, tapi orang lain tidak tahu atau tidak faham pegangan kita. Di sinilah berlaku sedikit konflik.

Apa yang penting, selagi perkara yang dilakukan itu tidak bertentangan dengan syariat, dibolehkan. Jangan terlalu rigid atau jumud. Bila kita jaga akhlak kita, pergaulan kita, insya-Allah orang lain akan hormat dengan prinsip kita. Nasihat senior saya masih terngiang-ngiang di telinga saya, "Pergi ke sana tunjukkanlah keindahan Islam."

Tapi macam tulah, ada yang tidak faham dan ada yang buat-buat tak faham.

Apa yang best, tentulah apabila dapat kenalan baru. Di PLKN ni jumpa pelbagai jenis orang, karakter dan ragam. Yang pastinya, saya rindu sangat dengan Dorm P5 =).. Kita belajar daripada kesalahan diri kita dan juga daripada kesalahan orang lain. Pengalaman itu sesuatu yang berharga, tak boleh dibeli, hanya boleh dirasakan sendiri.

Yang best jugak, dapat bergambar dengan Cikgu Ikkey, kan Raish? Huhu ;p

Blok P5

Itu mahalnya secebis pengalaman. Kita rasa, kita lihat, kita nampak, dan kita nilaikan sendiri dengan mata hati.

Di sini jugalah praktiknya uslub dakwah. Lain orang, lain uslub yang perlu digunakan. Seseorang da'ie itu perlu memahami dan mendalami sikap seseorang mad'u, bukan sebaliknya. Saya rasa kagum sangat dengan budak sekolah bukan agama, yang membawa nilai-nilai agama dan menjaganya, melebihi pelajar sekolah SMKA atau SMA dan sewaktu dengannya.

Yang geramnya apabila orang lain hanya meletakkan nilai agama itu hanya perlu dipegang oleh pelajar sekolah agama, bukannya untuk pelajar bukan sekolah agama. Erm, hello? Bukankah kita ni sama-sama beragama Islam, jadi kewajipan menunaikan hak dalam Islam tu tergalas atas bahu semua orang yang mengaku Muslim tak kisahlah sama ada dia sekolah agama ke, SBP ke, MRSM ke, ataupun tak sekolah langsung!

Enough said. Kan saya dah kata, di sini memang kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis ragam manusia.. Jadi sikap sabar itu amat perlu.. kerana ada orang yang mereka memang tidak tahu.. yang geram apabila orang yang dah tahu tapi berpura-pura tidak tahu. Owhs.. memburukkan nama sekolah betul.

Opss.. Don't take it personal.


Daurah

Minggu lepas saya ada mengikuti suatu program anjuran PEMIKIR bersama IKRAM. Ketika berada di program ini selama dua hari satu malam, saya mengamalkan saranan sepupu saya; act dumb, you'll learn more. Yeah, act dumb! Huhu. Bukannya bermaksud buat-buat 'bodoh', tetapi buat-buat kita ini macam budak baru belajar, macam tulah lebih kurang.

Penceramahnya kiranya bukan calang-calang orang. Tapi dah nama pun Hannah, memang ada satu dua perkara yang saya tak berapa setuju.. tapi diamkan sajalah, simpan dalam hati, balik rumah buat research balik.

Yang mengagumkan saya, ahli yang veteran ni memang nampak mengamalkan Islam itu dalam banyak segi. Pakaian macam orang biasa, bila bercakap banyak betul dalil yang keluar. Kerja pula di syarikat Petronas. See? Kerja untuk membangunkan ummah itu bukanlah kerja-kerja orang yang bergelar ustaz @ ustazah sahaja.

Miss this moment.

Lepas riadah petang.




People grown up.. We have to grown up.. Experience, is the best teacher.

Life isn't about finding yourself..
Life is about creating yourself.
[unknown]

Pen off.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...