Saturday, November 5, 2011

Langkah Pejuang Bukannya Mudah

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Masa kian suntuk. Hanya menanti hari. Setiap orang dengan ragam masing-masing untuk mempersiapkan diri di saat-saat akhir. Pada saat terakhir ini, di samping melipat gandakan usaha, diri sendiri perlu ingat bahawa apa yang berlaku selepas ini semuanya di dalam genggaman Dia. Kebergantungan kepada al-Khaliq itu sangat penting.

Saya lebih memikirkan getir apabila kaki ini bakal melangkah keluar dari bumi wakaf ini. Memikirkan, adakah amanah yang dipertanggungjawabkan telah dilaksanakan dengan sebaiknya? Apakah diri ini akan terus istiqamah? Mampukah diri ini menempuh cabaran sebenar yang bergolak di luar sana?



Namun, pastinya kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah itu sentiasa bersama kita. Jika kita masih ingat siapa diri kita yang sebenarnya, insya-Allah tiada apa yang dapat mengubah. Jadilah seperti ikan di laut,.. yang isinya tidak terkesan dengan masinnya air laut. Langkah seorang pejuang bukannya mudah. Kita sebagai seorang hamba sentiasa diberikan ujian; sebagai penguat keimanan dan kesabaran.

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And
I will be strong
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
Someone's watching over me..

Selamat menduduki peperiksaan SPM ya, kawan-kawan.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.


Berkorbanlah, untuk mendapat ganjaran yang lebih besar, insya-Allah. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...